
Minyak Ikan mengandungi omega 3,yang sangat berkhasiat menjana minda cemerlang

Kurma, hanya meriah sewaktu bulan Ramadan, sepatutnya menjadi makanan harian semua Orang Islam.

Pokok Brahmi, di proses menjadi makanan booster minda

Gingko, satu-satunya pokok yang hidup, selepas letupan bom atom di Hiroshima Jepun
Makanan kesihatan atau makanan tambahan pada zaman sekarang sangat popular.Namun begitu perlu juga diingatkan harganya juga agak mahal, dan perlu kepada kesesuaian dan keserasian badan. Malahan makanan booster minda juga semakin popular.Namun tahu tak, bangsa Melayu tidak mempunyai makanan booster mindanya sendiri. Namun begitu bangsa Melayu juga berpegang kepada pantang larang seperti tidak menjamah makanan atau minuman yang bersemut atau tidak memakan kepala ikan, nanti jadi bodoh. Apa makanan korang sekarang bagi remaja atau pun kanak-kanak. Apa pula makanan orang dulu-dulu, ramai jugak yang cemerlang, siap masuk universiti lagi, malahan mampu sampai ke oversea ,nun belajar jauh di hujung dunia.Entri ini memfokuskan kepada perbincangan makanan bagi menjana minda yang bijak berkualiti tinggi serta hebat. Tahu tak bangsa lain di dunia mempunyai tred mark makanan minda mereka sendiri.
- Bangsa di China berbangga dengan gingko, ginseng
- Bangsa Korea mempunyai spirulina
- Bangsa Jepun mempunyai rumpai laut, tak caye? alah tu..yang buat balut sushi..
- Bangsa India mempunyai Brahmi ( sejenis bijirin @ herba yang sangat popular sejak zaman berzaman,hanya tumbuh di India, sekarang merupakan makanan booster minda yang penting)
- Orang Eropah sudah tentu berbangga dengan minyak Ikan dan kismis mereka.
- Orang Arab, kurma serta makanan buah-buahan kering lain.
Sejak zaman berzaman bangsa ini mampu membangunkan tamadun mereka sendiri. Lihat sahaja pada zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, sewaktu Laksamana Cheng Ho datang bersama kapalnya yang sangat besar itu lengkap dengan kelengkapan perang seperti meriam. Sehingga sekarang dengan semua bangsa ini berjaya dengan cemerlang, apabila kita memfokuskan kepada budaya ilmuan , inovasi serta daya kreatif.Lihat sahaja bangsa Jepun berbangga dengan kereta mereka yang terjual di seluruh dunia. Kereta ciptaan mereka mengambil kira budaya serta pemikiran orang Asia, sebab itulah kereta Jepun mampu menarik minat orang Asia sendiri kerana bauatan kereta mereka mengambil kira; sense of Asian itu sendiri.Pastinya ianya bermula dengan inovasi atau daya kreatif yang unggul. Jadi bagaimana dengan bangsa Melayu, cukupkah kita sekadar berpantang kepala ikan serta semut semata-mata.
Bangsa Melayu dan bangsa Malaysia secara keseluruhannya perlu berubah di dalam cara mendidik anak dari segi pemakanan.Malahan sepatutnya bangsa Melayu yang beragama Islam sudan tentunya akan menjadi bangsa terbaik kerana Islam sendiri meminta umatnya mencari makanan yang halal, bersih, agar keberkatan berterusan. jadi apa masalahnya bangsa Melayu,ya kita ada beberapa contoh pelajar yang cemerlang sehingga mampu menjana 21 A di dalam SPM.Apa kata kita berubah, Apa salahnya mencuba kismis atau kurma di jadikan makanan harian buat anak-anak. Kalau mampu apa salahnya tak? Kurma sebagai contohnya takkan dijadikan makanan buat bulan Ramadan aje? Tukar tabiat ini , berikan makanan terbaik baut anak -anak kita, di samping doa dan usaha berterusan agar menjadi anak soleh dan solehah, Ramai di antara kita yang kedekut, namun jajan serta makanan tak berzat kita rela beli buat anak, tanpa banyak berfikir.Malahan ada yang sanggup gunakan puluhan ringgit demi hiburan dengan memasang astro, namun anaka-anak ada yang dijamu dengan mi segera atau sardin aje, tak pun telur mata kerbau.cukupkah?.... dan selebihnya kta berharap anak-anak akan cemerlang otaknya, betulkah begitu? ...
p/s Entri ini sekadar perbincangan, jika memang anak anda mempunyai masalah kesihatan atau alahan sila dapatkan penjelasan dari Dr yang bertauliah terlebih dahulu, sebelum mencuba
{ 0 komen... read them below or add one }
Catat Ulasan
Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.