Gagalnya Kawalan Biologi : Kajian Kes Australia

on Jumaat, 30 September 2011



Kodok Bufo yang comel ? via: wikipedia


Walaupun entry sebelum ini menerangkan tentang kebaikan penggunaan kawalan secara biologi untuk serangga perosak di kawasan kebun atau ladang, ada kes yang menunjukkan sesetengah serangga atau haiwan tidak boleh berfungsi dengan baik,malah membawa kesan buruk kepada habitat serta ekologi kawasan setempat.Mari kita lihat kes di Australia.keep reading.....

Australia terkenal dengan penanaman tebunya terutama di bahagian barat pulau yang terbesar di dunia itu. Petani yang mengusahakan tebu pada waktu itu berhadapan dengan serangan kumbang tebu yang meroskakan banyak tebu dan mengurangkan produktiviti penghasilan tebu tahun demi tahun. Sebagai langkah membenterasnya, kerajaan Australia pada waktu itu membawa masuk Katak atau kodok dari Hawaii pada tahun 1935 yang di kenali sebagai kodok tebu atau Bufo. Kewujudan Bufo di kawasan penanaman tebu telah membantu petani untuk membenteras kumbang tebu. Namun kodok Bufo tidak hanya makan kumbang itu sahaja,sebaliknya turut memakan ke semua serangga di kawasan barunya. Krisis ini bertambah parah kerana Kodok Bufo merupakan kodok yang sangat kuat makan serangga. Ausralia berhadapan dengan krisis ekologi yang parah apabila kodok Bufo merebak serta membiak dengan pantas dan mendominasi kawasan ekologi baru dengan memusnahkan haiwan atau serangga asal di situ. Bukan sahaja serangga malahan buaya,harimau turut menjadi mangsa kepada Kodok Bufo. Kodok Bufo merupakan spesis kodok beracun yang boleh mengeluarkan racun dari kelenjar kulitnya apabila terancam.Kehadiran kodok ini membawa malapetaka kepada biodiversiti Australia. Bukan sahaja membiak malahan kodok ini dikenal pasti menjadi sebab pelbagai jenis katak serta kodok lain hampir pupus di Barat Australia.Sehingga sekarang kawalan terhadap kodok ini dijalankan secara intensif teruatama di kawsan barat Australia seperti di Queensland




Kodok Bufo membiak dengan pantas di Australia via: wikipedia


Menjadi pengajaran kepada kita kawalan serangga perosak secara biologi memerlukan kajian yang teliti,dan jelas disini haiwan ambifia tidak sesuai sebagai kawalan biologi,terutama kes kodok Bufo yang menjejaskan ekologi ,habitat serta fauna di Australia.

Sister Site For LoveHijau.Com

on Rabu, 28 September 2011

. Sebelum nie saya memang dah hasilkan blog yang nichenya memang buat duit,siap pengkhususan niche paypal lagi. Paypalcent namanya. dah lama juga tak berupdate walaupun income pay pal ada la masuk sikit-sikit. Anyway template dari bro forblogger nie memang mantap,mesra SEO.Baru aje tukar template nie. Masih dalam adjust blog nie agar mesra pengguna. Insyaallah saya akan kongsikan dengan pembaca yang sudi ilmu ciput yang saya ada nie.

Kawalan Biologi Alternatif Cegah Pencemaran


Tebuan Megarhyssa Macrurus merupakan tebuan yang menjadikan larva kumbang pemusnah tanaman sebagai tempat bertelur dan larvanya pula akan memakan larva perumah. via: wikipedia


Kenapa ye kawasan sawah padi terdapat banyak ular termasuklah jenis berbisa seperti ular kapak atau ular tedung? Ini kerana kawasan tersebut terdapat banyak sumber makanan. Kewujudan ular di kawasan sawah padi secara tidak langsung merupakan kawalan biologi secara semulajadi. Padi lebih terpelihara kerana populasi tikus dapat dikurangkan kerana terdapat pemangsa di situ. Macam tu juga dengan burung hantu yang menjadikan tikus sebagai makanan utamanya.Pembinaan rumah burung hantu di kawasan sawah padi merupakan satu cara kawalan biologi tanpa menggunakan sebarang racun serangga perosak. Satu lagi bukti bawaha terciptanya haiwan buas dan ganas seperti buaya atau harimau adalah manifestasi kekuasaan Allah. Kewujudan haiwan tersebut merupakan imbangan terhadap sumber yang ada dihabitat yang mereka konsikan bersama dengan ikan dan haiwan lain di hutan. Bayangkan jika populasi pelanduk,kijang atau rusa bertambah berkali-kali ganda dan tiada pemangsa yang akan memakan mereka. Sumber makanan utama seperti pucuk daun tertentu akan cepat kehabisan. oklah jom balik semula tentang kawalan biologi,kita lihat kepentingannya.


Kawalan biologi merupakan kaedah yang bersih dan selamat. Musuh serangga digunakan untuk membunuh serangga itu sendiri.Tiada bahan kimia digunakan seperti racun rumpai. Hasilnya kawasan kebun atau ladang lebih selamat,masalah keracunan makanan juga boleh dielakkan di samping tiada kesan sampingan terhadap petani.

