Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit

Nukilan Love Hijau on Sabtu, 31 Mac 2012


Salam buat semua rakan pembaca.Hari ini jom kita lihat fakta serta khasiat habbatus sauda,antara tumbuhan yang dikatakan sebagai'white spectrum herb', iaitu mampun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNya. Habbatus sauda memang popular di Malaysia dan negara di Asia. di Malaysia terdapat pelbagai syarikat jualan langsung dan juga syarikat single level yang mempopularkan Habbatus sauda di dalam pelbagai campuran minuman dan makanan kesihatan.

Habbatus sauda merupakan tumbuhan yang berasal dari selatan dan barat daya Asia. Merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Mempunyai daun yang halus serta mempunyai bunga yang berbentuk kapsul.Di dalam bunga berbentuk kapsul inilah terdapatnya biji benih, jika dikeringkan atau setelah buah matang ianya pecah dan terdedah kepada udara menyebabkan biji benih tadi akan berwarna hitam.. Mempunyai ketinggian 12 -8 inci serta bunga berwarna ungu muda dan putih. Biji benihnya sebelum matang mempunyai rasa pahit dan pedas.

biji habbatus sauda yaang kering mempunyai rahsia perubatan bernilai tinggi
  • Habbatus sauda mempunyai minyak yang stabil, protien, alkoloid, kalsium, besi,natrium, kalium dan minyak pati
  • Mempunyai hampir 90% asid amino yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
  • Kajian awal dilakukan oleh saintis Islam silam seperti Ibnu Sina,AlBiruni, Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi,tentang keberkesanan Habbatus Sauda sebagai penawar serta mampu meyembuhkan pelbagai penyakit
  • Malahan Baginda SAW sendiri menyatakan Habbatus Sauda adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.
  • Habbatus sauda mampu merawat penyakit hati dan masalah penghadaman.
  • Malahan mampu juga mengubati sakit gigi, sakit kepala, masalah pernafasan dan masalah usus.
  • Pelbagai kajian juga mendapati Habbatus sauda atau jintan hitam ini mempunyai ciri atau agen penyembuhan dan penjagaan kesihatan manusia seperti antioksidan ( mencegah kanser, tumor), antikolestrol, pengubat alahan, dan anti mikrob, penahan sakit serta mempunyai antibiotik
  • Kajian demi kajian moden serta sainstifik terus membuktikan habbatus sauda mampu menjadi makanan tambahan kepada pesakit AIDS, menambah susu ibu.
  • Malahan apa yang lebih menarik habbatus sauda turut mempunyai kandungan omega 3 yang membantu perkembangan neuron serta sel otak, dengan kata lain ianya mampu meransang otak menjadi cerdas.

Habbatus sauda akan terus menjadi herba atau makanan yang terbaik untuk tahun mendatang.Dengan harganyaa yang murah serta kajian saintifik terbukti ia mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Namun yang lebih penting habbatus sauda merupakan antara makanan sunnah, serta diakui sendiri oleh SAW sebagai penawar yang tinggi nilainya kepada kesihatan manusia dengan izinNya.

Info dan Fakta Penyakit Talasemia

Nukilan Love Hijau on Jumaat, 30 Mac 2012


Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia diwarisi daripada ibu-bapa dan boleh melibatkan kedua-dua anak lelaki dan anak perempuan

Terdapat 2 jenis Talasemia

1. Pembawa Gen Talasemia (Talasemia Minor )
2. Pesakit Talasemia ( Talasemia Major )

Pembawa Gen Talasemia
Pembawa Gen Talasemia tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan. Pengesahan hanya boleh diketahui melalui ujian Talasemia.Seseorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Ibu ATAU bapa boleh menyebabkan keadaan berikut berlaku. Walaupun pasangan tidak terdapat sebarang penyakit Talasemia, pembawa masih boleh memindahkan gen tersebut kepada anak-anak mereka,yang turut akan menjadi Pembawa Gen Talasemia. Masalahnya ialah apabila seseorang Pembawa Gen Talasemia berkahwin dengan pasangannya yang turut merupakan Pembawa Gen Talasemia. Keadaan ini berbahaya kepada anak pasangan tersebut kerana akan melahirkan bayi yang berpenyakit Talasemia yang boleh membawa maut. Jadi elakkan berkahwin dengan pasangan anda yang mempunyai Pembawa Gen Talasemia jika anda juga ialah Pembawa Gen Talasemia.

Tanda-tanda dan Gejala Pesakit Talasemia.

  1. Kanak-kanak nampak seperti normal pada awal kelahiran.Namun mereka akan mengalami masalah anemia ( sel darah merah menurun-menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti kekurangan oksigen di otak,pucat, lelah dan sebagainya) yang serius apabila berumur 3 - 18 bulan.
  2. Keadaan pucat berterusan, sentiasa lemah dan resah
  3. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  4. Jaundis ( biasanya disebut demam kuning )
  5. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  6. Tumbesaran terbantut.
  7. Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan tulang di bahagian muka.


Rawatan Pesakit Talasemia.

