Senjata Pembunuh Paling Berbahaya Di Dunia

on Rabu, 30 November 2011





AK -47



Senjata paling berbahaya dan berfungsi sebagai pembunuh paling banyak bukannya bom atom atau nuklear. Sebaliknya ialah senapang atau raifel AK- 47. AK -47 merupakan senjata yang lahir pada perang Dunia ke 2. Merupakan raifel yang setanding dengan M-16. M 16 lazimnya digunakan oleh tentera-tentera di seluruh dunia. Namun ak-47 digunakan dengan meluas oleh hampir kesemua pasukan bersenjata di seluruh dunia termasuklah tentera.

AK- 47 dicipta oleh Mikhail Kalashnikov pada tahun 1946 . AK ialah perkataan Russia atau Avtomat Kalashnikova ( AK ). AK-47 dicipta pada waktu itu mengambil idea dari tentera Jerman yang cuba menawan Kesatuan soviet atau Russia. Pertempuran jarak dekat atau sederhana dimonopoli oleh tentera Jerman. Mikhail Kalashnikov yang turut tercedera di dalam peretmpuran itu akhirnya mendapat idea menghasilkan senjata pertempuran jarak sederhana dan dekat yang paling berkesan, AK-47. Sejak tahun 1949 ianya menjadi senjata rasmi tentera Soviet dan digunakan dengan meluas oleh Pakatan Warsaw pada era perang dingin dengan Amerika Syarikat. Namun AK 47 menjadi popular apabila soviet mula menjual senjata ini kes seluruh dunia. Sehingga sekarang senjata ini digunakan dengan meluas oleh semua pasukan tempur diseluruh dunia . sebut sahaja di benua Afrika, Amerika Latin, sehinggalah kepada pasukan bersenjata Palestin yang paling digeruni oleh tentera Israel, Al Qassam.


AK-47 menjadi senjata utama sayap bersenjata Palestin, al Qassam.




Ringan dan mudah digunakan walaupun oleh kanak-kanak.



Kelebihan senajata AK -47, ianya ringan dan mampu memenangi pertempuran jarak dekat. Boleh sesuai dengan semua keadaan cuaca dan persekitaran, malahan tidak memerlukan latihan intensif untuk menggunakannya. Dikatakan sebagai senjata paling murah di dalam kelasnya. AK-47 sekarang kebanyakan diubah suai oleh banyak buah negara. Mampu memuntah peluru dengan jarak tepat sehingga 400 meter. AK -47 digunakan dan dihasilkan semula oleh negara-negara lain apabila Soviet tidak mempatenkan AK-47 sebagai harta intelek. Akibatnya AK-47 digunakan oleh semua gerila dan pasukan pengganas ( gelaran dari USA) diseluruh dunia. Malahan kesilapan Soviet menjual senjata ini keseluruh dunia menyebab senjata ini berfungsi sebagai senjata pembunuh no 1 di dunia. di anggarkan sebanyak 50 juta unit senjata ini terjual di seluruh dunia, dan hampir 100 juta unit yang lainnya dihasilkan dari ubah suai negara-negara lain di seluruh dunia. Mengapa dikatakan sebagai pembunuh n0 1 di dunia.? Dianggarkan seramai 300 - 500 ribu manusia mati dimuncung AK -47 akibat pelbagai konflik bersenjata diseluruh dunia, seperti peperangan, pemberontakan, pergaduhan kongsi gelap dan rangkaian pengedar dadah di seluruh dunia. Namun pencipta asalnya Mikhail Kalashnikov, tidak bergembira, sebaliknya menyesal kerana ciptaaannya meragut ratusan ribu nyawa setiap tahun di seluruh dunia.

Ak47 yang diubahsuai.

Buat gamers, mungkin inilah senjata kesukaan korang semua ...macam Call Of Duty Modern Walfare 3 ,The Life 4 Dead, Battlefield Heroes (sekadar beberapa nama ), namun hakikat senjata ini menumpahkan darah melebihan letupan 'the little boy', bom atom Nagasaki dan Hiroshinma di Jepun


Untuk bacaan lanjut korang boleh ke sini

Haram Bergambar Pra Perkahwinan Jika.....

on Selasa, 29 November 2011


via: piclips.com


Pra perkahwinan maknanya belum berkahwin, belum diakad nikah, so bagaimana pulak sewaktu bergambar, terdapat pasangan bakal pengantin boleh beraksi daring, berpeluk-pelukan, berpegang-pegangan tangan, kan belum nikah, ikatan syariatnya tiada di situ, dulu zaman mak bapak kita kawin mana ada pra perkahwinan, tapi ramai jugak yang bahagia sehingga ke akhir hayat, banyak juga artis terutamanya sekarang yang suka bergambar pra perkahwinan, pada saya terpulanglah selagi korang tak buat maksiat, dan tak langgar syariat apa salahnya, maklumlah dah jadi trend zaman sekarang, tapi jangan dok lupa ye, hukum syariat sesuai untuk sepanjang zaman, mungkin kena ada guide line yang jelas tentang nie, pra perkahwinan bukanlah lesen untuk buat maksiat, kalau bertunang lagilah tak boleh,

sumber

Kumbang Khapra Antara Paling Ganas Di Dunia

on Sabtu, 26 November 2011




Walaupun mempunyai fizikal yang kecil kumbang Khapra atau Khapra Bettle (Trogoderma granarium ) antara 100jenis serangga yang paling ditakuti di dalam industri makanan ruji atau bijirin. Kehadiran walaupun seekor serangga ini , akan menyebabkan keadaan huru-hara, Jika dijumpai di lapangan terbang, jadual penerbangan akan ditangguhkan, serta tindakan serta merta diambil sehingga kesemua serangga ini boleh dihapuskan. Dianggap sebagai serangga pemusnah industri bijirin yang paling efektif, kumbang khapra boleh tahan hidup di alam suasana makanan yang terhad. Mempunyai rintangan atau ketahanan dari racun serangga biasa, serta boleh menyesuaikan diri dengan suhu yang kering dan panas seperti suhu di stor. Larva kumbang Khapra boleh merosakkan makanan bijrin dengan mudah, dengan meninggalkan, debu-debu dan mencemari bijirin.Akibatnya bijirin yang musnah atau dijangkiti dengan debu, atau bulu dari kumbang ini mempunyai toksid dan tidak boleh lagi dimakan. Kumbang ini mampu membiak dengan pantas. Kesan jangka panjang industri bijirin akan musnah dan mengancam kesihatan penduduk atau pengguna, walaupuns aiz serangga ini hanya 2-3 mm.




