10 CEO Terkaya Di Dunia 2012

on Jumaat, 13 April 2012

Berikut adalah tentang manusia yang dianggap paling kaya di dunia,walaupun kekayaan ini melambangkan sistem ekonomi kapitalis yang langsung tidak sesuai dengan hal-hal kemanusiaan serta berlandaskan nilai nilai Islam, pihak admin sekadar berkongsi cerita sahaja,apa yang tersirat kesemuanya berusaha sendiri, start from the bottom, bukan sekadar 'daddy kasi' atau apa.Namun sistem ekonomi kapitalis, menyebabkan mereka muncul,kaya semakin kaya, miskin semakin miskin,




No 1 Carlos Slim



Inilah manusia yang dikatakan paling kaya di dunia dari segi aset dan harta .Jutawan Mexico ini mempunyai aset menyamai 6 % perbelanjaan tahunan ekonomi negara itu dengan aset bernilai 70 billion USD dengan memaju syarikat telefon ke 3 terbesar di dunia iaitu Telmex dan America Movil serta syarikat multinasional Group Carso. Jutawan berkelulusan kejuruteraan ini bermula dengan membuka syarikatnya sendiri, sebelum membeli syarikat bermasalah dan mengubah syarikat tersebut menjadi syarikat yang berjaya serta maju.Wajahnya nampak seperti orang arab, ya...kerana keturunannya berasal dari Lubnan.



2. Warren Bufett




CEO bagi syarikat Berkshire Hathaway, serta pemilik Coca-Cola serta American Express dan banyak syarikat lain. Dikatakan sebagi orang kedua terkaya didunia dengan aset bernilai 44.7 billion USD. Bermula dari bawah melalui kesusahan hidup dan pada awalnya berkerja sebagai budak penghantar surat.



3.Lawrence J Ellison



Salah seorang pengasas Oracle.Dikatakan sebagai orang ke 6 terkaya di dunia dengan mempunyai aset 35 billion US
D.



4.Eike Batista




Merupakan jutawan paling kaya di benua Amerika selatan dengan syarikat EBX yang menguasai perniagaan minyak. Aset kekayaan sebanyak 31.6 billion USD.




5. Charles G Koch




Merupakan pemilik Koch Industries, yang terlibat di dalam industri petrokimia, dengan aset terkumpul 24.7 billion USD.



6 Shaldon Adelson



Merupakan pemilik kasino terbesar di Las Vegas, Las Vegas Sand dengan kekayaan terkumpul 24.6 billion.Hasil kekayaannya korang semua faham-faham sendiri ajelah..tentunya dari hasil perjudian sehingga lah ke kasino terbesar di Macau China.



7. Lakshmi Mittal




Merupakan fouder dan CEO syarikat membuat besi Arcelor Mittal.Mempunyai aset terkumpul 19.1 billion USD. Memiliki saham di QPR, di liga EPL sebanyak 33%. serta pelbagai aset melebihi ratusan juta USD di UK. Sekarang membangunkan kekayaannya bersama-sama dengan anak-anaknya




8.Larry Page



Inilah uncle korang semua ....Pemilik Google Inc, memiliki aset kekayaan 18.3 billion USD. Google merupakan laman web carian paling popular di dunia . Google melancarkan google plus untuk menghadapi facebook dengan pelbagai ciri menarik. Di Malaysia google adsense merupakan salah satu cara menjana income bagi pengguna internet.Malahan google juga membeli blogger.com sebagai langkah mengembangkan pengaruhnya. Pelayar paling popular di dunia seperti Mozilla FireFox dan Google Chrome diserasikan dengan google.Mempunyai pejabat hampir di seluruh bandar utama di dunia, setakat ini enjin carian google tidak aktif di China.


9.Mark Zuckerberg




Founder Facebook yang baru berumur 27 tahun ini memiliki aset kekayaan sebanyak 18.1 billion USD.Facebook pada awalnya ialah perkongsian fail serta maklumat antara pelajar di USA, berkembang menjadi laman web sosial paling besar di dunia dengan 845 juta ahli berdaftar. Facebook terus berkembang dan bersaing dengan gergasi internet dunia,google di dalam mencari maklumat dan menyebabkan rangkaian laman sosial sebelumnya berkurangan dari segi ahli.

10. Aliko Dangote



CEO paling kaya di Afrika, dengan perniagaan simen, gula dan beras. Dengan syarikat terbesar di Nigeria Dangote Group.Lebih dikenali sebagai Raja Simen di Afrika, dengan aset harta 11.2 billion USD


- bagi umat Islam kekayaan memang tidak salah terutama jika diniatkan untuk kebaikan umat Islam keseluruhannya, bukannya sombong dan bongkak.Terdapat juga manusia yang biasa-biasa aje, tetapi kehidupannya yang sebegitu cukup bahagia...


Sumber
CNBC
Yahoo
Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

khai berkata...

terima kasih atas maklumat di atas...jutawan muslim agaknya di tempat keberapa?


14 April 2012 5:56 PTG
Love Hijau berkata...

Jutawan Muslim pun ramai jugak, semoga bakti dan kekayaan untuk Islam dan umatnya


14 April 2012 7:12 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.