Kawalan biologi juga merupakan amalan mesra alam, atau green support for earth. Kitaran ekologi setempat masih boleh terpelihara.Penggunaan racun boleh membunuh semua jenis hidupan yang berada di kebun atau ladang.Bukan semua berbahaya kepada tanaman.Malahan hidupan seperti cacing tanah,bakteria Nitrobaktor dan bakteria Nitrosomonium amat berfaedah terhadap kitaran biologi kawasan setempat.

Sudah tentu kawalan biologi mampu mengawal pencemaran alam sekitar.Tanpa penggunaan bahan kimia dari racun,maka tiadanya tindak balas bahan kimia yang boleh mencemarkan udara, sumber air dan tanah.Kawalan biologi mampu mengelakkan tanah menjadi tandus akibat organisma yang mati kerana penggunaan racun perosak.


Tahu tak, penggunaan racun kimia yang berterusan terhadap makhluk perosak atau serangga,membolehkan mereka membina imunisasi terhadap racun tersebut.Kesannya mereka semakin kebal dan racun perosak baru yang lebih berbahaya,lebih bertoksid terpaksa dicipta.Ini menyebabkan racun dalam kandungan yang tinggi terpaksa diberikan.Kesannya bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada semua organisma dan hidupan di kawasan ekologi kebaun atau ladang tersebut.

Kajian berterusan perlu dilakukan untuk mencari kaedah yang baru suapaya kawalan bilogi ini dapat diajdikan asas untuk membantu petani serta pengguna untuk menikmati hasil ladang yang lebih bersih dan sihat

Amalan Kitar Semula

on Selasa, 27 September 2011


Amalan kitar semula,merupakan satu amalan mengubahsuai,mengunakan semula, mengolah sumber yang sudah digunakan supaya sumber tersebut boleh digunakan semula di dalam keadaan atau bentuk yang baru.

Amalan kitar semula dianggap sebagai salah satu cara yang terbaik untuk memelihara sumber alam yang tidak boleh diperbaharui lagi. Lihat di sekeliling kita, manusia menggunakan hampir kesemua sumber alam yang tidak boleh diperbaharui untuk menyesuaikan diri mereka di bumi. Manusia menggunakan sumber alam yang tidak boleh lagi diperbaharui seperti galian untuk menjana pelbagai alatan untuk kehidupan yang selesa. Lihat sahaja penggunaan petroleum yang sangat meluas kegunaannya. Dulunya sejak zaman penjajahan British lagi bijih timah dilombong secara rakus dan dieksploitasi sepenuhnya. Sekarang yang tinggal hanyalah tinggalannya, seperti Taman tasik Titiwangsa serta Taman Tasik Taiping yang cantik. Petroleum satu hari nanti akan kehabisan,memang alternatif baru terhadap petroleum akan dicari tetapi ianya tidak semudah yang dijangka. Petroleum digunakan secara meluas di dalam industri petrokimia, serta penghasilan barangan domestik,dari barangan plastik hinggalah ke sabun atau lilin untuk ditiup pada hari lahir. Jadi penggunaan semula beg plastik atau bakul untuk ke pasar merupakan langkah awal anda menyelamatkan sumber bumi.

Antara langkah awal untuk kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menghasilkan tong sampah kitar semula- mengasingkan bahan buangan kepada 3 jenis, tin @besi , plastik dan kertas. Namun sikap rakyat Malaysia kurang memberansangkan di dalam amalan kitar semula. Masih ramai yang suka membuang sampah sesuka hati. Lihat sahaja di dalam kenderaan , sepatutnya ibu-bapa menyediakan bekas untuk si anak membuang sampah seperti membalut gula-gula,jika tidak prihatin atau kurang peka terhadap alam sekitar si anak akan membuang sampah ke laur dari dlam kereta,ibu atau bapanya sekadar melihat sahaja. Didiklah generasi akan datang kepentingan almalan kitar semula.

Barangan kitar semula boleh diberikan value added yang sesuai. Barangan kitar semula boleh diolah untuk menjadi barangan kraft, ianya boleh dijual terutama jika ianya hand made. Barangan plastik turut mempunyai potensi yang besar untuk diolah menjadi pelbagai jenis kraftangan yang menarik.Ingat,bahawa amalan kitar semula,merupakan barangan terpakai yang biasa di dalam kehidupan kita ,dengan sedikit modal atau nilai tambah yang sesuai,ianya akan menjadi barangan yang bernilai semula,di samping menyelamatkan sumber bumi secara tidak langsung


Barangan kitar semula yang sukar diolah serta memerlukan kos seperti barangan elektronik,peralatan komputer,bateri dan sebagainya memerlukan one stop center . Pada pandangan saya, pihakberwajib sepatutnya mewujudkan pusat kitar semula bagi semua daerah,dan bukan sekadar di kawasan bandar utama sahaja. Barangan ini sebenarnya memerlukan pusat pengumpulan yang boleh memantau bahan yang sudah disebut kerana, ianya sangat berbahaya untuk kesihatan manusia,Bateri hand phone sendiri sebenarnya mempunyai kandungan kadium, chemical yang berbahaya kepada manusia. Perasan tak bateri handphone yang dah rosak kita buang sesuka hati aje.