larva Kumbang Khapra



Berasal dari Selatan Asia,atau lebih tepat lagi dari India. Kumbang Khapra menghasilkan larva, yang akan memusnahkan keseluruhan berjuta-juta tan bijirin jika tidak dikawal. Oleh kerana haiwan ini begitu mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim dan suasana, kehadirannya akan dipantau seraca serius oleh pihak berkuasa dan di anggap sebagai antara serangga yang paling ditakuti di USA dan Kanada. Jika dijumpai di pelabhan atau di lapangan terbang, maka suasana panik akn timbul, apa taknya kebanyakan negara Eropah termasuklah Amerika Syarikat, makanan ruji mereka ialah gandum, soya, jagung, barli dan lain-lain yang boleh dimushkan oleh kumbang ini, walaupun seeekor sahaja, pada peringkat awal, contohnya macam di sini. Amerika syarikat sangat mengambil berat tentang kumbang ini dan menjadikannya sebagai serangga yang paling dipantau kehadirannya di sana, USA, mewujudkan organisasi khas untuk membenteras serangga ini. Apakah ianya boleh dijadikan sebagai senjata biologi untuk memusnahkan industri atau bekalan makanan USA?

Pindaan AUKU, Mahasiswa Nyatakan Pendirian Mereka

on Jumaat, 25 November 2011


Keputusan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Universiti Kolej merupakan satu keputusan yang besar yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Penulis secara peribadinya berpendapat, AUKU , walaupun mengikat pelajat masih belum dapat mengekang gerakan parti politik yang mewakili kerajaan atau pembangkang dari memasuki kampus, kewujudan beberapa golongan yang mewakili pelajar sebenarnya merujuk kepada golongan pelajar yang bersama pembangkang mahupun kerajaan sewaktu pilihanraya kampus, malahan penulis sendiri sewaktu pelajar melihat sudah ada gerakan pelajar yang mewakili pihak kerajaan atau sebaliknya cuma tidak dizahirkan melalui imej seperti logo, bendera atau surat rasmi parti-parti politik di Malaysia.

Perdana Menteri pada Khamis telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli mana-mana parti politik.

Bagaimanapun Najib berkata, pindaan bagi seksyen berkenaan tetap tegas tidak membenarkan politik kepartian dibawa masuk ke dalam kampus institusi pengajian tinggi.

"Pindaan ini selaras bagi menghormati hak perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi yang rata-ratanya telah mencapai umur baligh undang-undang," katanya ketika membentangkan usul pemansuhan Proklamasi Darurat dan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat di sini.

Apa yang penting disebalik itu, pelajar di harap dapat menyalurkan hasrat hati mereka , dengan wakil yang mereka pilih di universiti. Penulis juga berharap golongan pelajar turut mementingkan disiplin ilmu, sentiasa berfikiran terbuka dan bertindak di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan. AUKU dilihat sebagai penghalang utama kepada pelajar untuk menyatakan pendirian mereka sebagai ahli ilmuan, mereka selama ini dilihat sebagai golongan yang berada di dalam dunia mereka sendiri dan menjadi penonton kepada senario politik negara. sudah pastinya golongan mahasiswa/siswi adalah golongan yang kritis dan berilmu dan akan menolak sebarang politik yang sekadar retorik, kezaliman, penindasan, benci kepada rasuah dan salahguna kuasa. Jadi buat ahli politik, janganlah sekadar beretorik dan menggunakan sentimen yang tidak sepatutnya. Penulis di fahamkan mereka boleh menjadi ahli parti politik tetapi pada masa yang sama, sebarang aktiviti kepartian tidak dibenarkan di bawa masuk ke universiti. Pada pandangan penulis perlu ada satu garis panduan yang jelas di dalam hal ini, bukan mudah untuk menyelesaikan hal ini, supaya universiti akan terus menjadi flatform bagi menjana ahli ilmua yang kritis dan berwibawa. Dengan kata yang lain jangan bias di dalam hal ini jika, semua pelajar tidak dibenarkan membawa aktiviti kepartian ke universiti maka semuanya terlibat dan bukan sekadar pembangkang sahaja, atau pihak kerajaan sahaja.

Dalam pada itu, aktivis sosial dan politik, Hishamuddin Rais berkata sementara beliau mengalu-alukan keputusan untuk meminda Seksyen 15 AUKU, beliau pada masa yang sama berpendapat, keseluruhan AUKU itu patut dihapuskan sama sekali.

“Pada saya keseluruhan akta itu adalah satu halangan atau sekatan ke atas pembangunan intelektual mahasiswa itu sendiri dan juga generasi muda di negara ini,” kata Hishamuddin.

AUKU menurut Hishamuddin adalah bertentangan dengan tujuan universiti itu sendiri.

“Universiti sepatutnya menjadi tempat untuk seseorang mengembangkan potensi diri. Ia sepatutnya membantu mahasiswa untuk maju bukan sekadar akademik tetapi juga secara holistik. Kehadiran akta itu dengan segala halangan dan kekangan telah menyekat pertumbuhan sebenar mereka sebagai seorang manusia," katanya.

Menurut aktivis itu lagi, semasa beliau di universiti, jauh sebelum AUKU diperkenalkan, persatuan pelajar dibenarkan menguruskan pelbagai tanggungjawab dari mengendalikan perkhidmatan bas, hostel, kafetaria malah urusan percetakan di universiti.

