Fakta Penyakit Kencing Tikus

on Selasa, 28 Februari 2012



Penyakit Leptospirosis ialah penyakit yang dikenali juga dengan nama penyakit kencing tikus. Namun punca utama penyakit ini ialah bakteria Leptospira yang menjangkiti manusia


Bakteria Leptospira yg diperbesarkan


Haiwan juga tidak terkecuali. Bakteria ini dipindahkan kepada manusia melalui air kencing haiwan yang berfungsi sebagai pembawa seperti tikus, anjing serta kucing.Namun tikus dianggap sebagai pembawa sebenar bakteria ini. Namun haiwan lain juga boleh menyababkan jangkitan bakteria ini seperti lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan lain

Cara jangkitan Kencing Tikus

Manusia sebenarnya boleh dijangkiti ssekiranya terdedah atau mempunyai hubungan secara langsung dengan air kencing haiwan yang engandungi bakteria leptospira.Malahan jangkitan juga boleh berlaku melalui air banjir yang berlaku.Boleh juga berlaku jangkitan melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan berkenaan. Bakteria akan aktif di dalam tempoh 5- 14. dan jika dibiarkan maut menunggu anda.


Tanda-Tanda penyakit kencing tikus

  • Demam
  • sakit kepala
  • Loya,muntah
  • Sakit otot
  • Kemerahan pada mata
  • Ruam kulit
  • Sakit pada abdomen
  • Batuk
  • Sakit pada betis
  • Jaundis( mata kekuningan )
  • Air kencing berwarna kehitaman ( seperti air teh o' pekat )


Pencegahan

  • Menjaga kebersihan persekitaran
  • Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus
  • Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas berkerja di kebun, atau membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir
  • Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat dianggota badan dengan sempurna
  • jangan bemain air dan lopak terutama selepas banjir, awasi anak-anak kita
  • Segera ke hospital jika mempunyai tanda-tanda penyakit ini
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.