Amalan kitar semula akan mengambil tempat ke arah bumi yang lebih selamat untuk tahun mendatang. Ianya akan semakin penting bila dunia ke arah kemerosotan sumber yang tidak boleh diperbaharui lagi. Semoga amalan kitar semula menjadi amalan kita semua.

Terapkan Amalan Kitar Semula Bagi Kanak-Kanak

on Isnin, 26 September 2011

Antara langkah untuk mendidik insan kecil ini ialah melalui alatan yang mereka biasa gunakan, ini termasuklah kertas.

Kertas terbuang boleh diubahsuai menjadi penanda buku. Gunakan hiasan, warna dan tulisan yang dapat membuatkan penanda buku tadi cantik .



Gunakan segala kertas tidak terpakai seperti kertas komputer,kertas suratkhabar dan buku -buku cacatan sebagai kertas untuk pembalut.Gunakan pensil warna untuk melakarkan warna atau corak yang menarik.



Bekas pengisi coklat atau susu boleh digunakan sebagai tempat menyimpan alat tulis seperti krayon,pensil dan juga boleh digunakan untuk mengisi bahan makanan lain seperti kekacang,gula dan sweet.


Peralatan plastik seperti sudu dan garpu yang diperolehi daripada restoran makanan segera boleh digunakan semula,jika kanak-kanak membawa bekalan makanan ke sekolah.



Menggunakan kertas komik berwarna untuk membalut buku sekolah anak-anak.



Bantulah anak-anak kita untuk mempunyai pandangan yang baik tentang alam, penerapan nilai yang betul tentang alam ini bukan sahaja dapat membina hubungan yang baik dengan alam tetapi juga membolehkan hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Pencipta alam ini lebih jelas. Bumi hanya ada satu sahaja- the one and only- jadi hargailah ia.

Kakitangan Awam Dapat Kenaikan Gaji dan Bonus ?

on Ahad, 25 September 2011

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.

Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
BH Online.

Kakitangan awam yang merupakan antara sektor yang paling ramai merupakan unit yang penting kepada kerajaan.Dengan kos hidup serta harga barangan yang semakin tinggi,kenaikan atau disebut sebagai penyelarasan gaji akan dapat meringan beban bagi golongan pertengahan atau bawahan yang berkerja dengan sektor awam. Bukan mudah untuk hidup sekarang terutamanya bagi yang tinggal di bandar- bandar besar. Dengan gaji sebanayk RM 1500 ianya masih dianggap tidak melepasi tahap kemiskinan.

Pelajar Lelaki Pemalas ? VS Pelajar Perempuan Rajin?

on Sabtu, 24 September 2011

Ramainya siswi,mana siswanya , via : BHO


Terus terang saya mengatakan bahawa memang lebih ramai pelajar perempuan yang lebih baik dari pelajar lelaki.Baik dari segi apa? Baik dari segi taat kepada ibu-bapa, taat kepada guru. Namun terdapat ramai juga pelajar lelaki yang hebat,namun secara keseluruhan ramai pelajar lelaki mendominasi pelbagai salah laku disiplin sekolah,berbanding pelajar perempuan. Tak tahu lah pulak, kalau dilihat dari pencapaian akademik pun hingga ke IPT siswi lebih mendominasi bilangan siswa.Sebabnya? Mari kita lihat perbezaan nya. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Masih teringat lagi dulu pada tahun 2006 saya diminta mengajar Bahasa Melayu. Terdapat la seorang pelajar nie yang memang kerjanya asyik tidur aje dalam kelas, semua kerja tak nak dibuatnya.Namun saya berjaya juga mengajak dia untuk bercakap di dalam ujian lisan bahasa Melayu,nak tahu apa tajuk yang pelajar ini pilih? Menukar motor Honda 70cc kepada Honda EX 5,terkejut saya bila 2 waktu saya ,pelajar ni boleh bercakap tanpa henti dengan penerangan yang lengkap ,terganga habis kawan-kawanya termasuklah saya yang sempat juga menutup mulut sejak dari awal lagi : D,rupanya kejanya pada waktu malam dok adjust motor untuk merempit. Bila ada masa nak belajarnya?


1. Pelajar perempuan jarang ponteng sekolah vs pelajar lelaki ramai ponteng sekolah.

2. Pelajar perempuan ramai suka mentelaah pelajaran Vs pelajar lelaki ramai yang buat hal sendiri.


3. Pelajar perempuan jarang yang keluar malam vs pelajar lelaki ramai yang suka keluar malam


4. Sebilangan kecil pelajar perempuan jadi minah rempit vs sebilangan besar pelajar lelaki yang jadi Mat Rempit,tak pun menunggang motor dalam keadaan berbahaya.


5. Jarang pelajar perempuan yang simpan 3gp lucah dalam handphone vs pelajar lelaki ramai yang suka buat collection 3gp video lucah,kekadang muka innocent aje...tapi bila kantoi dengan guru disiplin semua terbongkar dah...


6. Jarang pelajar perempuan yang smoking vs pelajar lelaki yang majoritinya merasakan merokok itu macho,dah cukup hebat,ada kes pelajar seawal umur 7 tahun dan pekena rokok. Penangan rokok cukup hebat sekarang,keluar aje dari pagar sekolah pelajar lelaki dah oleh beli rokok,jarang pula saya lihat pelajar perempuan bila rokok bila tamat sesi persekolahan.