  1. Pesakit memerlukan transfuli darah secara berterusan setiap bulan untuk sepanjang hayat.
  2. Transfuli darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati,limpa,jantung dan kelenjar endoktrin yang akhirnya boleh merosakkan organ tersebut.
  3. 5 minggu sekali diperlukan untuk rawatan penyingkiran zat besi tersebut.
  4. Pemindahan tulang sum-sum sekiranya ada penderma yang sesuai dalam kalangan ahli keluarga.


Talasemia Major boleh dicegah melalui ujian Talasemia jika anda:

  • Seorang remaja
  • Mempunyai sejarah keluarga Talasemia
  • Ingin berkahwin
  • Penyakit ini boleh dicegah,ingatlah 1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah Pembawa Gen Talasemia

Gambar Abby Abadi Bertudung

Nukilan Love Hijau on Khamis, 29 Mac 2012




Seorang lagi artis membuat satu perubahan yang selaras dengan hukum syarak ,iaitu bertudung.Abby Abadi kini bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah. Menurut Abby sudah lama niatnya ingin mengenakan tudung, namun terlaksana selepas dari mengerjakan umrah pada 15- 26 mac lalu. Pihak lovehijau mengucapkan tahniah kepada Abby, dan berharap perubahan ini kekal.




Menurut Abby lagi, hasratnya itu sudah nekad dan tidak mahu mempermainkan pakaian bertudung dan menutup aurat, sekejap bertudung, sekejap tidak. harapan Abby juga imej serta penghijarahannya ini tidak memberikan sebarang masalah serta menyusahkan pihak lain. Menurut Abby juga, bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan mengerjakan ibadat umrah.

kredit gambar
Mymetro
forblogger.net

DannyMacAskill Penunggang Basikal Jalanan Terhebat

Nukilan Love Hijau on Rabu, 28 Mac 2012


Sejak sekian lamanya basikal dianggap sebagai salah satu inovasi yang merubah kehidupan manusia. Ianya adalah kenderaan yang total 'green' . Betul betul hijau tanpa sebarang pencemaran serta masih menjadi pengangkutan yang sangat penting seperti di China.Aktiviti berbasikal menjadi kegilaan ramai, dulu sewaktu saya masih kecil basikal BMX menjadi rebutan.Siapa yang mampu membelinya dianggap mewah serta bergaya...dulu hampir 20 tahun dahulu.Sehingga sekarang basikal sebenarnya masih menajdi kegilaan remaja, termasuklah di Malaysia,walaupu pun kegilaan sebahagian besar remaja lebih kepada motosikal,namun basikal masih ada keistimewaanya tersendiri.



Klip video ini hanya 5 minit lebih, tetapi merubah hidup Danny keseluruhannya.


Hari ini entri ini memperkenalkan kepada rakan pembaca tentang DannyMac Askill, seorang rakyat Scotland yang menjadi terkenal dengan basikal. Danny merupakan seorang penunggang basikal jalanan profesional. Namun segalanya bermula apabila Danny dengan bantuan rakannya menghasilkan video klip tentang cara menunggang basikal yang unik dan dianggap sebagai salah satu teknik menunggang basikal jalanan yang hebat pada tahun 2009. Klip video di u tube yang bertajuk 'Inspired Bicycles' mencatat ratusan ribu hit pada malamnya dan sehingga kini mencatatkan 28 juta klik.Sejak detik itulah Danny mendapati dirinya menjadi perhatian dunia serta mendapat kontrak termasuklah pengiklanan serta juga pelbagai penerbitan. Surat khabar New York Times turut memaparkan kisah Danny.Malahan Danny dicalonkan sebagai 'Sportsman Of The Year Laureus World Sports Awards yang dikaitkan dengan National Geographic Adventurer Of The Year Award.


Klip video terbaru Danny di kawasan perindustrian lama



Danny kini menjadi penunggang profesional sepenuh masa. Dengan selalu berseluar jean panjangnya , Danny mencipta imej penunggang basikal jalanan yang berjaya. Apa yang lebih penting kejayaan Danny tidak datang bergolek, ianya hasil usaha keras dan ketekunan, Latihan Danny tentunya bukan sekali, ianya lebih kepada 'Dare To Fail'kerana ciri tunggangan basikalnya memang berbahaya, malahan boleh membawa maut.Jadi jangan tiru aksi ini,sila dapatkan bantuan profesional, namun semangat Danny ini boleh dicontohi remaja sekarang... untuk bacaan lanjut rakan pembaca boleh ke web site rasmi Danny di sini

Fakta Tentang Pop Corn @ Bertih Jagung

Nukilan Love Hijau


Hari ini nak cerita tentang makanan pulak, makanan biasa aje, tapi menjadi kegemaran ramai terutama sewaktu menonton wayang atau filem dekat pagawam, popcorn atau bertih jagung.

