9 Festival Pelik Dan Unik Di Dunia

on Selasa, 10 April 2012

Sesungguhnya masyarakat di dunia terdiri daripada pelbagai etnik serta bangsa.Maka di sini lahirkan pelbagai cara hidup serta budaya yang diterima pakai oleh mereka. Perayaan yang dilakukan oleh mereka sememangnya pelik, namun masih diterima oleh sesuatu masyarakat tersebut. Malahan terdapat juga babak-babak yang menakut dan tidak mungkin akan dilakukan oleh rakyat Malaysia, mungkin juga menganggu sensitiviti masyarakat Malaysia,namun entry ini sekadar perkongsian maklumat....jom kita lihat


no 1 Jumping Baby







Perayaan yang kononnya untuk menghalau hantu ini dijalankan di utara Sepanyol.Dengan berpakaian yang kononnya seperti syaitan, lelaki dewasa akan melompat melepasi 5-6 orang bayi yang sudah tentunya masih kecil, bayangkan jika tersilap langkah.Amalan ini dijalankan sejak 1620 di perkampungan Castrillo.Orang yang melompat dikatakan telah menjalani latihan profesional...emmm


no 2 Cheese Rolling




Perayaan ini lebih kepada pertandingan.Dimulakan sejak 200 tahun lampau, permainan ini dijalankan di Bukit Cooper di wilayah Gloucester,UK. Menariknya permainan ini ialah peserta akan mengejar menuruni bukit yang dipenuhi selut serta rumput untuk menangkap keju berbentuk roda yang dilepaskan dari atas bukit.Peserta datang dari seluruh dunia.Namun bukan mudah kerana keju yang dilepaskan itu mampu bergerak sehingga 70km/jam....ramai peserta yang cedera.Sebab itulah di antara ramai peserta dan penonton, terdapat juga anggota St John Ambulance serta paramedik..ramai yang patah atau retak tulang..tak pe,janji seronok,peliknya masih ramai yang join walaupun patah riuk serta melambung-lambung.....




no 3 Boryeong Mud Festival ( Perayaan Lumpur Boryeong )


Perupakan perayaan lumpur di bandar Boryeong yang terletak kira-kira 200 km dari bandar Seoul . Berlangsung di Korea Selatan dengan menggunakan lumpur Pantai Daecheon .Lumpur di pantai tersebut dikatakan kaya dengan mineral dan boleh mengubati penyakit berkaitan dengan kulit.Ianya merupakan antara festival yang popular di Korea Selatan sejak tahun 1998, dengan kehadiran pengunjung melebihi 1 juta orang termasuklah pelancong dari luar.




no 4 Pertandingan Gusti Unta



Ini sememangnya pelik, sebabnya yang biasa kita dengar pertandingan lumba aje...tetapi yang ini haiwan bergusti pulak. Di wilayah Aegean Turki, ianya merupakan antara pesta yang meriah.Unta pulak dilatih oleh pelatih profesional...




no 5 Wife Carry World Championship


wow...pertandingan peringkat dunia.kejuaraan dunia membawa isteri ini dijalankan di Finland di wilayah Sonkajarvi. Pertandingan ini dijalankan dengan si suami membawa si isteri dengan pelbagai gaya dengan menempuh pelbagai halangan. Ianya merupakan antara pesta yang popular dan dipertandingankan sekarang di USA, Hong Kong, serta Finland dan banyak negara di Eropah.


no 6Monkey Buffet Festival Thailand









Hanya dijalankan di Thailand.Monyet akan dijamu dengan pelbagai makanan ,termasuklah buah-buahan yang segar. Di jalankan di kawasan Lopburi dengan lebih 2000 ekor monyet dimaju dengan makanan. Menariknya semua monyet sentiasa menunggu saat festival tersebut dijalankan. Perayaan ini juga mempunyai kepercayaan monyet-monyet tersebut membawa tuah dan rezeki


no7 Latomatino ( Pesta Tomato )



Merupakan satu pesta yang bermadikan dengan buah tomato. Di rayakan di Bunol, Valencia Sepanyol. Kawasan bandar Bunol merupakan kawasan yang terkenal dengan buah tomatonya. Syarat untuk berada di pesta ini ialah mesti menghancurkan buah tomato sebelum membaling atau melumurkan kepada orang lain.


no 8 Hadaki Matsuri ( Pesta Bogel )



Hanya di Jepun dan lelaki aje...tujuannya untuk keseronokan atau membuang dosa. Peserta mesti memakai pakaian tradisional jepun..lebih kurang macam cawat .Dijalanakan dibeberapa daerah di Jepun terutamanya di Okayama. Dimulakan sejak tahun 1600 tahun yang lalu.



no 9 Pesta Air Thailand



Merupakan pesta yang dijalankan Thailand, nama lain ialah pesta Songkran. Air akan dicurahkan kepada sesiapa sahaja sewaktu pesta berlangsung dengan pelbagai cara.


Ranking: 5

{ 3 komen... read them below or add one }

faiz fakhirin berkata...

Manusia ni mmg pelik


10 April 2012 4:14 PTG
Love Hijau berkata...

Macam-macam cara untuk meneruskan kehidupan serta keseronokan...


11 April 2012 9:37 PTG
der berkata...

memang pelik


10 Oktober 2012 4:43 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.