"Kami dibenarkan memungut yuran dan jauh lebih bebas dan berdikari berbanding sekarang,” kata Hishamuddin.

Bagaimanapun katanya, selepas AUKU diperkenalkan hampir kesemua hak pelajar ditarik balik.

"Kami kehilangan hak untuk berunding dan membuat tuntutan. Masyarakat universiti sekarang perlu merayu kepada universiti setiap kali mereka memerlukan dana. Ini caranya gerakan mahasiswa diikat.

“Jadi akta ini adalah bertentangan dengan semangat persatuan atau gerakan pelajar itu sendiri dan menjejaskan hak pelajar. Namun begitu saya tidak pernah bertukar menjadi pembunuh bersiri atau seorang yang bodoh walaupun saya menentang akta ini. Saya masih lagi menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertamadun,” jelas Hishamuddin.

Beliau yang merupakan aktivis persatuan pelajar di Universiti Malaya sebelum melarikan diri pada tahun 1974 apabila kerajaan bertindak ke atas gerakan pelajar yang membantah tentang kemiskinan Baling telah kembali ke tanah air pada tahun 1994.

Sotong Berjalan Di Atas Darat

on Khamis, 24 November 2011









Ianya merupakan satu penemuan yang menakjubkan bahawa haiwan marin ini sebenarnya mampu hidup tanpa air dan 'berjalan di atas daratan untuk mencari makanan. memang sukar untuk merakamkan detik-detik sotong ini keluar dari air ke darat yang kering untuk mencari makanan, tetapi itulah yang berlaku. sotong merupakan haiwan marin yang pemalu, selalunya tidak agresif kecuali diganggu, dan menjadi mitos haiwan atau sotong kurita raksasa akan memusnahkan kapal dan memakan manusia. saksikan sendiri kehebatan makhluk Allah ini. Kalau di Malaysia musim mencandat sotong di pantai timur memang meriah, tetapi sekarang musin tengkujuh sudah datang

Dulu Penyanyi Sekarang Pendakwah

on Selasa, 22 November 2011



Mereka bertukar 360 darjah...dulu memang terkenal sebagai penyanyi,pelakon, pelawak, sekarang mereka menjadi pendakwah. Walaupun terdapatnya sedikit polimik politik, peranan mereka sebenarnya sebagai saling memberikan ingatan buat sesama manusia. Dulu waktu saya muda-muda dulu rajin layan gak lagu-lagu mereka terutamanya lagu rock 80 an dan awal 90 an. Sudah tentunya mereka mendapat hidayah dari Allah untuk berubah, bukan senang nak berubah namun tidak mustahil. mungkin sudah tersurat mereka akan menjadi pendakwah,biar apa pun, tugas mereka memang mulia. Entry ini tidak bermaksud nak pertikaikan dari segi politik, kalau pun mereka berlainan fahaman politik dari kita, biarlah ,siapakah penilai yang terbaik kalau bukan Allah swt.


1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer(Penulis lirik lagu berhantu 'Isabella')

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan A.C.A.B(SKINHEAD)

4. Aznil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'(Lagu Popular 'Cinta untuk Nabila)

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'


Sumber

Beban Kerja 9Jam, Guru Mengada- Ngada?

on Isnin, 21 November 2011


Isu pendidikan di dalam negara sebenarnya sentiasa panas dan membara. Isu tentang guru juga sering kali diperkatakan, dibincangkan dari parlimen hinggalah ke kedai buku. Persepsi serta tanggapan terhadap kerjaya guru pada mata masyarakat amnya telah berubah. Guru bukan lagi kerja yang dianggap mulia, guru pula sering dipersalahkan apabila result peperiksaan menjunam jatuh, walau pun bukan semua majoriti akan menyalahkan guru jika keputusan peperiksaan merosot, guru jugalah yang dipersalahkan apabila disiplin pelajar sekarang yang sangat membimbangkan, guru jugalah yang akan dipersalahkan apabila berlakunya kecederaan atau kematian( minta dijauhi Allah) kepada pelajar,sewaktu aktiviti ko-ku atau sebarang aktiviti luar walaupun semua prosedur keselamatan telah dipatuhi.

Ada kalangan masyarakat yang mempersalahkan guru, apabila isu beban kerja guru ditimbulkan, kata mereka , guru mengada-ngada, banyak kerjaya lain yang turut terbeban dan sukar seperti bahagian keselamatan dan kesihatan, yakni polis dan doktor. Mengapa perlu membuat perbandingan sebegini, wajarkahperbandingan sebegini, semuanya bermula dengan tanggapan guru hanya berkerja 7.30 pagi hingga 1.30 petang. masuk kelas, cakap-cakap sikit dalam kelas, lepas tu balik, waktu petang guru enjoy lah, boleh buat macam-macam kerja? Cukup bulan terima gaji....please stop!! Itulah persepsi kebanyakan masyarakat tanpa melihat kerjaya guru sebagai satu kerjaya mencabar, sebab itulah cadangan waktu bekerja selama 9 jam perlu diperhalusi, dan bukannya tangkap muat sahaja. Guru pada saya merupakan jurutera manusia, bukan senang mengajar dan mendidik pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai kaum, pelbagai tahap IQ dan EQ, semuanya perlu ditangani oleh guru. Di sini saya sertakan satu surat dari seorang guru, baca dulu, lepas itu berfikirlah kerjaya guru bukan sekadar lenggang kangkung, goyang kaki, pegang pen aje dan kira duit gaji bulan-bulan.

Selami kehidupan guru sebelum menghukum

Saudara Pengarang,
SUDAH kerap kali say...a membaca surat di ruangan ini yang memperkecil-kecilkan profesion perguruan. Guru dituduh sebagai kakitangan kerajaan yang mengada-ada dan sering meminta-minta. Memang mudah orang berkata jika dia tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru. Kakitangan kerajaan lain enak nikmat di dalam pejabat yang sejuk, mempunyai ruang kerja luas serta boleh menyiapkan tugasan tanpa gangguan.

