Rumah Mawi Dirompak-kerugian RM 10 ribu

Nukilan Love Hijau on Isnin, 26 Mac 2012


Rumah penyanyi Mawi serta isterinya Ekin telah diceroboh oleh perompak awal pagi hari ini.Menurut Eein (kembar isteri Mawi )perompak seramai empat orang (termasuk salah satunya bersenjatakan pedang samurai ) telah menceroboh rumah banglo barunya yang terletak di sebuah kelab Golf di Bangi. Menurut Mawi pada waktu kejadian isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77 telah diikat oleh perompak yang dipercayai membolosi kawasan rumah dari dapur. Pada masa yang sama anak kecil Mawi, Cahaya Malaika tidak diapa-apakan.

Namun begitu Mawi yang masih di dalam keletihan kerana baru pulang dari siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Mawi dan yang lainnya turut di arahkan menyerahkan dompet serta barang kemas serta telefon bimbit.Kerugian dianggarkan bernilai RM 10 ribu ringgit.Pihak kami berharap Mawi dan sekeluarga dapat bersabar menempuh dugaan ini.

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.