Lukisan Jalanan 3D Yang Nampak Real

on Rabu, 28 Disember 2011







Lukisan jalanan merupakan satu fenomena biasa bagi masyarakat di barat. bermula sejak abad ke 16 lagi lukisan jalanan merupakan satu seni lukisan yang akan menggunakan jalan raya sebagai tapak untuk melukis. Bahan asas untuk melukis ini biasanya bahan yang separa kekal seperti kapur.namun jalan yang dipilih juga bukannya jalan utama, ianya adalah lorong pejalan kaki atau dataran bagi kawasan bandar. Menariknya lukisan ini dipandang dari depan,ianya real, sehingga, akan wujud satu permukaan baru, atau tempat baru yang tiba-tiba muncul di atas jalan raya. Untuk UK seni ini disebut screevers dan di Jerman dipanggil strassenmaler. Pelukis mendapat pendapatan mereka hasil orang ramai lalu lalang yang bermurah hati serta teruja dengan hasil seni mereka.Jom kita layan gambar lukisan 3D nie.. Untuk bacaan lanjut korang boleh ke sini




via: wikipedia


pelukis jalanan Italy digelar madonnaro :wikipedia



8 Haiwan Marin Paling Berbahaya Di Dunia

on Selasa, 27 Disember 2011





Hidupan marin seperti ikan mempunyai pelbagai jenis spesies.Entry ini memberikan penekanan kepada hidupan marin atau ikan paling berbisa di dunia. Mereka bukan sahaja mampu membunuh ikan yang lebih besar tetapi juga mampu membunuh manusia jika tidak memdapatkan rawatan awal. Banyak hidupan marin berbisa ini berasal dari laut Australia, sebuah benua terkecil di dunia tetapi menjadi pulau yang terbesar di dunia. racun (venom ) atau gigitan dari hidupan ini sangat menyakitkan.nak tahu? teruskan membaca...


no 1 Stone Fish






Ikan yang berwajah kurang menarik, kerana mempunyai sisik atau badan yang menyerupai batu di pinggir pantai atau muara sungai. Mempunyai toksin yang sangat berbisa yang terdapat pada siripnya. Jika tidak dirawat di dalam masa 30 minit manusia yang terkena sengatan ikan ikan akan mati. simptom awal mangsa, biasanya akan mengalami kekejangan, lumpuh dan kesakitan yang sangat kuat pada otot. kalau masuk bertanding ikan yang paling cantik, pasti stonefish dapat tempat terakhir, namun pasti tempat pertama sebagai ikan yang mempunyai racun paling berbisa di dunia. Habitat ikan ini biasanya di kawasan pinggir lautan Australia, India dan lautan pasifik. Jadi jika anda bercuti ke luar negara seperti di India atau Australia berhati-hatilah, kerana nyawa anda mungkin melayang, dek terpijak stonefish yang disangkakan batu di pantai
sksikan video di bawah untuk melihat di mana tersembunyinya sengatan berbisa stonefish







n0 2 Box Jellyfish ( Obor-obor kotak )


Merupakan haiwan yang paling bisa di dunia, biasanya berwarna biru terang atau pucat.kenapa dikatakan haiwan paling berbisa ? Ini kerana melalui hujung sesungutnya jika anda terkena,mempunyai toksin yang akan menyerang serta merta sistem saraf, hati dan sel kulit. Sel kulit anda seolah-olahnya akan 'meletup', menyebabkan kesakitan yang sangat kuat, dan selalunya mangsa akan mati akibat kegagalan sistem saraf dan hati, oleh kerana itulah tidak hairan jika anda ke bahagain utara Australia akan terdapat tanda amaran bahaya jellyfish ini.Setiap sesungutnya yang lembut dan membelai manja itu mempunyai 5000 sengatan ! Tidak hairanlah setakat ini, obor-obor ini telah meragut hampir 5000 nyawa. Dengan ketinggian boleh sehingga 6 kaki menyamai ketinggan manusia, jellyfish ini paling banyak terdapat di Australia dan lautan Asia.Satu-satunya haiwan yang boleh memakan jellyfish ini ialah penyu,yang langsung tidak terkesan dengan bisa mereka.


no 3 : Sotong Berbintik Biru / Blue Ring Octopus



Mempunyai habitat di kawasan lautan Asia Pasifik, Australia dan Jepun.Di katakan antara haiwan marin yang paling berbisa. Bisanya 10 ribu kali ganda dari bisa cyanide. Mempunyai saiz hanya sebesar bola golf, sotong ini boleh membunuh manusia hanya di dalam beberapa minit sahaja,dan setakat ini belum ada penwar untuk toksinnya. Bisa sotong ini terhasil dari kelenjar di bahagian sesungutnya dan akan menyerang ikan atau manusia apabila merasakn dirinya terancam.Bisa yang terdapat pada sotong berbintik biru mampu membunuh 26 manusia dewasa. Serangan atau bisa sotong ini boleh menyebabkan lumpuh, menghentikan sistem pernafasan dan menyerang jantung sele[as hanya beberapa minit. Sangat penting untuk dibawa ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan bantuan pernafasan , kerana bisa sotong ini mampu membunuh anda dengan menghentikan denyutan jantung anda!