7. Ramai pelajar perempuan bersukan dan pada masa yang sama boleh belajar dengan baik vs ramai pelajar lelaki yang bersukan terus lupa pelajaran,memang boleh bermain sampai ke peringkat state tetapi pelajar hancur habis..


8. Jarang ada pelajar perempuan yang bekerja selepas sesi persekolahan vs ramai pelajar lelaki yang bekerja selepas waktu sekolah.


Ada banyak faktor lagi yang boleh dibincangkan,cuma skop ini untuk melihat perbezaan dan punca mahasiswi lebih ramai dari mahasiswa di IPT. Ianya semakin ketara tahun demi tahun,kalau ramai lelaki pun pun mungkin Maktab Tentera ...alahai pelajar lelaki...

Iklim Semakin Sensitif Mengancam Manusia

on Khamis, 22 September 2011



Iklim yang berpenyakit,sensitif serta bergolak? Bunyinya macam manusia. Namun perubahan iklim membawa kepada pelbagai fenomena luar jangka,antaranya hujan ,peningkatan suhu,kemarau panjang, sejuk yang melampau serta kejadian ribut serta taufan yang mengganas.

Kesedaran yang rendah oleh masyarakat dunia boleh membawa kepada tragedi kemanusiaan yang dasyhat. Manusia berterusan mengunakan sumber alam tanpa menyedari sewaktu proses mengambil sumber alam tersebut, atau sewaktu menggunakannya telah membiarkan pelbagai proses berlaku seperti pencemaran. Pencemaran pada masa kini dan akan datang membawa pengaruh yang besar di dalam kehidupan manusia. Lihat sahaja fenomena kesan rumah hijau, pualu haba bandar serta pemanasan global, ianya dimulakan sebenarnya oleh manusia melalui aktiviti pencemaran. Pembalasan kesan aktiviti pencemaran manusia tidak terhenti disitu sahaja, sebaliknya akan mengancam nyawa manusia. Berlakunya perubahan iklim akibat pencemaran,bermaksud mengancam nyawa manusia. Lihat sahaja fenomena penipisan lapisan ozon, ianya boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti katarak atau penyakit kulit akibat pendedahan secara terus ultra unggu matahari.

Gas pencemaran yang paling banyak dibebaskan sudah tentunya gas karbon dioksida. Lihat sahaja kempen global- Hari Tanpa Kenderaan, tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengurangakn gas karbon yang berbahaya ini. Manusia mudah menggunakan bahan api fosil- sumber utama pencemaran gas karbon dioksida. Agak-agak anda ada berapa juta kenderaan diseluruh dunia yang digunakan? 806 juta kenderaan diseluruh dunia untuk tahun 2007 (sumber) serta jumlah pengeluaran kenderaan yang tinggi,meliputi 50 juta buah pada tahun 2007 ( sumber ). Hasilnya disamping gas karbon dioksida,pelbagai gas berbahaya lain dilepaskan oleh asap kenderaan seperti karbon monoksida, metana, nitrous oksida serta CFC ( kloroflorokarbon ). Namun ianya meransang kesan rumah hijau yang membawa turutan fenomena lain seperti pemanasan global. Paling serius ialah pada Revolusi Perindustrian dengan kepekatan karbon dioksida sebelum itu ialah 280 bahagian persejuta (PPM ) dan meningkat kepada 392 bahagian persejuta (PPM) - ( sumber) atau pun 390.2 PPM (sumber )


Pertambahan gas karbon oksida akan menjadi pemangkin kepada pemanasan global (Sumber) sekarang. Ianya sudah tidak mampu dikawal oleh manusia. Lihat sahaja bagaimana Taufan Katrina membadai New Orlean , USA. Negara yang mendakwa sebagai gah teknologi keselamatan dan ketenteraan teruk 'dibelasah' oleh taufan ini. Taufan yang luar biasa ialah respon kepada iklim yang semakin sensitif. Ramai manusia akan terus menjadi korban di atas nama pembangunan serta cara hidup manusia. Lihat sahaja iklim melampau panas atau melampau sejuk yang berlaku di seluruh dunia sekarang,ianya dikatakan berpunca dari pemanasan global.


Perubahan iklim dunia serta setempat yang sensitif turut mengundang kepada pelabagai jenis penyakit. Penyakit akibat air banjir terutamanya akan mengancam manusia. Kolera teruatamnay dianggap wabak yang terus berbahaya kepada manusia. Iar banjir biasanya akan bercampur aduk dengan pelbagai bahan tercemar seperti air najis atau E coli dari tanah yang ditenggelami oleh air banjir ( sumber ). Wabak penyakit yang paling serius juga turut melanda benua Afrika, benua gelap akibat kekurangnya pengetahuan dan pendidikan, serta pembangunan.Keadaan semakin serius bila iklim tidak menentu, kemarau terutamanya sangat serius. Kejadian El Nino dengan iklim yang tidak menentu mencetuskan banjir dan kemarau bersilih ganti, Kesannya penyakit seperti bawaan nyamuk iaitu malaria, serta penyakit bawaan air akan mengambil tempat. ( sumber ) Bagi negara-negara Asia penyakit bawaan air akan terus mengambil alih dengan perubahan suhu serta iklim seperti banjir. Penyakit bawaan vektor seperti lalat,nyamuk serta tikus semakin berleluasa. Keadaan diburukkan dengan sistem perparitan serta sistem bahan kumbahan yang tidak terurus .