Cubalah selami sehari kerja seorang guru. Masa bekerja bermula seawal pukul 7.15 pagi. Kakitangan kerajaan lain boleh menangguh kerja atau bekerja mengikut masa yang mereka tetapkan sendiri. Guru tidak boleh bertangguh kerja. Bertangguh kerja bermakna mengundang bencana.

Bertangguh kerja bermakna guru tidak masuk ke kelas. Pelajar yang akan menjadi mangsa. Ada yang mempertikaikan waktu kerja guru yang kononnya hanya dari pukul 7.30 hingga 1.30 tengah hari. Itu bukanlah masa bekerja guru. Itu waktu persekolahan pelajar.

Cubalah anda buat kajian di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Kebanyakan sekolah berakhir pada pukul 2.30 petang dan kadangkala sehingga 4.00 petang. Itu tidak mengambil kira mesyuarat guru dan pentadbiran yang sering diadakan hingga lewat petang. Bagaimana pula waktu hujung minggu dan cuti persekolahan yang diisi dengan kursus dan kegiatan kokurikulum yang padat.

Guru perlu mengiring aktiviti perkhemahan pelajar, masuk ke hutan berhari-hari, meninggalkan keluarga. Pengalaman ini bagaimanapun tidak dilalui oleh kebanyakan kakitangan kerajaan yang lain.

Mereka selesa menginap di bilik hotel berhawa dingin, sedangkan guru kadangkala terpaksa tidur di dalam bilik asrama atau khemah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Masyarakat sering mempertikaikan tempoh cuti sekolah yang panjang dan kerap yang kononnya turut dinikmati oleh golongan pengajar. Sedarkah anda, pada cuti pertengahan semester pertama, guru-guru bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan pelajar di rumah. Tugas memeriksa mesti disiapkan dalam tempoh seminggu cuti persekolahan tersebut. Cuti pertengahan tahun pada bulan Mei selama dua minggu, guru sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun, juga di rumah. Cuti pertengahan semester kedua, guru sibuk menanda kertas peperiksaan percubaan pelajar di rumah.

Sekiranya anda prihatin, anda akan dapati guru kerap melakukan kerja di rumah, masyarakat tidak nampak hal ini kerana anak-anak mereka tidak ke sekolah. Pernahkah mereka terfikir mengapa anak-anak mereka sering memperoleh markah peperiksaan selepas cuti sekolah? Beralih kepada isu yang lebih sensasi, cuti akhir tahun. Sedarkah mereka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijalankan pada masa cuti akhir tahun? Sedarkah mereka, skrip-skrip jawapan itu juga perlu ditanda semasa waktu cuti akhir tahun? Menurut pekeliling Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh dipanggil balik bekerja untuk 2/3 tempoh cuti sekolah akhir tahun. Bayangkanlah berapa baki cuti yang tinggal untuk menanda kertas peperiksaan dan juga untuk menyediakan bahan-bahan untuk semester persekolahan yang baru.

Kakitangan kerajaan yang lain diperuntukkan cuti tahunan selama 30 hari yang boleh diambil bila-bila masa sepanjang tahun. Guru pula diperuntukkan cuti rehat selama tujuh hari setahun. Cuti ini pula tidak boleh diambil sesuka hati. Masyarakat sedia maklum masalah kekurangan guru yang dihadapi di sesetengah negeri. Apabila seorang guru mengambil cuti pada hari persekolahan, ia akan memberi kesan yang serius kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bebanan guru lain akan bertambah, oleh itu agak sukar juga bagi guru untuk menggunakan hari cuti yang diperuntukkan.

Guru juga bekerja dalam suasana yang kurang selesa berbanding kakitangan awam yang lain, bilik pejabat sejuk sehingga perlu memakai jaket di pejabat. Guru pergi ke kelas pada waktu tengah hari dan mengajar di dalam kelas yang hanya mempunyai kipas sahaja dan perlu berdiri sepanjang masa. Guru tidak mempertikaikan itu semua. Memang suasana kerja kami begini dan kami memang sentiasa ikhlas dan memberikan tumpuan sepenuh masa untuk mendidik dan mengajar anak bangsa kami untuk menjadi insan yang berguna.

Apa yang kami inginkan hanya waktu cuti yang sebenar untuk bersama keluarga. - GURU KECEWA, Kuala Lumpur

via: facebook









5 Radio Pilihan Rakyat Malaysia

on Ahad, 20 November 2011





Rakyat Malaysia menghabiskan masa secara puratanya 17 jam mendengar radio, walaupun terdapatnya aktiviti online seperti berblogging dan melayari laman sosial, radio masih menjadi pilihan ramai. Radio merupakan halwa telinga dan tidak seperti TV atau internet, hanya perlu memasang telinga.Oleh kerana itulah radio dipasang digerai-gerai mahupun premis kerajaaan. Kerja 'jalan' telinga sahaja yang dipasang. Berikut adalah stesyen radio pilihan ramai rakyat Malaysia. didengari sama ada di dalam pejabat mahu pun sepanjang perjalanan pergi atau balik ke tempat kerja.


HOT FM 'Lebih Hangat Daripada Biasa'. adalah antara stesyen radio pilihan ramai. Segmen kegemaran ramai adalah 'panggilan hangit'. Merupakan stesyen radio yang menyiarkan lagu lagu kontemporari atau lagu terbaru.Kalau anda perasan banyak juga lagu indonesia yang best kat sini. Namun lagu-lagu dari artis Malaysia masih mendapat tempat. Radio Hot FM diceriakan oleh Dj mereka seperti Farah Fauzana dan FBI.Laman web Hot Fm bukan sahaja boleh mendengar lagu secara on air tetapi juga terdapat berita-berita tentang artis terkini.








