Gambar Terbaru Abby Fana Bertudung

on Rabu, 29 Februari 2012


Abby Fana sememangnya lebih cantik apabila bertudung. Ini terbukti melalui gambar terbaru Abby Fana yang sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan ibadat Haji . Namun begitu Kakak Abby menolak bahawa beliau dikeluarkan dari TV3 kerana bertudung. Menurutnya hasrat untuk berundur dari menjadi mengacara Malaysia Hari Ini, slot pagi popular di TV3 sudah lama dipendamkan. Akhirnya ianya menjadi lebih mudah apabila akhirnya Abby yang juga merupakan DJ Radio Sinar FM 'bersara' dari MHI.

Menurut Abby Fana lagi kini jiwanya lebih tenang dan tenteram,namun tidak menolak jika terdapat tawaran sebagai pengacara yang memerlukan si pengacara terbabait seorang yang bertudung.LoveHijau merasakan tidak ada sebarang masalah untuk Kakak Abby, kerana beliau seorang pengacara yang berpengalaman dan penuh dengan dedikasi, kata orang mempunyai aura sebagai pengacara. (kredit)

10 Negara Terkecil Di Dunia








Anda pernah dengar nama-nama negara ini,mungkin pernah atau pertama kali dengar, percaya atau tak negara-negara ini sangat kecil,namun mempunyai kedaulatannya sendiri, mempunyai bendera dan sempadan mereka sendiri. Jom kita siasat,mungkin juga ia merupakan nama negara yang pelik dan pertama kali anda dengar

No 1 Vatican

Maafkan saya, bukan mahu mempromosi atau apa, tetapi sekadar pengetahuan geografi, inilah negara paling kecil di dunia. Terletak di tengah Rome Itali, dengan penduduk hanya 700 orang, berkeluasan 0.7 batu persegi sahaja.



No 2 Monaco

l

Bendera Monaco (Merah putih )



Lokasi Monaco di Eropah ( klik untuk besarkan )

Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 0.7 batu persegi atau 1.98 km persegi. Jumlah penduduk anggaran 35 ribu orang ( 2011 ). Bersempadan dengan negara Perancis.Ibu negara Monte Carlo.Bahasa utamanya ,Perancis.Merupakan negara kesatuan dan raja berpelembagaan. Namun dikenali bagi kaki judi, kerana di sini terdapatnya Kasino Monte Carlo.




No 3 Nauru


Bendera Nauru


Lokasi pulau Nauru

Merupakan sebuah pulau, dan mempunyai stok fosfat yang besar. Jumlah penduduk hanya seramai 13 ribu orang.Diiktiraf sebagai negara republik paling kecil di dunia. Merdeka sejak 1968. Lokasinya terletak di selatan lautan pasifik. Mempunyai pengaruh Australia yang kuat, contohnya menggunakan matawang Australia.




No 4 Tuvalu


Bendera Tuvalu



Lokasi Tuvalu.

Sebuah pulau yang terletak diantara Hawaii dengan Australia,merupakan pulau Polynesia,Jirannya negara kat atas, Nauru. Hanya berkeluasan 9 batu persegi, atau 26 km persegi. Ibu negara Funafuti.Negara mengamalkan sistem beraja berparlimen. Sebenarnya terdiri dari 9 pulau batu karang.




No 5 San Marino

Bendera San Marino

Lokasi San Marino

Terletak di sempadan utara Italy,benua Eropah.Merupakan negara republik dan menggunakan matawang euro.Dikatakan negara tertua di Eropah. Jumlah penduduk sekitar 29 ribu orang (2011). Ibu negaranya ialah San Marino City.




No 6 Liechtenstein


Bendera



Lokasi


Menggunakan bahasa German.Negara ini terletak di antara Switzeland dan Austria.Merupakan negara Kesatuan berparlimen dan raja berperlembagaan. Merupakan negara mempunyai keluasan 160.475 km persegi, dengan jumlah penduduk seramai 36 ribu (anggaran tahun 2011 ). Ibu negara bernama Vaduz


No 7 Pulau Marshall



Bekas tanah jajahan USA, merdeka sejak tahun 1986. Mempunyai anggaran penduduk seramai 68 ribu orang.Keluasan negara ini 181 km persegi. Merupakan kawasan batu karang yang besar.Ibu negaranya Majuro.