Perubahan iklim akan terus mendominasi isu manusia selepas ini. Perubahan iklim akan membawa manusia kepada krisis masalah kesihatan dan keselamatan nyawa yang serius. Tidak keterlaluan jika manusia berterusan 'merosakkan iklim ' generasi akan datang terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan. Kita boleh mulakan berubahan sekarang. Sekarang adalah masanya untuk bersahabat dengan alam. Komitmen generasi pada masa kini boleh mewariskan dunia yang lebih selamat buat generasi akan datang. Mulakan perubahan kecil, kerana perubahan kecil boleh menjadi perubahan besar. anda penentunya. selamatkan bumi kita.

Lovehijau.com

on Rabu, 21 September 2011

Ini merupakan sedikit pengumuman dari saya.Blog Hijau Lestari sekarang sudah bertukar kepada blog dot com dengan nama barunya Lovehijau.com. Alhamdulillah,namun saya terpaksa mengambil sedikit masa lagi untuk set up semula blog ini.Terima kasih kepada semua.

Carta Hati - Adakah Anda Prihatin ? .....Lets Green

on Selasa, 20 September 2011


via : google image




Carta hati cara hidup hijau ? Hahaaa...bunyi macam Najwa Latiff . Lagu yang santai. Namun bagaimana dengan carta hati anda tentang alam yang indah ini Maksudnya ada usaha dari pihak anda untuk mengubah cara hidup supaya melihat alam ini sebagai anugerah yang perlu dihargai. ramai dalam kalangan kita yang hidup tak kisah, asalkan senang cukuplah. Cuba tanya diri anda:

1. Apakah anda terfikir untuk membawa bakul sendiri untuk ke pasaraya atau kedai dan menolak penggunaan beg plastik ?

2. Anda anda kisah dan anda terfikir bahawa anak kecil anda membuang sampah sesuka hati sewaktu anda sedang memandu kereta?

3. Adakah anda kisah jika anda masih menggunakan motor untuk ke kedai atau apa sahaja yang jaraknya hanya kurang 100 meter?

4. Adakah anda kisah jika terus membuang sampah ke dalam saliran air,tak kisahlah sungai ke, parit atau longkang ?


5. Adakah anda terfikir bahawa anda sedang membazir tenaga dengan membiarkan peralatan elektronik anda seperti TV atau pemain CD di dalam mode standbye?


6. Adakah anda terfikir bahawa bateri lama handphone yang anda ingin buang itu sebenarnya mempunyai bahan toksid yang sangat berbahaya,iaitu kadium ?

7. Pernahkah anda terfikir untuk melihat tahap penjimatan tenaga sebelum anda membeli sebarang alatan elektrik ( Energy Star ) ?



8. Pernahkah anda fikir bahawa sumber tenaga yang ada sekarang akan berkurangan ,akan habis serta manusia akan berdepan dengan krisis kemanusiaan yang teruk nanti?


9 Pernahkah anda terfikir betapa susahnya bumi untuk menerima sampah yang anda buang di dalam tong sampah di sekolah atau rumah?


10. Pernahkan hati anda terdetik bahawa pengetahuan tentang krisis alam seperti pemanasan global boleh dikongsi bersama-sama untuk dunia yang lebih selamat?

11. Pernahkah anda terfikir untuk berkongsi tentang fenomena alam seperti pencemaran bersama-sama anak anda?

Ada banyak soalan yang boleh anda jadikan carta hati anda tentang alam sekitar.lets green,hidup untuk dunia yang lebih baik,nampak macam berlebih-lebih pulak,tetapi bukankah kehidupan kita di dunia ini untuk membawa kebaikan kepada semua makhluk ciptaanNya?

Duit Dari SponsoredReviews

on Isnin, 19 September 2011


Dah lama saya tak buka paypal, buka hari dah dapat duit dari SponsoredReviews. Tak banyak pun sekadar USD 2.50 sahaja.tapi duit jugakan walaupun ciput aje. Berblogging nie memang menyeronokkan bila anda tahu tujuan serta matlamat blog anda,macam saya blog Hijau Lestari merupakan blog perkongsian tentang alam sekitar, bukan tujuan nak buat duit,cumanya adalah setakat iklan sedikit sebanyak. Jadi dari mana datang duit dari SponsoredReviews nie? Ianya datang dari blog Bahasa Inggeris saya,blog nie dengan pagerank 3 memang menarik,blog nie nichenya ialah gadget.

SponsoredReviews merupakan salah satu cabang buat duit, Mereka bayar untuk setiap review tugasan yang diberikan oleh pengiklan, cumanya ianya hendaklah berbahasa Inggeris, jadi saya gunakan blog saya yang berbahasa Inggeris, jadi bagi blogger yang ada pengetahuan bahasa Inggeris yang baik bolehlah cuba SponsoredReviews nie. Memang ada banyak yang serupa dengannya cumanya mereka nie tak pernah miss membayar setiap review atau tugasan yang memenuhi kehendak pengiklan.


