9 Kereta Paling Jimat Minyak 2012 ( Ranking Dunia)

on Selasa, 24 Januari 2012

Kereta yang dicipta oleh syarikat automotif biasanya mengambil kira kuasa serta teknologi enjin,keselesaan,maka di sana pertimbangan sudah tentunya pelbagai cita rasa sama ada kereta itu untuk keluarga seperti MPV atau SUV, atau sedan .Malahan hybrid dan kuasa elektrik juga menjadi pertimbangan.Namun paling penting kereta yang dipilih mampu membakar bahan api atau menggunakan kuasa elektrik serta gas dengan sempurna menjadi pilihan utama.dengan kata lain kereta yang dipih mampu menjimatkan minyak atau duit anda. Penilaian ini berdasarkan kepada kereta paling menjimatkan,walaupun harganya memang boleh tahan bagi pasaran tempatan,malah ada yang belum sampai ke Malaysia pun .



No 1: Mitsubishi i MiEV


Sedang charging bateri. Di Malaysia belum ada

Kereta elektrik terbaik di alam kelasnya.mempunyai petroleum dan juga elektrik untuk mengerakkan kereta.Memang efisyen bagi menjimatkan minyak,Kalau tak salah kereta ini sudah diperkenalkan sejak tahun lepas,tetapi masih mendominasi kereta menjimatkan minyak.'EV' bermaksud Electric Vehicle'. Diiktiraf di USA sepanjang 2011 - hingga awal 2012 sebagai kereta paling cekap menggunakan bahan api. Namun apa yang paling penting pada pandangan lovehijau kereta ini mesra alam ,ianya lebih dari kereta hibrid. Anggaran harga Malaysia RM 150k ke atas.



No 2: Toyota Prius




kereta Prius Plug In Hybrid ,generasi ketiga (terbaru 2012),dijana menggunakan elektrik

Atas kesedaran alam sekitar yang bersih Syarikat Toyota melancar Prius. Terjual di 70 buah negara.Jangan terkejut jika antara bahan dalaman Prius ini merupakan gentian kenaf dan Rami yang melalui teknologi tinggi (bioplastik berasaskan tumbuhan ). Namun apa yang lebih penting ianya memang menjimatkan minyak di alam kelasnya. Kereta Prius memang sudah lama di pasaran Malaysia, dengan harganya 150 k ke atas.


No 3: Lexus CT 200h


Kereta hibrid elektrik mewah,terdapat empat versi iaitu Normal ,sport, eco dan EV. EV menggunakan elektrik sepenuhnya.Walaupun begitu harga di pasaran Malaysia memang tinggi dan Toyota mensasarkan penjualan kereta jimat minyak yang mewah ini untuk pasaran Eropah




No 4 : Toyota iQ



Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun,memang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV.dengan mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV,atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.



No 5: Ford Fiesta



Memecah dominasi Toyota, Ford Fiesta 2012 memang merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna,serta hibrid




No 6: Toyota Prius V


Untuk tahun 2012 Toyota Prius V,merupakan kereta sepenuhnya menggunakan sistem hibrid gas. Merupakan 5 finalis kereta berteknologi hijau mesra alam 2012 di Los Angeles USA oleh Green Car Journal Nov 2011. Hanya akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2012 di Eropah.





no 7: Wolkswagen Passat



Walaupun menggunakan diesel,namun mampu menghasilakan pembakaran bahan api yang sempurna serta menjimatkan minyak.

No 8: Ford Escape hibrid

Kerete SUV ini sememangnya menjimatkan minyak di dalam kelasnya dan dijangka menjadi pilihan Eropah



No 9: Nissan Juke



Memecah dominasi Toyota di dalam kereta paling jimat minyak. Merupakan mini SUV dan dijangka akan menguasai pasaran Eropah