no 4 :Ikan Puffer




Ikan ini dikenali sebagai Fugu di Jepun,merupakan makanan mewah tetapi berbahaya.dan hanya dijual kepada Chef bertauliah aje, harga Fugu pun boleh tahan juga sekitar 20- 50 USD Via: wikipedia

Anda ingat tak dekat Pn Puff ? Watak kartun spongebob tu? ahaa... ikan Puffer adalah ikan beracun yang paling berbisa di dalam kelas vetebrata selepas Katak Emas Beracun. kalau tak salah ikan buntal satu keluarga dengan ikan ini. Bisanya adalah pada sisik dan organ dalamannya. Biasa hidup di kawasan muara atau lautan. Namun begitu ikan ini menjadi hidangan istimewa di Jepun dan Korea. Malahan dijual dengan harga murah di Filipina dan Thailand. Berhati-hati-hati kerana jika anda dihidangkan dengan ikan ini sebagai lauk anda, pastikan chef atau tukang masaknya adalah seorang yang pakar di dalam mengasingkan bisa ikan ini,kerana jika tidak nyawa anda akan melayang. seekor ikan ini mengandungi toksin yang boleh membunuh 30 orang dewasa. Oleh sebab itulah di Jepun hanya chef yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan untuk memproses ikan ini sebagai makanan.



no 5 : Lion Fish



Rasanya ramai dah kenal dengan ikan popular nie.Biasanya penyelam mesti berhati-hati dengan ikan ini kerana bisanya terdapat pada jalur-jalur siripnya. terdapat di dalam pelbagai warna,ikan ini terdapat di hampir ke semua lautan dan paling banyak dilautan pasifik. Jika terkena bisanya biasanya nelayan atau penyelam atau nelayan akan mengalami gejala muntah-muntah dan jika tidak dirwat boleh menyebabkan kematian


no 6: Ular Laut




Merupakan spesies marin yang pemalu, namun mempunyai toksin yang kuat pada bisanya. Biasanya hidup di kawasan paya bakau boleh meyelam di dsar lautan untuk tempoh yang panjang. Habitat mereka bermula dari Lautan Hindi sehingga ke Asia tenggara.Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini


no 7 : Belut Moray



Mempunyai hampir 200 spesies, belut ini biasanya pemalu dan tinggal di dalam batu karang. Namun akan menjadi agresif jika diserang, kerana mempunyai rahang dan gigitan yang boleh membahaya manusia. Boleh membesar sehingga 3 meter dengan mencapai berat 36 kg. Boleh menyamar dengan baik di kawasan batu karang dan sangat sensitif dengan bau dan gerakan kerana haiwan ini mempunyai penglihatan yang kurang baik. Terdapat beberapa spesies yang berbisa dan mempunyai racun jika di makan. namun paling berbahaya sekali ialah gigitannya, di Australia , penyelam di haramkan memberi makanan kepada belut atau cuba menganggu lubang belut ini kerana ia boleh memutuskan jari dengan hanya satu gigitan



no8; Ikan pari ( stingray)



Walaupun sangat pemalu dan tidak agresif tetapi hidupan marin ini terkenal selepas membunuh 'crocodile hunter' Steve Irwin, seoarang pakar biologi,pemilik zoo danselebriti tv terkenal di Australia. walaupun jarang terdengar serangan atau kematian dari hujung ekornya yang berbisa, pari-pari tetap merupakan haiwan marin yang berbahaya. Ekornya sangat berbisa dan kegagalan mendapat rawatan awal menyebabkan Steve menemui ajalnya di hujung sengatan pari-pari. Par-pari hidup hampir di semua lauatan terutamanya di kawasan tropika dan menjadi antara makanan popular di sebelah Asia Tenggara, seperti ikan bakar dan masak asam.

Percayakah Anda Ini Lukisan dan Bukan Gambar ?

on Jumaat, 23 Disember 2011



Saya sendiri pun susah nak percaya bahawa gambar dibawah ini adalah lukisan yang berasaskan minyak dan kanvas. Namun itulah kenyataannya, ianya ialah hasil lukisan yang unik,kreatif serta real. Saksikan sendiri lukisan 'realisme' ini. sehingga saat akhir menulis dan upload gambar lukisan ini, saya masih merasakan ianya adalah gambar dan bukannya lukisan. Namun hasil karya Roberto Bernadi ini membuktikan saya salah, kerana ianya adalah lukisan sepenuhnya. Roberto Bernadi, pelukis dari Italy ini memang berpandukan kepada gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi, dan dengan bakat kreativi yang beliau ada, lukisan dihasilkan seperti lukisan konvensional yang lain berasaskan lukisan minyak dan kanvas dengan penekanan kepada aspek pencahayaan. Maka terhasillah lukisan real ini. Jom layan lukisan beliau....











nak tahu lebih lanjut...sila ke

Roberto Bernadi

10 Binaan Menarik Dari Bekas Telur

on Khamis, 22 Disember 2011





Berikut adalah binaan berasaskan bekas telur, kalau di Malaysia, biasanya kita buang sahaja.Namun begitu mari kita lihat bagaimana kreativiti manusia mengubah benda yang sudah dianggap sampah menjadi bahan binaan yang bernilai tinggi dan mempersonakan..