No 8 Saint Kitts and Nevis


Bendera

Lokasi
Merupakan tanah jajahan British Perancis. Terdiri dari 2 pulau yang mempunyai keluasan 261km persegi sahaja dengan penduduk dianggarkan seramai 51300 orang. Merdeka dari British sejak tahun 1983.Ibu negara dinamakan Basseterre.



No 9 Ceychelles



Bendera

Lokasi

Merupakan negara terkecil di kawasan benua Afrika. Terletak berhampiran dengan Madagasgar.Jumlah keluasan 451 km persegi.Merupakan negara republik dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 84 ribu orang. Merdeka dari British sejak 1976 lagi. Ibu negaranya ialah Victoria


No 10 Maldevis


Bendera
Rasanya mungkin anda pernah dengar nama ini. Merupakan sebuah pulau dan menjadi negara yang paling kecil di Asia.Islam merupakan agama rasmi negara yang terletak antara India dan Sri Lanka ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang dengan keluasan negara mereka 298 km persegi. Ibu negaranya ialah Male.Merdeka dari jajahan British sejak 1965 lagi


Selepas Maldevis terdapat beberapa buah negara lain yang kecil seperti Malta (berhampiran Italy) dan Grenada ( berhampiran Venezuela ),

Melayu Tiada Identiti Makanan Booster Minda

on Selasa, 28 Februari 2012


Minyak Ikan mengandungi omega 3,yang sangat berkhasiat menjana minda cemerlang




Kurma, hanya meriah sewaktu bulan Ramadan, sepatutnya menjadi makanan harian semua Orang Islam.




Pokok Brahmi, di proses menjadi makanan booster minda



Gingko, satu-satunya pokok yang hidup, selepas letupan bom atom di Hiroshima Jepun


Makanan kesihatan atau makanan tambahan pada zaman sekarang sangat popular.Namun begitu perlu juga diingatkan harganya juga agak mahal, dan perlu kepada kesesuaian dan keserasian badan. Malahan makanan booster minda juga semakin popular.Namun tahu tak, bangsa Melayu tidak mempunyai makanan booster mindanya sendiri. Namun begitu bangsa Melayu juga berpegang kepada pantang larang seperti tidak menjamah makanan atau minuman yang bersemut atau tidak memakan kepala ikan, nanti jadi bodoh. Apa makanan korang sekarang bagi remaja atau pun kanak-kanak. Apa pula makanan orang dulu-dulu, ramai jugak yang cemerlang, siap masuk universiti lagi, malahan mampu sampai ke oversea ,nun belajar jauh di hujung dunia.Entri ini memfokuskan kepada perbincangan makanan bagi menjana minda yang bijak berkualiti tinggi serta hebat. Tahu tak bangsa lain di dunia mempunyai tred mark makanan minda mereka sendiri.

  • Bangsa di China berbangga dengan gingko, ginseng
  • Bangsa Korea mempunyai spirulina
  • Bangsa Jepun mempunyai rumpai laut, tak caye? alah tu..yang buat balut sushi..
  • Bangsa India mempunyai Brahmi ( sejenis bijirin @ herba yang sangat popular sejak zaman berzaman,hanya tumbuh di India, sekarang merupakan makanan booster minda yang penting)
  • Orang Eropah sudah tentu berbangga dengan minyak Ikan dan kismis mereka.
  • Orang Arab, kurma serta makanan buah-buahan kering lain.

Sejak zaman berzaman bangsa ini mampu membangunkan tamadun mereka sendiri. Lihat sahaja pada zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, sewaktu Laksamana Cheng Ho datang bersama kapalnya yang sangat besar itu lengkap dengan kelengkapan perang seperti meriam. Sehingga sekarang dengan semua bangsa ini berjaya dengan cemerlang, apabila kita memfokuskan kepada budaya ilmuan , inovasi serta daya kreatif.Lihat sahaja bangsa Jepun berbangga dengan kereta mereka yang terjual di seluruh dunia. Kereta ciptaan mereka mengambil kira budaya serta pemikiran orang Asia, sebab itulah kereta Jepun mampu menarik minat orang Asia sendiri kerana bauatan kereta mereka mengambil kira; sense of Asian itu sendiri.Pastinya ianya bermula dengan inovasi atau daya kreatif yang unggul. Jadi bagaimana dengan bangsa Melayu, cukupkah kita sekadar berpantang kepala ikan serta semut semata-mata.