Ternyata blog memang boleh menghasilkan duit,kata orang buat duit dengan blog,tapi percayalah jangan pula bagi yang baru berblogging menjadikan duit sebagai asasnya.Ada baiknya memberikan tumpuan kepada kandungan blog kita, tanya ke mana kita nak bawa blog kita nie, bina nama baik dahulu, branded name power ! Dengan ini akan ada sahaja orang yang ingin ke blog kita, Macam hijau Lestari, setakat ini masih ramai yang datang untuk mencari bahan tentang alam sekitar, walau pun saya bukan pakar SEO, blog ini masih dikunjungi walau pun tak berupdate, namun saya masih dok merasakan blog saya taklah sehebat beberapa blogger yang hebat di Malaysia nie, masih banyak yang kena belajar. Jadi sekali lagi TQ kepada SponsorReviews atas duit yang diberikan. Bagi yang join boleh click button kat bawah, selamat berjaya ye...

Blog Advertising - Advertise on blogs with SponsoredReviews.com

Tips Kurus Secara Semulajadi Tanpa Ubat dan Tanpa Senaman

on Jumaat, 16 September 2011

via: google image



Bimbang badan anda semakin berisi ? Maklumlah open house di bulan syawal semakin meriah. Banyak undang di terima.Kalau dulu sewaktu Ramadan badan terjaga sikit,tetapi lepas raya bagai dipam-pam pulak. Ada di antara kita ambil cara mudah gunakan ubat atau pelbagai makanan kesihatan untuk kurus. Bukan tak boleh, tetapi kalau boleh kurus dengan cara yang nature nak tak, mari kita kongsi cara nak kurus tanpa ubat-ubatan. Keep reading....

1. Jangan suka berlapar,pelikkan bunyi ? Makanan memberikan tenaga.Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita makan,tubuh akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk mengantikan makanan.Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan menjadi rendah. Jadi makanan penting terutama untuk breakfast, tapi ingat kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

2. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam tubuh. sebelum makan makanan yang berat bolehlah minum air terlebih dahulu. Pastikan juga anda tidak makan terlalu banyak.


3. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 -8 sudu gula.Jumlah gula sebanyak ini tidak baik untuk tubuh kita. Risiko obesiti dan diabetes memang tinggi.


4. kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air garam di dalam badan.Dengan memimumumkan pengunaan garam bermakna tubuh badan kita akan menampung sedikit air.Ini bermakna anda kurang berat disebabkan oleh air.


5. Anda boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan. terdapat kajian menunjukkan bahwa mereka yang tidak breakfast lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang breakfast. Kenapa ye ? Sarapan menstabilkan hormon dan gula di dalam darah.Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.


6. Nikmatilah makanan anda. jangan gopoh,kunyah dan suaplah perlahan -lahan. Percayalah bila makanan dikunyah perlahan-lahan,tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan.



7. Gigit makanan dengan cebisan yang lebih kecil sebelum menelannya.Dengan cara ini makanan lebih cepat dihadam.


8. Biar makanan dengan kerap tetapi sedikit daripada makanan 2 atau 3 kali tetapi Masyallah...macam nak makan untuk 2 - 3 orang .



9. Kurangkan pengambilan majerin atau mentega....macam kuih atau biskut raya...kalau nak makan juga bolehlah rasa sepotong dua..jangan la banyak sangat.



10. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak.


11. Ini paling penting, buah-buahan serta sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,mineral dan zat dan juga serat,akndungan lemak pun sangat sikit atau hampir tiada,jadi kenalah banyakkan makan buah serta sayuran


12. Janganlah dok timbang berat badan pada setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, kemudian timbang berat badan sudah tentulah berat akan bertambah. Ini boleh psiko anda untuk berdiet,anda mungkin berputus asa.



13. Jika anda rasa selesa ambillah makanan berempah, rempah seperti biji sawi atau cili boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja baik untuk penghadaman tetapi juga untuk pembakaran lemak.



14. Pilih makanan banyak bijiran serta kekacang. Bijirin adalah sumber utama tenaga.Bijirin dan hasil bijiran banyak sumber karbohidrat kompleks,protein,vitamin, mineral dan sedikit lemak.



15. Gantikan sumber santan kepada sumber tenusu di dalam makanan



Akhirnya jika anda ingin kurus secara natural,anda kena la berdisiplin. Bukannya mustahil anda akan mendapatkan semula bentuk badan yang menarik dan paling penting anda sihat tanpa bahan kimia yang bukan- bukan.

Puasa Enam dan UPSR

on Selasa, 13 September 2011


Alhamdulillah..akhirnya puasa di bulan syawal sudah terlaksana,semoga amalan di terima Allah. Bukannya nak menunjuk,tetapi sebagai motivasi terutama kepada anak-anak . Along hari ini menduduki peperiksaan UPSRnya.Jenuh juga bergelut dengan masa. Tumpuan HL dan isteri sudah tentunya buat Along. Sepanjang minggu lepas Along melakukan ulangkaji intensif, Pecutan terakhirlah katakan.Semoga Along berjaya Insyallah. Hari nie berbuka puasa dengan pizza,bukan beli ye tapi isteri tersayang buatkan...sekejap aje dah habis sebab,anak-anak yang lain pun tumpang sekali...D.