1. Seni Lukisan Berasaskan Bekas Telur



Pelukis dari Belanda Enno de Kroon, menterjemahkan kreativitinya kepada bekas telur, ianya memang unik dan menarik, bukan senang nak melukis di atas permukaan bekas telur,namun ianya berjaya menjadi lukisan yang menarik dan unik.Lukisannya dinamakan eggcubism atau seni lukisan kitar semula bekas telur. ( sumber )


2. Rumah Berasaskan Bekas telur
Terletak di Australia,bahan binaaan yang nampak seperti Lego, tetapi sangat sesuai dinamakan eggo sahaja. Berasaskan dari sebuah lukisan oleh Howard Arkley's yang dinamakan Family Home: Suburban Exterior 1993 studio Goldenhen membina rumah yang bersaiz sebenar sepenuhnya dari bekas telur. Dengan bekas telur yang diwarnakan, ianya menjadi binaan rumah impian seperti yang diinginkan oleh pelukis itu, sangat cantik dan boleh dipanggil rumah Eggo yang sudah pastinya mesra alam, tapi jangan cuba memasak di dalamnya takut anda hangus....




3. Lampu Bekas Telur

Dihasilkan dari kretiviti Federico Otero yang berasal dari Peru, lampu ini juga sesuai sebagai lampu hiasan di mana sahaja. Nampak macam tanglung, tetapi ianya lebih unik dan menarik. (sumber )


4. Meja Bekas Telur


Apa yang menariknya meja ini diletakkan tanah serta ditanam pokok hiasan,bila air disiram, tanah dan bekas telur akan basah, akhirnya bekas telur ini akan reput sedikit demi sedikit,macam nie pun ada juga ye.... (sumber)



5. Lampu Tidur Berbunga dari Bekas Telur



Satu lagi idea kreatif yang menjadikan bekas telur sebagai kelopak bunga, ianya memang cantik sebagai lampu hiasan atau lampu tidur ( sumber )



6. Penyokong kaki dari Bekas Telur

Ini merupakan bahan perabot atau tempat menyokong kaki yang dibuat sepenuhnya dari bekas telur yang diwarnakan.Jangan main-main ye..kerana ianya dijual ratusan usd ( sumber )



7. Bekas Pasu



Sesuai untuk diletakkan di dalam rumah, atau hiasan rumah, nampak unik, tetapi berharga (sumber)




8. Kostum atau pakaian angkasa 'Space Invader'


Hasil kreativiti yang unik, boleh dijadikan idea buat pementasan drama atau teater, diperbuat dari bekas telur, cawan (sumber )


9. Kamera Mainan




Satu hasil kerativiti berasaskan bekas telur sebagai bahan utama. ( sumber )


10.Sofa Bekas Telur

emm..yang ini kalau anda duduk, sila bayar...sebab sudah pasti akan renyuk, kecuali kalau lapisan antara bekas telur itu diletakkan bahan binaan yang kuat sedikit.... (sumber )

Gambar Wang Kertas dan Syiling RM Baru 2012



Gambar di atas ialah duit kertas dan syiling ringgit Malaysia yang akan dikeluarkan pada Julai 2012. Apa yang uniknya duit kertas RM 20 yang bewarna oren merupakan salah satu duit kertas yang diperkenalkan semula oleh pihak bank negara.

sumber: BERNAMA

Wordless Wednesday- Model Berbikini Paling Seksi Di Dunia

on Rabu, 21 Disember 2011


9 Model paling seksi ,berbikini, jom layan posing mereka...kalau tak kuat iman jangan tengok...










sumber

Tempat Pelupusan Sampah Bordo Poniente Ditutup

on Selasa, 20 Disember 2011














Bordo Poniente, salah satu tempat pelupusan sampah terbuka terbesar di dunia secara rasminya ditutup. Terletak di dalam wilayah Mexico City pusat pelupusan sampah ini merupakan antara yang paling besar di dunia dengan kedalaman sampah sehingga 56 kaki atau 70 meter dengan sampah terkumpul hampir 70 juta tan. Terdapat hampir 12,000 tan sampah dibuang setiap hari di sini. Langkag penutupan ini merupakan salah satu langkah menghijaukan semula alam sekitar di kawasan Amerika Latin. Antara langkah untuk menghapuskan sampah disini ialah dengan membuat baja kompos. Langkah lain termasuklah membina kilang yang akan menghasilkan gas metana, sebagai salah satu bahan api yang murah bersih dan cekap dan akan menggunakan hampir 3000 tan sisa pepejal kering sebagai bahan bakar utama.
Langkah ini merupakan langkah bijak kerajaan Mexico yang sudah pastinya akan dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan pencemaran air bawah tanah untuk jangka masa panjang, dengan menukarkan sampah menjadi tenaga dan bahan yang boleh digunakan semula. atau yang selalu disebut sebagai kitar semula.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.