Bangsa Melayu dan bangsa Malaysia secara keseluruhannya perlu berubah di dalam cara mendidik anak dari segi pemakanan.Malahan sepatutnya bangsa Melayu yang beragama Islam sudan tentunya akan menjadi bangsa terbaik kerana Islam sendiri meminta umatnya mencari makanan yang halal, bersih, agar keberkatan berterusan. jadi apa masalahnya bangsa Melayu,ya kita ada beberapa contoh pelajar yang cemerlang sehingga mampu menjana 21 A di dalam SPM.Apa kata kita berubah, Apa salahnya mencuba kismis atau kurma di jadikan makanan harian buat anak-anak. Kalau mampu apa salahnya tak? Kurma sebagai contohnya takkan dijadikan makanan buat bulan Ramadan aje? Tukar tabiat ini , berikan makanan terbaik baut anak -anak kita, di samping doa dan usaha berterusan agar menjadi anak soleh dan solehah, Ramai di antara kita yang kedekut, namun jajan serta makanan tak berzat kita rela beli buat anak, tanpa banyak berfikir.Malahan ada yang sanggup gunakan puluhan ringgit demi hiburan dengan memasang astro, namun anaka-anak ada yang dijamu dengan mi segera atau sardin aje, tak pun telur mata kerbau.cukupkah?.... dan selebihnya kta berharap anak-anak akan cemerlang otaknya, betulkah begitu? ...

p/s Entri ini sekadar perbincangan, jika memang anak anda mempunyai masalah kesihatan atau alahan sila dapatkan penjelasan dari Dr yang bertauliah terlebih dahulu, sebelum mencuba

Fakta Penyakit Kencing Tikus



Penyakit Leptospirosis ialah penyakit yang dikenali juga dengan nama penyakit kencing tikus. Namun punca utama penyakit ini ialah bakteria Leptospira yang menjangkiti manusia


Bakteria Leptospira yg diperbesarkan


Haiwan juga tidak terkecuali. Bakteria ini dipindahkan kepada manusia melalui air kencing haiwan yang berfungsi sebagai pembawa seperti tikus, anjing serta kucing.Namun tikus dianggap sebagai pembawa sebenar bakteria ini. Namun haiwan lain juga boleh menyababkan jangkitan bakteria ini seperti lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan lain

Cara jangkitan Kencing Tikus

Manusia sebenarnya boleh dijangkiti ssekiranya terdedah atau mempunyai hubungan secara langsung dengan air kencing haiwan yang engandungi bakteria leptospira.Malahan jangkitan juga boleh berlaku melalui air banjir yang berlaku.Boleh juga berlaku jangkitan melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan berkenaan. Bakteria akan aktif di dalam tempoh 5- 14. dan jika dibiarkan maut menunggu anda.


Tanda-Tanda penyakit kencing tikus

  • Demam
  • sakit kepala
  • Loya,muntah
  • Sakit otot
  • Kemerahan pada mata
  • Ruam kulit
  • Sakit pada abdomen
  • Batuk
  • Sakit pada betis
  • Jaundis( mata kekuningan )
  • Air kencing berwarna kehitaman ( seperti air teh o' pekat )


Pencegahan

  • Menjaga kebersihan persekitaran
  • Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus
  • Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas berkerja di kebun, atau membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir
  • Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat dianggota badan dengan sempurna
  • jangan bemain air dan lopak terutama selepas banjir, awasi anak-anak kita
  • Segera ke hospital jika mempunyai tanda-tanda penyakit ini

Fakta Tentang Ikan Piranha


Berikut adalah fakta tentang Ikan Piranha,sejenis ikan yang cukup ditakuti ,tapi betulkah begitu? Atau ianya sekadar mitos dan reputasi yang diburukkan oleh pelbagai filem yang dihasilkan ,hasil imaginasi manusia,jom teruskan mambaca bersama lovehijau mengenali Ikan yang mempunyai gigi setajam pisau cukur ini..

  • Ikan Piranha merupakan ikan yang mendiami kawsan sungai di Amerika Selatan, seperti di Sungai Amazon,Brazil dan juga Venezuela.Di Venezuela ia dikenali sebagai Caribes.