Sinar FM 'Muzik Retro Terbaik' merupakan antara stesyen radio yang turut diminati ramai. Stesyen ini meyiarkan lagu-lagu retro, antaranya ialah lagu-lagu 'rock kapak' iaitu lagu-lagu yang pernah hits pada zaman 80an dan 90 an. Pada tahun-tahun itu, kumpulan rock sentimental tumbuh bagaikan cendawan, teringat pada waktu itu Search menghasilkan album pertama kalau tak salah la Cinta Buatan Malaysia dan Wings ( Awie dok muda lagi waktu tu..) kalau tak salah lagu Intanku Kesepian. Banyak lagu-lagu rock sentimental hits ini boleh didengar semula di Sinar FM.









Era FM ' Kini Hanya Memainkan Muzik Yang Terbaik' juga diminati ramai. Mempunyai kekuatan yang tersendiri dengan Dj yang popular seperti Halim Othman. Antara slot kegemaran ialah 'Riuh Pagi Era' di sertai oleh Pak Nil ( Aznil Nawawi), Ray dan Haniff. Radio era mencipta Malaysia Book Of Record setelah berjaya menjelajah 11 buah negeri dengan masa 48 jam, sempena hari raya Aidilfitri pada 3 dan 4 September yang lalu dengan beramah mesra dengan pendengar yang bertuah. Sememangnya Radio Era merupakan antara radio yang digemari rakyat Malaysia









Radio IKIMFM 'pilihan utama anda', merupakan satu-satunya radio yang menerapkan konsep dakwah Islamiah. Mendengar radio IKIM seolah-olah mendengar wacana ilmu. Pengisian program kerohanian yang sangat bermanfaat kepada semua pendengar. Beronline 24 jam terdapat banyak program seperti Tafsir Al Quran, Islam Itu Indah, Mukmin Profesional, i Jumaat dan sebagainya. Pendek kata memang best la. terutamanya perkongsian ilmu yang sangat bermakna,
Dengar dan Download Rancangan Radio IKIM FM Online









Klasik Nasional 'segalanya disini menggamit memori', merupakan radio yang turut menarik. Menyajikan pelbagai jenis lagu -lagu lama dari pelbagai genre dan yang paling popular sudah tentunya lagu pop 60 an, boleh ke site klasik Nasional, banyak lagu-lagu lama kat sini.



Ada banyak lagi sebenarnya, stesyen radio, cumanya entry ini memfokuskan radio berbahasa melayu. Radio merupakan pilihan bagi mendengar lagu secara santai, namun jika anda inginkan ilmu, saya merasakan radio IKIM adalah pilihan yang terbaik.

Sore Yang Terindah

on Jumaat, 18 November 2011



Tika sore menjajah alam.
Bayangan wajahmu bercantum dilayar hati
tenang,
mesra ,
bersahaja
membelai hati yang lara
tanpa
suara,
hanya rakaman terindah,ketika musim bunga hadir
aku tidak mampu berlari lagi
mengejar dirimu bagaikan mengejar sirna
hampa,
kecewa
lara.
Mencari diri yang hilang apakah aku temui cinta abadi bersama diriNya.
ketika hati terpaut semula
rahsia di dalam rahsia
cinta sempurna di dalam rindu...

Adiana Zainiza Tuah k oo7 Fajar Damai USM 2. 10.1996

Bantuan Khas RM 100 Dipolitikkan ?

Bantuan kewangan RM 100 kepada pelajar yang mula diagihkan pada minggu akhir persekolahan sedang berjalan. Bantuan tersebut diberikan selaras dengan pengumuman yang di buat di dalam budget baru-baru ini. Penulis merasakan wajar untuk pihak kerajaan memberikan bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan. Cuma yang difikirkan semula ialah cara atau bagaimana duit itu boleh disalurkan kepada pihak pelajar supaya ianya telus dan tidak membebankan bagi pihak guru, pelajar dan ibu-bapa mereka.

Apa yang berlaku di dalam minggu akhir persekolahan bantuan khas RM 100, keadaan menjadi sedikit kecoh. Untuk makluman, pihak kakitangan sekolah terutamanya guru terlalu sibuk apabila sessi persekolahan tamat, banyak kerja-kerja , terutamanya kerja-kerja perkeranian yang perlu dibereskan. Dari fail sehinggalah ke pada akaun kewangan yang perlu ditutup. Di dalam hal ini bantun RM 100 perlu difikirkan semula cara pemberiannya. Oleh kerana pihak guru agak sibuk, sepatutnya jadual yang disusun oleh guru untuk memberikan duit tersebut dipatuhi, namun apa yang berlaku sebaliknya. Kebanyakan sekolah meminta supaya pelajar mesti datang bersama-sama dengan ibu -bapa untuk mengambil wang tersebut. Namun syarat yang diletakkan pemberian tersebut mesti dihadiri oleh pihak yang terlibat dengan kerajaan, biasanya adun atau wakil kerajaan.Namun jadual tersebut agak sukar dipenuhi oleh pihak berkenaan. Akibatnya ramai ibu-bapa yang terpaksa menunggu agak lama, malahan sehingga ke petang. Memang ada yang akan berkata, hai bende-bende cam gini guru tak boleh uruskan ke? Bukan macam tu bang, sebenarnya urusan pemberian ini melibatkan pihak luar, iaitu ibu bapa dan juga pihak adun atau wakil adun tersebut. Malahan terdapat banyak rungutan dari pihak ibu-bapa kerana terpaksa menunggu lama. Apakah perlu menunggu orang politik datang ke sekolah sebagai tanda keprihatinan kerajaan? Atau ini merupakan peluang untuk memperkenalkan diri , sebab pilihanaraya sudah semakin dekat? ianya dipertikaikan kerana sebelumnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang sentimen, kegiatan dan juga kempen kepartian. Bagaimana jika duit itu diuruskan oleh pihak sekolah secara terus, kumpulkan akaun bank pelajar dan serahkan pada pihak kementerian pelajaran untuk uruskan duit tersebut, secara bank in contohnya. Bukan akan ada yang mengatakan pihak guru nie mengada-ngada, tetapi bagaimana dengan kes duit tersebut dipotong oleh pihak sekolah sperti yang berlaku sebelum nin. Ia mengundang respon dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meminta sekolah jangan memotong duit tersebut untuk kegunaan sekolah itu sendiri.

