Kelip-kelip atau kunang-kunang memang merupakan serangga yang hampir dengan masyarakat Asia, terutamanya di Malaysia, Jom kita kenali serangga ini dengan lebih hampir, serangga yang semakin sukar dijumapai, akibat pencemaran terutamanya pencemaran air.
- Kelip-kelip merupakan salah satu kumpulan serangga yang terbesar di dalam kingdom serangga iaitu Coleoptera
- Mempunyai hanya sepasang sayap, sama seperti lalat berbanding serangga lain yang mempunyai 2 pasang sayap.
- Mempunyai hampir 2000 spesies dengan kebanyakan hidup dikawasan tropika atau sub tropika.
- Cahaya kelip-kelip berasal dari bahagian abdomennya ,akibat tindakbalas kimia yang dipanggil bioluminescent.
- Jangan terkejut jika kelip-kelip juga bercahaya di dalam bentuk telur atau larva.
- Cahaya berfungsi sebagai alat komunikasi antara kelip-kelip jantan dan betina di dalam proses mengawan.
- Setiap spesies mempunyai isyarat mengawan tertsendiri,iaitu berbeza dari segi warna, bentuk serta panjannya pancaran cahaya.
- Hampir kebanyakkan kelip-kelip sangat bergantung kepada kawasan paya, seperti kawasan paya bakau.Oleh kerana itulah mereka memerlukan kawasan berair yang sudah semestinya bersih dari pencemaran
- Hanya mampu hidup untuk jangka masa 2 minggu sahaja,kelip-kelip akan bertelur diatas tanah ,sebelum mati.
- terdapat juga kunang-kunang atau kelip-kelip betina yang mengeluarkan cahaya yang sangat menarik, kelip-kelip jantan yang akhirnya dibunuh oleh mereka sendiri, macam labah-labah blck widow.Contohnya seperti spesies kelip-kelip Photuris.
- terdapat bukti saintifik menyatakan larva atau kelip-kelip mempunyai toksid beracun terutamanya larvanya.
- Di Malaysia kelip-kelip mampu menjadi daya tarikan pelancong terutamanya ekopelancongan
- Antara kawasan yang menarik seperti Kampung Kuantan atau Kuala Selangor , Kampung Ibok ( Kijal Kemaman ), hutan paya bakau di Matang ( Perak )
- Apa yang paling penting, pencemaran serta pembangunan di kawasan paya bakau mesti dipantau, kerana kelip-kelip sangat sensitif dengan pencemaran. Sumber pic








yang pelik tu, camner lampu boleh terhasil
BalasPadamlampu terhasil akibat tindak balas kimia di bahagian abdomennya.TQ Juan selalu datang sini dan beri komen,buat semangat buat lovehijau admin
BalasPadam