  • Ikan air tawar yang cukup terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai tabiat makan yang rakus.Saiz ikan ini boleh mencapai 17 inci.
  • Sangat rakus terhadap makanan mentah seperti daging, dan mampu menghabiskan daging seekor lembu dewasa hanya dalam beberapa minit.Keadaan ini berlaku terutamanya pada musim kemarau
  • Terdapat hampir 30 -60 spesies Ikan Piranha (anggaran oleh saintis),ini namun yang cukup di kenali ialah spesies Red Bellied yang mendiami Sungai Amazon dan juga juga sungai di Venezuela, yang diakui sangat rakus serta berselera tinggi terhadap haiwan yang singgah minum atau bangkai haiwan atau haiwan yang terjatuh ke dalam sungai. Merupakan antara spesies ikan air tawar paling ganas di dunia.

Ikan Piranha Red Bellied.



  • Salah satu ciri yang terkenal bagi ikan piranha ialah mempunyai gigi yang sangat tajam, sewaktu makan Piranha sentiasa bergerak di dalam kumpulan besar,melebihi 20 ekor ikan, mereka akan berebut serta mengoyak daging mangsa.Namun begitu setakat ini manusia hanya tercedera akibat ikan ini.
  • Oleh kerana giginya yang sangat tajam, orang Asli di Amazon serta Venezuela mengguna gigi ikan ini sebagai senjata.Malahan Ikan ini merupakan aset pelancongan bagi negara seperti Brazil dan Venezuela.
  • Walaupun ganas, Ikan Piranha, biasanya menjadi makanan buaya Amazon dan juga bangau, terutama pada musim kemarau.banyak ikan ini akan terperangkap di lumpur
  • Begitu terkenalnya Piranha sehingga Hollywood mengeluarkan pelbagai filem ini seperti Piranha ( 1978 ), Piranha II ( 1981 ) dan Piranha 3D (2010). Kesemua filem mengambarkan piranha sejenis ikan mampu menghidu darah serta sangat rakus sehingga membunuh manusia
  • Namun hakikatnya, mitos ini disangkal secara santifik oleh kajian yang dijalankan oleh Helder Queirez dan Anne Magguran yang menghasilkan Biology Letter.
  • Namun kata masyarakat Amerika Selatan, isi ikan ini sememangnya sedap

Law Kana Bainana - Sarikata @ Lirik Melayu

on Isnin, 27 Februari 2012




Sebuah lagu nyanyian Abdul rahman Muhammad, memang meruntun jiwa, merupakan lagu nasyid yang segar memuji Rasullah SAW dan juga mengingati Rasullah dan juga mengharapan serta doa agar kita beroleh syafaat di sisi SAW. Lagu yang begitu syahdu yang dapat mengingatkan kita kepada perjuangan SAW dan juga sudah tentunya kepada Alla SWT. Siapalah kita insan kerdil ini di sisi Allah

kredit

u tube

12 Makhluk Lautan Yang Pelik Dan Unik

on Ahad, 26 Februari 2012


Ikan ini dinamakan Nepolean Wrasse.unik kerana berwarna biru,habitat terdapat di Australia dan New Zealand.Unik kerana mampu menukar-nukarkan jantina mengikut keperluan persenyawaan. Semakin terancam akibat aktiviti penangkapan serta pencemaran.Diiktiraf sebagai haiwan di batuan karang terbesar di dalam kelasnya.




Ketam Kiwa, merupakan ketam yang hidup di kedalaman sehingga 5000 kaki. Ditemui 2 kali sejak 2005,dikatakan wujud sejak 12 jta tahun dahulu sehingga sekarang.





Merupakan obor-obor yang dinamakan CrossotaNorvegica ,tinggal di kedalaman 2000 kaki atau 800 meter di dasar lautan Atlantik.




Seadragon Leafy, atau Naga Daun Laut. Habitat, satu-satunya, hanya di Australia, di selatan negara kanggaru itu.Tinggal di kawasan rumpai laut, Semakin terancam akibat pencemaran, saiznya? Mampu mencapai 20cm.Memakan plakton sebagai makanan utamanya.





Sotong Pontianak, merupakan haiwan unik yang mampu mengeluarkan cahaya,namun tidak berbahaya dan hanya mampu membesar sehingga 1 kaki sahaja, setakat ini direkodkan sotong ini memenag pernah ditangkap dan dibela di akuarium, namun hayatnya hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja. Habitat asal dikedalaman 900 meter di dasar laut. Banyak Monterey Bay USA.





