Bayi Masih Hidup Walaupun 12 Jam Di Bilik Mayat

on Khamis, 12 April 2012




Ibu dan bapa bayi Analia Bouter dan Fabian Veron




Begitu besarnya kuasa Allah, itulah yang terjadi kepada bayi pra matang di Argentina yang disahkan mati sebelumnya oleh pihak hospital. Hanya seberat 600 gram serta berumur 6 bulan, bayi perempuan yang dinamakan Luz Milagros, disahkan mati oleh doktor di Hospital Perrando di timur laut Argentina.

Cumanya selepas disahkan kematian pada siangnya, pada waktu malam si ibu berkeras juga mahu melihat mayat bayi perempuannya itu dibilik mayat.Sewaktu peti bilik mayat menempatkan mayat bayinya dibuka terdengar suara rengekan bayinya yang masih hidup, walaupun sudah 12 jam berada di dalam peti sejuk beku. Keadaan yang hampir diseliputi ais begitu kritikal pada waktu itu. Akibat daripada kejadian itu 5 kakitangan hospital digantung tugas serta merta, mereka termasuklah doktor dan jururawat yang bertugas pada hari ibu Milagros bersalin. woo...12 jam di dalam peti ais...begitu hebatnya kuasa Allah


- di Malaysia lain pulak ceitanya, akibat dorongan hawa nafsu, ramai juga yang tanpa perasaan kasih sayang buang serta bunuh anak kecil begitu aje..dah la berzina, lepas tu bunuh pulak tu, yang dibunuh bukannya nyamuk tetapi nyawa yang mulia di sisi Allah.....lebih teruk pada zaman jahiliyah...


sumber : yahoo dan AP
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.