Penulis berpendapat tidak salah duit itu disalurkan kepada pihak pelajar dan ibu bapa. Namun harus diingat tidak perlu memanggil pihak yang terlibat dengan kepartian untuk menyerahkan duit tersebut. Harus diingat ini bukanlah duit parti( walaupun yang datang itu ialah wakil parti atau pihak berkenaan ) ,ianya ialah duit kerajaan Malaysia. Penulis tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa di dala hal ini. Memang rakyat mesti di bantu, biarlah ianya telus, kerana ahli polotik seperti biasa, menggunakan retorik,semata. Ya, Duit ini ialah bantuan dari pihak kerajaan ,namun duit ini sebenarnya tidak harus disalahgunakan oleh pihak sekolah, atau membebankan pihak guru, atau disalah ertikan..sehingga diberi pengertian kempen politik..kan guru dan pelajar tidak dibenarkan terlibat atau menganjurkan sebarang aktiviti kepartian di sekolah. Sekolah bukan flatform untuk berpolitik. Maafkan penulis jika entry ini agak kritis...namun renungkanlah dengan teliti...









CMCF dan Panduan Laman Sosial Malaysia

on Khamis, 17 November 2011



Blogger, facebooker dan juga pengguna online di Malaysia layari laman CMCF atau Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia CMCF adalah sebuah badan bebas di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mengetahui dan melindungi hak anda sebagi pengguna, terdapat code atau panduan yang dikeluarkan membolehkan aduan - siasatan - denda di kenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda boleh adukan jenayah online dan juga iklan di media yang melanggar code yang disediakan. Apa sahaja jenis media, internet, TV, telefon atau radio.


CMCF Malaysia


Dengan kewujudan rangkaian laman sosial, maka cara, sikap serta masa pengguna yang beronline juga berubah. Mereka telah menyediakan panduan untuk semua pengguna laman sosial di Malaysia. Penggunaan laman sosial yang meluas telah mewujudkan fenomena baru , terutamanya jenayah sosial. Pencerobohan akaun, penyebaran virus trojan, cecacing ( worms), pemalsuan identiti, pendedahan gambar peribadi ( facebooker wanita terutamanya)pemalsuan gambar ( gambar anda digunakan sesuka hati apabila akaun anda berjaya dimasuki) dan pelbagai jenis e -kejahatan online yang lain.

Bagi semua pihak boleh melayari laman CMCF untuk mendapatkan panduan dan code yang perlu dipatuhi apabila melayari laman sosial. Ye , kalau tak jadi apa-apa dekat akaun anda oklah, tapi kalau berlaku perkara di atas cam mana? Jom layari laman yang saya sertakan dibawah ini untuk memastikan keselamatan dan hak anda sebagai pengguna laman sosial seperti facebook dan twitter. Dapatkan code anda! Lindungi privasi anda !


Bagi Blogger wanita serta facebooker wanita anda perlu download atau baca kod ini, ianya penting, jika hak anda dicerobohi, ada akta yang boleh memberikan balasan setimpal kepada orang yang nak cerobohi privasi anda. Blogger wanita hebat tentu dah baca panduan ini. :D


Download Panduan Melayari Laman Sosial

Download Code Untuk Aktiviti Online dan Aktiviti Laman Sosial dan Kandungan Media.



Bagi ibu bapa pula boleh baca panduan yang disertakan disini untuk mengawasi anak-anak anda apabila mereka beronline, ye tahu , memang sukar tapi sekuarang-kurangnay panduan ini membantu. lindungi anak- anak anda dari pornografi, kebencian dan perkauman, ketagihan game dan sebagainya. Disertakan link yang berguna, yang boleh digunakan oleh ibu-bapa untuk mengelakkan anak mereka terjebak dengan jenayah internet.


Panduan Pemantauan Ibu bapa Sewaktu Anak Online



Dataran Padi di Sg Manik

on Rabu, 16 November 2011


Selain daerah Hilir Perak, Daerah Kerian juga mempunyai kawasan sawah padi,tapi yang besar tentunya kawasan sawah padi di Dataran Kedah, Dataran Kemubu Kelantan.





kak teh pun nak posing sama, cuma sayang ada vandalisme kat jalan...itu la curahan hati orang bercinta kut?


Semalam kami ke Sungai Manik, satu kawasan sawah padi yang agak luas di sebelah selatan Perak, bawa Along berurut, kakinya terseliuh sebab main bolasepak.. Apa yang bestnya di sungai Manik, padi dah mula masak, dah ada kawasan yang dituai, bangau pun banyak juga yang dok cari cacing dan ikan kecil. Padi memang sangat sinonim dengan masyarakat Asia, kalau kat Malaysia tak pekena nasi, tak sah la....kata orang utara ,,tak kejap perut. Sepanjang jalan ramai dok memancing ikan puyu, tak sempat nak snap gambar sebab, kejar masa...hari dah nak ke senjakala


Nie la peribahasa Melayu, ikut resam padi, semakin berisi semakin tunduk




Padi makanan asasi utama, harganya dijangka naik kalau banjir di Thailand tak surut-surut, Malaysia, tak cukup bekalan, beli dekat siam..

Jerat Percintaan, Sukarnya Lepaskan Diri

on Selasa, 15 November 2011



Di dalam perhubungan sesama manusia, cinta memainkan perasaan yang besar di dalam kehidupan manusia. Oleh kerana cinta jugalah manusia bersosial di dalam kehidupannya. Oleh kerana cinta jugalah manusia bersatu di dalam satu ikatan perkahwinan yang diredhai Allah. Itulah kemuncak percintaan yang diakhiri dengan pekahwinan yang suci. Namun ikatan perkahwinan yang tidak disertai dengan hidayah dari Allah serta cara hidup pasangan yang melanggar syariat membolehkan segala-galanya berlaku. Kekadang di dalam kehidupan yang serba unik ini, segal-gala yang tidak terfikir boleh berlaku, atas nama cinta? Atau dalaman manusia.


