Rekod Dunia Guinness Paling Kecil,Paling Besar dan Paling Aneh

on Ahad, 22 April 2012

Berikut adalah koleksi rekod dunia tentang manusia-manusia yang dianggap mempunyai kebolehan luar biasa,unik dan paling aneh oleh Guinness World Record. Mereka antara memegang rekod yang bolehlah dianggap sebagai pencapaian luar biasa,jom kita lihat

Etibar Elchiyev, merupakan pemegang rekod menahan sudu paling banyak didunia, tanpa gam tanpa sebarang pelekat ,iaitu sebanyak 50 sudu pada badannya.


Chris "The Duchess" Walton pemegang rekod kuku paling panjang di dunia,iaitu rekod sejak 2011 dengan ukuran kuku paling panjang di dunia iaitu 10 kaki 2 inci.




Pemegang rekod dunia terkini badan yang dipenuhi oleh lebah oleh She Ping, rakyat China berumur 32, dengan menahan bebanan 31.1 kg berat lebah di badannya atau 331,000 ekor lebah di badannya ,mengatasi rekod sebelumnya,iaitu 26.8 kg berat lebah.








Sandwich terbesar di dunia, dihasilkan oleh syarikat Bimbo di Mexico.Sandwich tersebut mempunyai berat 3,178 kg !, mencatat rekod dunia ...kalau nak buat kenduri pun boleh jugak...






Pemegang rekod dunia, meletakkan telur di hujungnya tanpa jatuh dan seimbang, Brain Spott berjaya menyeimbangkan 439 biji telur mengatasi rekod sebelumnya 420 biji telur.Brain sanggup bertolak dari USA ke Australia, semata-mata untuk meletakkan namanya di dalam rekod dunia.






Beg troli paling besar di dunia.Dicatakan sebagai rekod dunia di Pameran Eksport Komoditi China..157 cm X 115 cm.





Sofa paling besar di dunia, 7 meter panjang dan 2 meter tinggi ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan. Pemiliknnya di Jordan berharap ianya menjadi rekod dunia sofa paling besar di dunia..siap boleh sembahyang zohor lagi di atasnya.




Haiwan juga boleh mencipta rekod, Pygmy Marmoset, direkodkan sebagai monyet paling kecil di dunia dijumpai di Peru,itu pun kerana sekatan polis, monyet ini terlalu kecil hanya sebesar sekumtum bunga dan dianggap sebagai haiwan primitif yang sangat terancam.





Bawang putih paling besar di dunia, dipamerkan di Pameran Bunga Harrogate.Tukang kebun, Peter Glazebrook dianugerahkan rekod bawang putih paling besar di dunia dengan berat 8.150kg





Seramai 42 penyelam menyertai latihan tarian, tetapi di dalam air di Pusat Akuatik Olimpik Australia,ianya satu rekod dunia...emmm macam-macam






Rekod bola getah paling besar dan paling berat, 2084 kg di USA,rekod dunia..







Cerut paling panjang di dunia, 81.8 meter di Cuba






Rekod manusia memeluk pokok paling ramai di dunia selama 2 minit di Nepal ini disertai oleh 879 peserta.Ianya sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2011.







Lelaki Paling Banyak Bertindik dipegang oleh lelaki German ini. Rolf Bucholz mempunyai 453 tindik pada waktu itu,Oktober 2011.







Pakaian pengantin perempuan paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 2750 meter, di Belgium,mengambil masa 100 hari untuk disiapkan.






Menara daripada mainan bata lego paling tinggi di dunia, di Norway, sepanjang 30,22 meter






Lukisan 3D jalanan paling besar di dunia dicipta di UK oleh artis Joe Hill's, iaitu 1120 meter persegi




Pemegang rekod dunia, pemain gelang hoop paling banyak di dunia, iaitu 300 gelang hoop dari China, Jin Linlin


dan banyak lagi rekod di dunia,sekadar perkongsian....


sumber

Reuters & AP
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

HEBAR


13 Januari 2013 9:58 PG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.