
Untuk menjadi seorang guru anda ,salah satu prosedurnya anda akan ditemuduga. Ianya merupakan bahagian yang sangat penting,kerana dari sana peluang anda menjadi seorang guru tercapai atau tidak. Kerjaya guru merupakan antara kerjaya yang mencabar jadi prosedurnya bukannya mudah seperti abc, pelbagai kreteria diambil kira. Bagaimana nak menambat hati panel penemuduga? bagaimana nak lulus temuduga, apa soalan temuduga guru? Apa pakaian yang sesuai? Bagaimana first impression orang lain terhdap kita sebagai calon temuduga?
Tips ini adalah secara umum dan merupakan yips yang diberikankan oleh salah seorang jurulatih panel penemuduga bahagian ambilan guru. Pada peringkat awal bakal calon guru akan mengikuti MEDSI ( Inventry Pemilihan Pendidik Malaysia). Ianya merupakan soalan objektif dengan 300 soalan dan perlu jawab semua soalan di dalam masa 30 minit. Untuk maklumat lanjut rujuk sini (
panduan Medsi UPSI).MEDSI merupakan ambilan pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda ( Pendidikan), selepas MEDSI, barulah temuduga akan dijalankan. Calon yang terpilih untuk temuduga secara asasnya terbahagi 2 iaitu untuk memasuki Maktab Perguruan atau Untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) di Insitut Latihan Perguruan.
Apakah tips temuduga tersebut?
1. Tanya diri anda sendiri. Adakah anda minat untuk menjadi seorang guru? Bukannya dipengaruhi kawan atau saudara mara anda atau diminta oleh ibu dan ayah anda. Berkelakuanlah seperti seorang guru yang sentiasa menjaga sahsiah .Ujian MEDSI tadi akan memperlihatkan siapa diri sebenar anda,sesuai atau tak sebagai guru.Bukan semua orang sesuai menjadi guru, tidak cukup sekadar berkata-kata minat sebagai guru sedangkan tindakan serta car fikir anda sebaliknya.
2.Cara anda berpakaian sudah tentunya penting. Pakai pakaian yang sesuai,biasanya lelaki berkemeja warna kosong dengan lengan panjang.,sertakan tag nama dan seluar serta kasut yang sesuai.jangan gunakan kasut sport. Lebih baik bertali leher. Potongan rambut dan misai yang kemas.
3. Ingat antara komponen soalan panel temuduga ialah sahsiah, pengetahuan bahasa Inggeris, Matematik,kemahiran berfikir, kemahitan bahasa Melayu dan pengetahuan am.Ianya boleh disilangkan antara satu soalan dengan soalan yang lain.
4.Prosedur temuduga biasanya Taklimat----Semakan Dokumen(sijil dan surat berhenti sekolah)----Temuduga di dalam kumpulan-----Temuduga Individu---Anda Diperakui.
5.Temuduga kumpulan biasanya dilakukan dengan meletakkan 4-5 orang calon temuduga di dalam satu kumpulan.Di sini biasanya panel tidak akan mengganggu atau menyampuk perbincangan dalam kumpulan berdasarkan tajuk yang diminta untuk dibincangkan. Disini sangat penting untuk anda aktif di dalam kumpulan,panel di sini sudah pun kategorikan calon yang terbaik berdasarkan sifat kepimpinan, pengetahuan am calon dan kemampuan berbahasa. jadi bertindaklah secara bijak.Gunakan ruang untuk berkomunikasi dengan rakan baru anda dengan baik.
6. Bercakaplah dengan kuat.lancar dan tenang. Jika anda bercakap terlalu perlahan ia boleh mempengaruhi anda ,anda akan bertambah gemuruh. Biasanya soalan anda( jika dokumen anda tidak mempunyai masalah) adalah tentang peribadi anda, nama ,ibu dan ayah, tempat tinggal.Ingat jangan ditanya sepatah,anda jawab sepatah.Bercakaplah tentang diri anda, Inilah peluang anda untuk menutup panel terus bertanyakan anda soalan lain.Bercakaplah sehingga panel meminta anda berhenti.
7.Di ingatkan sekali lagi, jika anda ingin memohon menjadi guru terutama KPLI,pastiakn ijazah anda berkaitan, contohnya jika anda ada Ijazah TESL ianya lebih tinggi markahnya berbanding dengan ijazah lain yang tidak berkaitan.
8. Bawa sijil asal anda ke tempat temuduga,jangan bawa slip keputusan, bawa sijil yang sebenar,jika anda tidak membawa sijil asal,anda sebenarnya sudah dianggap gagal dari segi sahsiah serta cara tindak sebagai guru.
9. Bagi calon KPLI, pengetahuan am anda akan menjadi keutamaan panel temuduga, kenapa? kerana anda dianggap sebagai ilmuan yang berijazah. Jadi kemaskan knowledge content anda.
10.Jika anda gagal menjawab soalan dari panel,jangan panik. Minta maaf kepada panel bahawa anda kurang pasti dan minta di tanyakan soalan lain. Jangan mereka-reka cerita dan memandai perkara yang sememangnya anda tidak pastia atau tidak tahu. Ini temuduga ,hanya hendak tahu pengetahuan anda di dalam perkara tertentu sahaja, bukannya anda diugut.
11.Anda akan gagal jika
- Tidak memenuhi syarat iklan
- Tdak membawa sijil asal sewaktu temuduga
- Gagal bagi skor kemahiran komunikasi serta mempunai sahsiah yang rendah(contohnya tadi alasan terlupa bawa sijil asal anda)
- Calon mempunyai kecelaruan gender( dengan kata lain, personaliti anda, lelaki atau perempuan ianya tulen dan sejati sebagai lelaki atau perempuan.
- Tidak berminat,sewaktu ditemuduga
- Di kesan ada unsur penyalahgunaan dadah
12. Antara aspek komunikasi yang penting ialah calon mesti mempunyai kefahaman yang jelas .tentang soalan yang ingin ditanya. Cara anda bercakap, sebutan, intonasi suara anda,suara yang jelas,kuat tetapi bersopan,serta penggunaan bahasa baku yang baik.
13. Sifat sahsiah pula melibatkan bakat kepimpinan anda, keyakinan diri,kepekaan anda, kesopanan dan motivasi anda.
Jadi ingatlah bahawa untuk temuduga guru anda kena ingat ia melibatkan sebelum., semasa dan selepas menjadi guru. Bukan semua orang sesuai menjadi guru. Jika anda gagal di dalam temuduga guru sebelum ini.lihat semula di mana kesilapan anda, muhasabah diri, cari di mana silap anda,janganlah menangis di depan panel kerana panel bersikap objektif terhadap calon yang sudah tentunya sangat ramai dan tempat yang ditawarkan pula terhad. Selamat ditemuduga.Ingatlah Allah sentiasa bersama anda, berdoalah kepadaNya,sesudah anda menetapkan dan melakukan semua yang dinyatkan di atas.Hanya Allah akan membantu anda sesudah anda bertindak dan berusaha.