Pengangkutan Awam di Malaysia-Satu Tinjauan





KL Monorel via : wikipedia


Bila bercerita tentang pengangkutan awam,yang terlintas di fikiran kita sudah tentunya,bas dan teksi. Namun bagi kawasan bandar pilihan pengangkutan awam di Malaysia sudah dipelbagaikan antaranya,komuter,LRT (light Rail Transit ), MRT ( Mass Rail Transit ) serta Monorel bagi beberapa bandar utama di Malaysia. Turut serta sudah tentunya MAS, yang menyediakan perkhidmatan penerbangan awam yang utama di Malaysia.

Pengangkutan Awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar lestari atau bandar hijau. Mahu atau tidak pengangkutan awam akan menjadi nadi penting di dalam memperkasakan bandar yang bersih atau mampu mengurangkan karbon atau gas bercun di kawasan bandar. Kawasan bandar yang kurangnya kenderaan persendirian bermaksud akan bertambah kurangnya karbon dilepaskan, Tambahan pula LRT, MRT dan Monorel ( keretapi ) digerakan menggunakan tenaga elektrik. Pembinaan pengangkutan awam yang efisyen membolehkan bandaraya dibangunkan dengan sempurna.Kajian masa depan perlu dilakukan untuk memikirkan kesesakan bandaraya pada masa akan datang. Walaupun adanya bandar satelit yang membantu mengurangkan keseakan bandar utama, perancangan pengangkutan awam yang sempurna perlu difikirkan.



Metro Glasgow,antara paling tua di dunia via : wikipedia




LRT, MRT dan Monorel serta bas membantu mengurangkan kesesakan di kawasan bandar. Secara tidak langsung,jika pengangkutan awam efisyen, bilangan kenderaan private akan dapat dikurangkan. Pergerakan trafik yang lancar membolehkan urusan di kawasan bandar berlangsung dengan jayanya...Nampak saya seperti terlalu sempurna, namun percayalah pengangkutan awam yang cekap.efisyen serta mesra pengguna membolehkan urusan manusia di bandar boleh berjalan dengan baik. Keadaan akan bertambah baik dengan sistem jalanraya yang baik.

Pengangkutan awam boleh menjimatkan kos perbelanjaan.....betul ke? Ye.... dengan tambang yang berpatutan LRT dan MRT menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan bandar. Malahan kita boleh ke mana-mana destinasi tanpa perlu perlu memikirkan kos petrol yang semakin meningkat sekarang nie.... Satu lagi anda tak yah memikirkan nak bayar tol dan nak bayar tiket parking..D


Pada pandangan HL,penggunaan pengangkutan awam yang sempurna boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Memang la kalau nak berlaku juga..kita tak boleh nak buat apa,terutamanya bas ekspress, namun kadar kemalangan untuk MRT,LRT, Monorel sangat minimumkan? Bukan apa kemalangan kerap berlaku pada waktu puncak atau pada musim perayaan. ianya boleh dikurangkan di kawasan bandar.Bagi kawasan megalopolis seperti Washington DC di USA,penggunaan keretapi bawah tanah yang dikenali sebagai metro menjadi pilihan,ianya bukan sahaja menjimatkan masa,tetapi mampu memgurangkan kesesakan dan mengurangkan pencemaran karbon. mungkin metro akan menjadi pilihan Malaysia akan datang?



Metro di Washington DC via: wikipedia


Bagaimana dengan interaksi sosial? Dengan multi racial...pengangkutan awam mungkin sebagai wadah interaksi sosial pelbagai kaum secara tidak langsung. Mahu atau tidak dengan kepelbagaian kaum serta taraf kehidupan terutamanya golongan pertengahan akan bersama menggunakan sistem pengangkutan awam terutama di bandar besar.


Namun begitu pengangkutan awam di Malaysia masih boleh dipertingkatkan.Pemandu pengangkutan awam sepatutnya memenuhi jadual perjalanan,supaya pengguna boleh merancang perjalanan mereka dengan baik. Risikonya ialah bila terlambat urusan kerja pengguna akan terganggu,Kelemahan lain bila dah terlalu ramai akan berlaku kesesakan dalam bas atau monorel. Keadaan akan bertambah buruk jika kemudahan asas seperti air cond rosak,kerusi atau tempat duduk kotor atau rosak akan merosakkan imej pengangkutan awam di Malaysia

Jenayah juga boleh berlaku? Contohnya jenayah seksual,mungkin terdapat segelintir penumpang yang tidak sopan terhadap penumpang wanita, malahan mungkin wujudnya geng seluk saku. Apa pun pandangannya pengangkutan awam di Malaysia perlu terus diperkasakan serta seintiasa melalui proses penambah baikan. Proses urbanisasi akan terus berlaku,ianya tidak boleh dihalang.Kajian berterusan perlu dilakukan.Malahan kerjasama dengan negara-negara maju di dunia di dalam memperkembangkan pengangkutan awam perlu di contohi.

