Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit

on Sabtu, 31 Mac 2012


Salam buat semua rakan pembaca.Hari ini jom kita lihat fakta serta khasiat habbatus sauda,antara tumbuhan yang dikatakan sebagai'white spectrum herb', iaitu mampun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNya. Habbatus sauda memang popular di Malaysia dan negara di Asia. di Malaysia terdapat pelbagai syarikat jualan langsung dan juga syarikat single level yang mempopularkan Habbatus sauda di dalam pelbagai campuran minuman dan makanan kesihatan.

Habbatus sauda merupakan tumbuhan yang berasal dari selatan dan barat daya Asia. Merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Mempunyai daun yang halus serta mempunyai bunga yang berbentuk kapsul.Di dalam bunga berbentuk kapsul inilah terdapatnya biji benih, jika dikeringkan atau setelah buah matang ianya pecah dan terdedah kepada udara menyebabkan biji benih tadi akan berwarna hitam.. Mempunyai ketinggian 12 -8 inci serta bunga berwarna ungu muda dan putih. Biji benihnya sebelum matang mempunyai rasa pahit dan pedas.

biji habbatus sauda yaang kering mempunyai rahsia perubatan bernilai tinggi
  • Habbatus sauda mempunyai minyak yang stabil, protien, alkoloid, kalsium, besi,natrium, kalium dan minyak pati
  • Mempunyai hampir 90% asid amino yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
  • Kajian awal dilakukan oleh saintis Islam silam seperti Ibnu Sina,AlBiruni, Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi,tentang keberkesanan Habbatus Sauda sebagai penawar serta mampu meyembuhkan pelbagai penyakit
  • Malahan Baginda SAW sendiri menyatakan Habbatus Sauda adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.
  • Habbatus sauda mampu merawat penyakit hati dan masalah penghadaman.
  • Malahan mampu juga mengubati sakit gigi, sakit kepala, masalah pernafasan dan masalah usus.
  • Pelbagai kajian juga mendapati Habbatus sauda atau jintan hitam ini mempunyai ciri atau agen penyembuhan dan penjagaan kesihatan manusia seperti antioksidan ( mencegah kanser, tumor), antikolestrol, pengubat alahan, dan anti mikrob, penahan sakit serta mempunyai antibiotik
  • Kajian demi kajian moden serta sainstifik terus membuktikan habbatus sauda mampu menjadi makanan tambahan kepada pesakit AIDS, menambah susu ibu.
  • Malahan apa yang lebih menarik habbatus sauda turut mempunyai kandungan omega 3 yang membantu perkembangan neuron serta sel otak, dengan kata lain ianya mampu meransang otak menjadi cerdas.

Habbatus sauda akan terus menjadi herba atau makanan yang terbaik untuk tahun mendatang.Dengan harganyaa yang murah serta kajian saintifik terbukti ia mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Namun yang lebih penting habbatus sauda merupakan antara makanan sunnah, serta diakui sendiri oleh SAW sebagai penawar yang tinggi nilainya kepada kesihatan manusia dengan izinNya.

Ranking: 5

{ 9 komen... read them below or add one }

titan berkata...

ok..bagus ni. leh cuba.


31 Mac 2012 9:02 PTG
Tanpa Nama berkata...

aku pi umrah baru-baru ni...belilah 2 bungkus...


31 Mac 2012 11:19 PTG
Love Hijau berkata...

Buat Bro Titan dan bro without name..TQ, semoga habbatus sauda menjadi pilihan ramai


2 April 2012 8:50 PTG
Tanpa Nama berkata...

jintan hitam yg jual kat pasar2/kedai tak sama ke?


14 September 2012 3:17 PG
Love Hijau berkata...

Kalau tak salah memang sama


14 September 2012 9:10 PG
Tanpa Nama berkata...

dah cuba ke makan habbatus soda tu...air soda dah pernah minum...yang ni lum cuba lagi


4 November 2012 2:01 PTG
Tanpa Nama berkata...

Saya dah minum pun bagus ... Cuba la


21 Disember 2012 1:07 PTG
Rosli B. HJ Buang berkata...

SALAM: SAYA SUDAH MENGAMALKAN LEBIH 2 TAHUN MEMANG KESAN PADA BADAN SAYA AMAT BAIK KERANA PENYAKIT ASMA SAYA TELAH HILANG DENGAN MENGAMLKAN DAN BANYAK YANG SAYA RASAKAN BAIK SEPERTI LUTUT DAN PENYAKIT DARAH TINGGI SERTA KENCING MANIS BERKURANGAN SERTA PULIH.
SETELAH MENDAPAT KHASIATNYA LALU SAYA MEMBELI DARI IRAN UNTUK SAYA PACK DAN JUAL KEPADA PENGUNA UNTUK DIAMALKAN SEPERTI SAYA,,
HARGA SEBOTOL HANYA RM 25.00 SAHAJA
HABATUSAUDA 100% ASLI TIADA CAMPURAN.
HUBUNGI SAYA 0146252330


7 Februari 2013 9:28 PTG
faizul badri berkata...

Salam......
Memang khasiat habbatus sauda diakui dlm perubatan islam.
Syukur, Allah memberi kita penawar untuk segala macam penyakit....
http://www.muslimchoices.com/?p=ariffbillah


3 November 2013 12:37 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.