Mungkin entry ini menerobos di dalam minda yang kita sendiri pernah membaca, mengalami? Atau memahaminya. Jauhilah perangkap percintaan, ianya perangkap maut yang sangat sukar dilepaskan, senang untuk berbicara tetapi yang mengalami sendiri terkapai-kapai,Ianya perangkap maut, membina cinta dari cinta yang dimusnahkan, membawa diri hanyut di dalam nafsu membara,jadi jauhi ia sebelum terlewat. Titipkan doa kepada Allah, hanya Dia mampu membantu, kenali diri sendiri agar tahu jika sudah bersuami atau beristeri, letakkan mereka di tempat istimewa di hati. Ingat segala pengorbanan mereka, bersyukur atas kurniaan Allah, atau kita masih ingin mencari sesuatu yang kurang pasti, bersinar belum tentu ianya permata, mungkin kaca yng bisa melukakan diri..siapa tahu?

Kisah 1

Seorang sahabat lama, sambung belajar di sebuah universiti tempatan yang popular, mempunyai isteri yang cantik ( seorang guru ) dan 3 orang anak. Saya namakan sahabat saya ini Mr X. Setahun berlalu kami kawan –kawan mr X tidak menyangka di dalam kesibukan assigmentnya sempat juga menjalin hubungan cinta dengan seorang guru wanita yang merupakan student di universiti yang sama, kata Mr segala-galanya tidak dirancang. Ia berlaku dengan sendiri? Sebagai sahabat selalu juga bebrak dengannya, katanya segalanya bermula bila si guru wanita tersebut join group study mereka…. Sering meluahkan segala masalah dan rasa, menjadikan hubungan mereka rapat, akhirnya cinta memerangkap mereka, sangat sukar untuk keluar dari perangkap cinta tersebut. Mr X sanggup meninggalkan isteri yang dicintainya dahulu semata-mata ingin berkahwin dengan guru wanita tersebut yang masih bujang.Sekarang kedua-duanya berpindah ke selatan tanahair, tergamak meninggalkan isteri dan anak –anak nya. Pernah juga Mr x bersuara rindukan anak-anaknya. Saya membalas mudah sahaja, mampukah perasaan rindu mengendong tanggjawab membesar anak-anak kecil di tangan bekas isteri semata-mata.?terdiam Mr X bila saya suarakan tentang tanggungjawab menjadikan anak-anaknya sebagai manusia beriman, yang terjaga solatnya, yang terjaga keperibadiannya atau sekurang-kuranganya berjiwa agama, mempunyai connection dgn Allah di mana berada?

Kisah 2

Berlaku lama dahulu..seingat saya sudah 13 tahun yang lalu….. sewaktu itu kehidupan kampus merupakan antara saat terbaik di dalam hidup. Dengan kursus yang diambil membolehkan saya berpeluang bertemu dengan ramai rakan baru, antaranya adalah kalangan pendidik yang sudah lama bertugas.kebanyakkan sudah berkeluarga. Jadi sewaktu berada di dunia kampus, bunga-bunga percintaan yang dihiasi dengan nafsu bermaharaja lela, Budaya couple menejah minda dan jiwa mahasiswa dan mahasiswi, tidak terkecuali bagi Abng Mat ( bukan nama sebenar ) dan Kakak Q. kedua-duanya sudah berkahwin, mempunyai keluarga, namun, mereka terjerat di dalam dunia percintaan yang mereka ciptakan sendiri. Sering kali juga terjumpa mereka berdua-duaan di cafeteria. Berbincang tentang pelajaran ? Belum tentu…kalau benar sekali pun mengapa mesti berdua, mengapa mesti terlalu mesra? Mengapa dan menngapa menerjah fikiran, akhirnya kami wakilkan kepada Abg Y utk tanya, maklumlah sebagai freshie, segan jugak nak tanya, silap haribulan makan pelempang free..hahha. Abg Y yang seangkatan dengan abang dan kakak yang dok bercinta nie,pun tanyalah mereka. Kata kakak Q dirinya tidak bahagia, dirinya sering diabai oleh suami yg sibuk dengan dunia busines, kata Abng Mat dirinya dah jatuh cinta lagi, terlalu sayang kepada Kakak Q, terlalu rindu dan sukar dilepaskan. Semudah itu? Apakah matlamat akan menghalalkan cara?Apakah Kakak Q sudah lupa yg dirinya isteri orang, tidak tahukan juga Abng Mat yang isterinya bertungkus lumus mentadbir rumahtangga mereka dengan karenah anak-anak yang masih kecil…segala-galanya kacau bilau….. lihat bagaimana perangkap percintaan ini mampu ‘membunuh’ mereka, mampu membunuh rasa bersalah, mampu membunuh rasa berdosa kepada Ilahi. Tidakkah ini boleh membawa kepada dosa yang lebih besar?

Jiwa dan akal adalah hidayah dari Allah. Anugerah tak ternilai, begitu juga dengan perasaan cinta,yang mampu menghasilkan musim bunga nan indah di hati, namun jiwa , akal dan cinta mesti diikat dengan agama. Memang jiwa dan akal mampu mengilhamkan cinta terbaik. Namun tanpa ikatan syariat yang jelas segala-galanya boleh terbabas…jadi buat rakan-rakan di luar sana berhati-hati dengan perangkap ini, hadirkan Allah di hati, kenang kembali saat indah sewaktu bersama yang tercinta, apakah pabila hadirnya cinta yang baru ( berpaksikan nafsu dan syaitan ? ) segala-galanya boleh ditinggalkan begitu sahaja seperti buih-buih di lautan? Ibaratnya seperti akal, jiwa dan cinta ialah kipas syiling, diikat kemas dengan syariat ( skru, papan dan gam )... supaya kipas tidak terbang mencederakan penggunanya di bawah sana..