Siput Flamingo Tounge,siput unik, berwarna, namun sebenarnya itu bukan cengkerang, sebaliknya kulit, memakan batu karang.Habitat di Lautan Atlantik, Lautan Carribean,Teluk Mexico dan Segi Tiga Bermuda. Habitat hanya di kedalaman 29 meter,ramai penyelam tersilap dengan mengutipnya sebagai siput, akhirnya tersilap kerana warna itu sebenatnya adalah kulitnya.Cengkerangnya? di dalam kulitnya!




Sotong ini dikenali dengan nama Sotong Bioluminecent.mampu mengeluarkan cahaya dan dijumpai di Teluk Maine,Lautan Atlantik di USA,habitat di kawasan lautan dalam,menggunakan cahaya sebagai tarikan untuk memakan ikan kecil.




Marrus Othocana,sejenis obor-obor,habitat di kedalaman 200 meter sehingga 800 meter di dasar laut dengan suhu sehingga 4 C0





Dikenali sebagai Sea Angel.merupakan sejenis siput laut yang unik dijumpai di lautan dalam Antlantik,lebih kurang macam plakton jugak.






Merupakan sejenis cacing laut,dinamakan Christmas Tree Worm,uniknya 'cabangnya' merupakan sistem pernafasan serta makanan.Tinggal di dalam tiub karang dan hanya 'kembang' bila merasakan dirinya terancam,dijumpai di Taman laut Great Barrier Reef,Australia. Cantikkan?




Cacing sotong,berbentuk sotong,namun ianya sejenis cacing laut yang dijumpai di Lautan Sulawesi.





Sejenis gamat@ timun laut, dijumpai di lautan dalam lautan Kepulauan Borneo.Uniknya dinamakan pink sea through fantasia,seksi ke? ,uniknya ciptaan Allah.


kredit
DailyGreen
Wikipedia

Video Kambing Mengurut Belakang Tuannya


Kambing mengurut tuannya,dah macam kat bomoh urut pulak, tak tau lah pulak, si kambing-kambing nie nak main ke atau nak urut...jom layan video di bawah nie


Gambar Himpunan Hijau 2.0 ( Stop Lynas )

















Ini merupakan gambar perhimpunan hijau 2.0 atau Stop Lynas, di Kuatan hari ini. Memang ramai ( melebihi 10 ribu orang ) , atas kesedaran yang tinggi loji bumi nadir itu boleh menyebabkan bencana besar kepada rakyat di kuatan secara khususnya,jika berlaku kebocoran. Ianya menjadi satu isu besar di dalam negara, kerana mendapat bantahan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia.

kredit pic

Biaqpila
Anak Sungai Derhaka
Malaysia kini

Basikal Transformers Mesra Alam dan Trafik

on Sabtu, 25 Februari 2012






Basikal merupakan antara satu kaedah pengangkutan atau kenderaan yang mesra alam,Namun kewujudan basikal transformer ini memang ada kelas ( dirakam di Russia ), Ianya berubah ikut kesesuaian trafik di jalan raya serta boleh di tinggikan atau di rendahkan 'sit'. Namun sekarang nak bawa basikal pun mesti berhati-hati, terutamnya di kawasan bandar yang sibuk. Jom layan klip nie, boleh setinggi bas atau serendah basikal biasa....

Gambar Pernikahan Ana Raffali



Tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Memang cantik dan menawan dan yang pentingnya menutup aurat. Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali sah bergelar sebagai isteri Ahmad Aznaim Abdullah, 30, tepat pada jam 11.55 pagi tadi, pada majlis yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati di sini.

Pasangan Ana-Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412. Ahmad Aznaim merupakan seorang jurugambar dan mereka sudah berkenalan sejak tahun 2005 lagi. Malahan Ana Raffali juga turut meminati bidang fotografi.Namun perubahan dan penghijarahan Ana Raffali memang tepat dengan bertudung dan menutup aurat, semoga menjadi isteri solehah.Ana Raffali merupakan penyanyi wanita yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dan juga duet bersama dengan Sohaimi Mior Hassan dan Altimet- Kalau Berpacaran.

sumber

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.