Krisis Sisa Pepejal di Malaysia

on Khamis, 8 September 2011

Pencari sampah kitar semula di Timur bandar Manila ,Filipina
via: telegraph. co.uk



Sisa pepejal merupakan sisa atau lebihan barang yang biasanya mungkin sudah tercemar,rosak atau lusuh,pecah atau pun tidak boleh digunakan lagi. Pendapat yang paling biasa selalunya sampahlah yang dikategorikan sebagai sisa pepejal. Dengan pengurusan serta cara yang betul sisia pepejal boleh dilupuskan.Namun perlu diingat bagi banyak negara di Asia merupakan cabaran terbesar di dalam menjana alam sekitar yang indah dan bersih ialah pelupusan sisa pepejal. Bagi konteks negara kita ,jangan terkejut pula ye....statistik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melaporkan menjelang tahun 2020 sebanyak 30 ribu tan sisa pepejal termasuk sampah akan dihasilkan oleh pengguna. Keadaan bertambah buruk bila sikap rakyat Malaysia hanya mengitar semula sisa pepejal sebanyak 5 %. Sebaliknya purata sampah yang dihasilkan oleh seorang rakyat Malaysia sebanyak 0.8 kg sehari dan bertambah besar bagi kawasan bandar. Kawasan bandar sisa pepejalnya lebih kompleks dengan melibatkan pelbagai bahan buangan antaranya sisa besi,kayu,plastik,kaca ,aluminium dan sebagainya.( sumber )

Nampaknya hanya pihak kerajaan tempatan serta pihak berwajib sahaja yang bersungguh-sungguh melaksakan pelbagai usaha di dalam melupuskan sisa pepejal.Namun sikap rakyat masih sama. Kurangnya sambuatan terhadap kempen kitar semula,kempen kurang kan beg plastik adalah bukti sikap tidak peduli sebahagian besar rakyat Malaysia. Tahu tak...? sampah yang kita buang itu sebenarnya dilupuskan dengan 2 cara yang paling popular, di bawa kepusat pelupusan sampah dan satu lagi ke insinerator ( tempat pembakaran sampah ,terkawal,tetapi melibatkan kos yang tinggi). Sampah sarap masih dibuang di merata-rata tempat,terutamanya melibat sampah plastik. Sikap rakyat Malaysia,sebahagian besarnya akan membawa masalah kepada alam sekitar pada masa akan datang. Tempat pelupusan sampah akhirnya tidak mampu menampung lebihan sisa pepejal yang terlalu besar. Sikap rakyat juga kurang berkerjasama dalam kempen kitar semula. Akhirnya kawasan pelupusan sampah akan mencemarkan kawasan persekitaran termasuklah air bawah tanah. Sementara pembakaran sampah pula akan membawa bencana kepada kesihatan manusia.

Cabaran pada masa datang dengan bertambahnya populasi rakyat negara kita.Dengan ini sisa pepejal termasuklah sampah akan bertambah. Keduanya ialah kurangnya tempat atau tanah untuk tapak pelupusan. Kita masih ketinggalan jauh dengan pelbagai teknologi yang sesuai untuk rawatan sisa pepejal,dan kurangnya penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan oleh pihak berkuasa. Kesannya amat buruk kepada alam sekitar,sosial serta kesihatan manusia.Penyakit serta pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku. Jadi sikap kita mesti diubah. Kita mesti peka kepada pembuangan sampah atau sisa pepejal,di samping terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap pengurusan sisa pepejal.Ianya bermula dengan diri anda....ianya bermula di rumah

bacaan lanjut( psttt..kalau rajin le...)

sejarah sisa pepejal

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kisah Jason Mohr Dari Pekerja Bank Menjadi Jutawan Sampah

on Rabu, 7 September 2011




Pernah dengar nama Jason Mohr? atau pun syarikat Anyjunk? Jason Mohr merupakan pemilik Anyjunk syarikat yang mengitar semula sampah terbesar di UK. Apa yang menariknya Jason sanggup meninggalkan gajinya yang lumayan di bank dengan pendapatan sebanyak 250,000 paun sterling setahun. Di tubuhkan sejak 2004 Jason bersama syarikatnya menjana keuntungan sebanyak 4 juta paun sterling .Syarikat AnyJunk pada awalnya menumpukan kepada bahan buangan di pejabat...apa-apa sahaja,dari meja,kerusi hingga kepada peralatan komputer, kertas atau plastik dari pejabat.Mereka kemudiannya meluaskan operasi kepada semua tempat dari pejabat hinggalah kepada kawasan perniagaan serta domestik atau rumah orang awam. Menurut Jason mereka akan cuba mengitar semula barangan buangan sebanyak mana yang mereka mampu.

via:mirror co.uk



Dengan jumlah kutipan sampah berskala besar seperti perabot pejabat sebanyak 1000 sebulan di sekitar London dan bandar sekitarnya membolehkan Anyjunk terus berkembang maju.Dengan logo gajah putih dan truck merah mereka,Anyjunk ' menguasai ' sampah di London. Ini merupakan perniagaan hijau yang sememangnya menarik serta secara tidak lansung menjadi penyumbang kepada kelestarian alam sekitar
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.