Gambar Pernikahan Ana Raffali

on Sabtu, 25 Februari 2012



Tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Memang cantik dan menawan dan yang pentingnya menutup aurat. Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali sah bergelar sebagai isteri Ahmad Aznaim Abdullah, 30, tepat pada jam 11.55 pagi tadi, pada majlis yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati di sini.

Pasangan Ana-Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412. Ahmad Aznaim merupakan seorang jurugambar dan mereka sudah berkenalan sejak tahun 2005 lagi. Malahan Ana Raffali juga turut meminati bidang fotografi.Namun perubahan dan penghijarahan Ana Raffali memang tepat dengan bertudung dan menutup aurat, semoga menjadi isteri solehah.Ana Raffali merupakan penyanyi wanita yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dan juga duet bersama dengan Sohaimi Mior Hassan dan Altimet- Kalau Berpacaran.

sumber

Ranking: 5

{ 5 komen... read them below or add one }

cikgupj berkata...

Salam...haaa, kan cantik dan manis bila bertudung...tapi jangan ingat kalau dah bertudung tu, secara otomatik pula dah menutup aurat!


25 Februari 2012 10:54 PTG
Love Hijau berkata...

Betul tu cikgu, bertudung memang bagus dan biar sesuai menepati syarak


25 Februari 2012 11:12 PTG
misskonspirasi berkata...

cantik anna nie bertudung tapi.. bila artis bertudung nie kenalah jaga pakaian pula lepasni..klu pakai baju kurung jgn yg jarang / ketat hoho


26 Februari 2012 2:31 PG
Love Hijau berkata...

Betul tu,memang cantik dan kena jaga le cara berpakaian,supaya imej wanita muslimah terus terpelihara


26 Februari 2012 6:37 PG
Tanpa Nama berkata...

ana cantik kalau bertudung.kalaulah dia dari dulu macam ni,pasti ramai teruna yang pasti terpikat dengan dia betul tak?bila dah bertudung jaga pakaian jugak.kalau tak nanti apa kata orang yang berada di luar sana kan?


6 April 2012 5:26 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.