Pada tahun tahun mendatang, teknologi kereta sudah pastinya akan menumpukan perhatian kepada tenaga yang boleh diguna pakai berulang kali, nampaknya kereta hibrid dan elektrik akan mengambil tempat,apabila sumber bahan api fosil semakin berkurangan.namun dengan faktor harga yang agak tinggi sukar untuk merealisasikan keadaan ini di banyak negara di Asia,walau pun di sana terdapatnya gergasi permotoran yang hebat seperti Jepun,bersediakah rakyat Malaysia ke arah teknologi hijau? Mampukah industri permotoran negara menghasilkan ciptaan kenderaan mesra alam serta mesra sumber? Atau biodiesel negara boleh terus di pacu bersama ciptaan yang hebat mesra alamnya

kredit pic:
topictroopers.com
autocarsnews.info
autosflow.com
modestorcclub.org
carspeedo.com
cardotcom.com
www.newcars.com
wikipedia.org




Ranking: 5

{ 18 komen... read them below or add one }

ohcikgu berkata...

kancil takde ker? hehe


24 Januari 2012 9:17 PTG
sya isya berkata...

Wow! Toyota je banyak, ni.


25 Januari 2012 12:58 PG
Love Hijau berkata...

Kancil dan Avanza memang jimat minyak cikgu, saya setuju tu, namun macam biasa la, mana mahu mereka iktiraf kereta nasional kecualilah dpat melepasi standard kualiti mreka yg sangat ketat tu


26 Januari 2012 11:25 PTG
Love Hijau berkata...

Betul tu Isya,memang toyota mendominasi


26 Januari 2012 11:30 PTG
Pejuang Kesenian Extreme berkata...

Lepas ni boleh buat pula entri kereta yang paling banyak makan minyak.hehe


28 Januari 2012 3:41 PG
ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

woww nice entry indeed... =)

I just voted for you at Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. all the best ya..

Plsssss vote for me for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com thank youuuuuuuuu =)


29 Januari 2012 1:13 PG
Love Hijau berkata...

Bagus jugak idea nie.hahaaa


29 Januari 2012 8:07 PG
Love Hijau berkata...

TQ,akak,saya dah vote untuk akak


31 Januari 2012 12:17 PTG
Wan85 berkata...

http://wanwidget.com
serius jimat, kalau boleh jual murah lagi baik, jimat duit pula


31 Januari 2012 5:09 PTG
Love Hijau berkata...

Tu la Wan,harganya memang agak mahal biasanya untuk versi Eropah,US dan Jepun aje, kalau sampai ke Malaysia sure mahal,tax la kalau tak salah saya


31 Januari 2012 5:43 PTG
Denaihati berkata...

sayang kat m'sia pilihan hybrid kurang(Toyota prius n honda insight hybrid), n masih mahal lagi


16 Februari 2012 3:30 PTG
Love Hijau berkata...

Betul tu bro,memang mahal harganya, itulah kekangan terbesar sebahagian besar dari pembeli kereta, memang ingin memelihara alam sekitar, namun harga kenderaan mesra alam ini terlalu tinggi


16 Februari 2012 10:27 PTG
Tanpa Nama berkata...

kt mlaysia ni pggunaan NGV pon ader pd teksi jer. keta bese mmg jrg pkai. sbbnyer mgkin x byk tmpat leh isi gas tu. yg bleh usha ialat dgn jimat minyk. guna hyper i-charge insyaallah berkesan. maklumat di sni http://penjimatminyakhot.blogspot.com/p/alat-penjimat-minyak-hot-dan-murah.html


3 Mac 2012 12:30 PG
Love Hijau berkata...

Dah guna pun bro, bukan sekadar jimat tetapi prestasi kereta agak baik terutama sewaktu pendakian bukit, eh..dah macam promosi pulak ..D


22 Mac 2012 12:29 PG
Tanpa Nama berkata...

Salam..nak tanya..sy skrg ngan plan nak beli kete..vios ok tak? In term of jimat minyak..agak2 berbaloi tak lau beli tue?
Tq :)


15 Julai 2012 1:58 PTG
Tanpa Nama berkata...

salam bro ... brpa harga bateri hybrid 1.3 dgn prius 1.8?


19 November 2012 9:36 PTG
Love Hijau berkata...

Kalau tak salah rm 10 k yang ori


3 November 2013 7:29 PG
Love Hijau berkata...

Vios kalau tak salah menggunakan teknologi toyota yang jimat minyak


3 November 2013 7:32 PG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.