Blogger Jom Dapatkan 1 USD Pertama Anda

on Isnin, 14 November 2011


Jom buat duit 1USD pertama anda. Ianya bukan mustahil. Blogger Malaysia sebenarnya mempunyai kesempatan dan kemampuan untuk menjana income dalam USD, dah ramai dan. Sebenarnya menjana duit dari USD tidaklah sesusah mana. Entry ini akan membincangkan cara mendapat duit dari USD dan anda merupakan pemilik duit USD itu secara totalnya, bukannya pending atau kena tunggu cashout baru boleh dapat duit. Penulisan ini sekadar perkongsian buat blogger newbie macam saya, bagi yang sudah tahu boleh abaikan.


Baik, cara untuk jana pendapatan 1 USD pertama anda, anda harus melakukan perkara ini.

1. Mempunyai ilmu. Bunyinya macam boring aje, tetapi percayalah tanpa ilmu sangat sukar untuk menjana income USD anda. Kebanyakan income USD datang dari pihak luar, belajar dan terus belajar pelbagai maksud atau term yang berkaitan dengan perniagaan internet, Sertailah forum-forum yang bermanfaat.contohnya Forum WangCyber. Ianya forum yang berwibawa, tak de skim cepat kaya atau skim pelaburan, Ianya dipenuhi dengan pelbagi perbincangan buat duit yang real dari dunia maya serta disertai oleh ramai blogger-blogger( terkenal terutamanya yang fokus kepada marketing dll ) di Malaysia.


2. Kena ada akaun paypal. Paypal merupakan anak syarikat E bay, web lelong terbesar di dunia. Pay pal membolehkan anda menghantar dan menerima duit di dunia maya di dalam USD. Ianya merupakan web yang paling dipercayai seta digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Dengan mempunyai akaun paypal yang sudah diverify , maka peluang anda menjana USD pertama bukan lagi omongan kosong. sama ada anda blogger atau bukan, mempunyai blog atau tidak anda masih boleh jana duit dari USD. Banyak membayaran web yang buat duit menggunakan paypal sebagi medium pembayaran mereka. Contohnya e bay, program Paid To....( yang ini kena berhati-hati, kerana banyak scam , walaupun sangat senang nak dapatkan USD ! ) dan banyak lagi.Anda juga boleh bershopping online tanpa kad kredit anda

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.


A. Mendaftar dengan paypal. Mesti dingat anda mesti memberikan maklumat yang betul, seperti e mail( yang akan menjadi e akaun anda nanti), alamat ( sebaik-baiknya alamat yang serupa dengan alamat surat menyurat kad kredit anda ( jika mahu gunakan kad kredit anda sebagai kad verify, atau bil di rumah anda.


B. Pilih Akaun , pilih akaun primier, untuk membolehkan anda menerima , dan menghantar duit, buat butang donation dan butang pembayaran bagi web perniagaan.Banyak kelebihan akaun primier berbanding personal




C. verifykan akaun paypal anda. Hanya melalui akaun verify sahaja, paypal akan menerima anda. Verify akaun ialah di mana anda memasukkan butiran kad kredit atau kad debit ke dalam akaun payl pal anda. Duit anda takkan diambil sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun paypal anda itu. Di sini penting untuk anda memiliki kad debit ,kalau anda tak mahu gunakan kad kredit anda. Kalau anda tak mahu atau tak ade juga boleh gunakan virtual kad kredit ( VCC ). Sekarang harga VCC mungkin sekitar RM 25- RM 30


Untuk maklumat lanjut:




atau anda baca dari blog WanMus, ada ramai lagi, tetapi mungkin salah satunya di sini


ataupun kalau rakan-rakan blogger nak cari panduan lengkap a-z cuba panduan Paypal nie..tak yah bimbang, saya tak letak link affiliate saya kat sini. terpulang kepada rakan blogger. Cuma smartzul memang antara seorang internet marketing yang berwibawa,hasil penulisann.ya juga antara yang terbaik dibuat rujukan jika anda ingin buat duit secara online..semoga bermakna

Paya Bakau Kg Setiawan

on Sabtu, 12 November 2011






Keindahan paya bakau, merupakan tempat yg sangat penting untuk ekosistem lautan





Semalam, lepas solat Jumaat ke Setiawan jumpa Dr Wan, seoarang pengamal homeopati terapi dan psioterapi. Rupanya premis beliau merupakan kawasan paya bakau yang indah. Hutan paya Bakau memang merupakan salah satu khazanah biodiversiti negara Peranan paya bakau salah satunya ialah tempat ekologi hidupan laut atau marin terutama hidupan laut pinggir pantai. Sudah ada entry simpanan yang ditulis tentang peranan hutan paya bakau, cuma belum diposting aje. Siap ada bot sewa untuk memancing lagi, nantilah kalau berkesempatan, nak cuba. Saya ke sana atas urusan untuk anak tercinta, anak ke 5 , Allah takdirkan mengidap meningitis. Inilah salah satu sebab kenapa tahun lepas lama saya tidak menulis, segala tumpuan diberikan kepada si anak, air mata kami sudah banyak tertumpah, ujian besar buat kami ...hanya Allah jualah kami berharap si Acik akan sembuh . Bukan saya tak mahu menulis tentang ini, tetapi hati terlalu sedih dan pilu.





Perasan tak ade plastik merah, manusia memang suka lakukan pencemaran di laut dan sungai,agak-agak bila plastik tu nak reput? 10 tahun pun belum tentu, teknologi polimer menyebabkan ikatan jisim plastik tidak boleh diuraikan oleh agen penguraian seperti bakteria






Bot yang boleh disewa untuk kaki pancing




Udang dibela di dalam tangki, boleh digunakan sebagai umpan, kalau nak di masak pun boleh juga




Lagi bot sewa untuk kaki pancing






Office aka Klinik Dr Wan, siap snap gambar orang nak pasang aircond tambahan



Kemudahan toilet dan surau, siap signboard yg besar, siap dengan doa masuk dan keluar tandas lagi

Kg Setiawan merupakan perkampungan kecil yang terletak sangat hampir dengan laut, keindahan serta keunikan kg ini memang memukau, buat kaki pancing di sini merupakan salah satu tempat untuk ke pinggir laut


 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.