  • Bertih jagung meletup kerana air yang tersimpan di dalam satu selaput kecil kanji pada setiap isi jagung. Apabila selaput ini dipanaskan,air di dalamnya akan turut panas , dan titisan air ini akan menjadi wap.Akibat wap inilah jagung akan meletup beberapa kali dengan kadarnya tersendiri.
  • Rakyat USA mengambil kira-kira 7.8 bilion bertih jagung setahun.Secara puratanya rakyat Amerika mengambil kira-kira 30.8 kg setahun bagi setiap penduduknya...wow banyaknya, kat Malaysia, sekadar buat jagung rebus aje, tak pun bakar aje..
  • Sewaktu sarapan pagi yang menggunakan jagung diperkenalkan,berlaku penurunan yang ketara di dalam penggunaan gandum selepas Perang Dunia Kedua. Ini menyebabkan pembuar roti mengantikan 25% daripada penghasilan tepung kepada bertih jagung.
  • Bertih jagung semakin meluas penggunaannya di dalam bahan serta jenis makanan seperti bahan di dalam puding, pemanis, sup dan salad.
  • Nilai atau bahan pemakanan bertih jagung sama seperti bijirin gandum, yakni memberikan tenaga dan haba kepada badan.
  • Bertih jagung yang dihasilkan menggunakan gelombang mikro lebih besar berbanding dihasilkan melalui kaedah tradisional

Rumah Mawi Dirompak-kerugian RM 10 ribu

Nukilan Love Hijau on Isnin, 26 Mac 2012


Rumah penyanyi Mawi serta isterinya Ekin telah diceroboh oleh perompak awal pagi hari ini.Menurut Eein (kembar isteri Mawi )perompak seramai empat orang (termasuk salah satunya bersenjatakan pedang samurai ) telah menceroboh rumah banglo barunya yang terletak di sebuah kelab Golf di Bangi. Menurut Mawi pada waktu kejadian isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77 telah diikat oleh perompak yang dipercayai membolosi kawasan rumah dari dapur. Pada masa yang sama anak kecil Mawi, Cahaya Malaika tidak diapa-apakan.

Namun begitu Mawi yang masih di dalam keletihan kerana baru pulang dari siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Mawi dan yang lainnya turut di arahkan menyerahkan dompet serta barang kemas serta telefon bimbit.Kerugian dianggarkan bernilai RM 10 ribu ringgit.Pihak kami berharap Mawi dan sekeluarga dapat bersabar menempuh dugaan ini.

3gp Bogel- Melia Aimielia Lega Sudah Selesai

Nukilan Love Hijau


Isu 3gp atau video bogel yang seakan-akan Melia, pelakon wanita di dalam filem 'Karipap-Karipap Cinta' selesai, apabila portal hiburan terkemuka negara, Rotikaya.com membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Melia dan kaum keluarganya, kerana menyiarkan artikel berbunyi Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?. Melalui sidang media yang dihadiri oleh kedua-dua belah pihak Melia juga bersetuju untuk menarik semula laporan polis yang telah dibuat sebelum ini. Melia juga berasa lega kerana video yang dikaitkan dengan dirinya telah selesai dan sedia memaafkan pihak yang terbabit. Menurut Melia lagi memang itu bukan dirinya. Sememangnya isu video lucah sangat popular di dalam negara kita terutamanya bila dikaitkan dengan isu politik dan isu hiburan.

Nampaknya melalui teknologi yang canggih pelbagai video boleh dihasilkan terutamanya untuk menganiaya seseorang seperti yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang negara kita. Masyarakat kita pulak sentiasa dihidangkan dengan isu ini, terutamanya arus perdana.Apa nak jadi dengan masyarakat kita sentiasa dihidangkan dengan pelbagai isu seks dan lucah...

sumber: yahoo

Kisah dan Wajah Mangsa Serangan Asid

Nukilan Love Hijau

wajah patricia sebelum dan selepas serangan asid

Berikut adalah kisah Patricia Lefranc,seorang wanita yang mengalami kecacatan yang teruk sebahagian besar wajahnya akibat serangan asid Asid sulfurik yang diserbur ke wajah wanita berusia berusia 48 tahun ini mengakibatkan mangsa koma selama 3 bulan, buta sebelah mata, masalah pekak yang serius serta berhadapan dengan 86 kali pembedahan. Kini setelah 2 tahun kesan asid tersebut masih lagi menghakis kulit dan hidungnya. Patricia berharap bekas kekasih yang telah menyembur asid ke tubuhnya dapat melihat sendiri kesengsaraan yang ditanggungnya. Richard Remes bekas kekasih Patricia kini menghadapi tuduhan cuba membunuh Patricia. Richard dilaporkan sudah berkahwin dan menjalinkan hubungan dengan Patricia, namun apabila Patricia ingin mengakhiri hubungan mereka, Patricia disembur dengan asid





bahan bukti, asid dan gambar Patricia dimiliki Richard








Bersama dengan penguamnya

sumber : yahoo dan Reuters

Hakim kata Kejam Tolak Hubungan Seks Suami

Nukilan Love Hijau


Mahkamah Tinggi di India memutuskan adalah kejam ,pihak isteri menolak hubungan seks dengan suaminya. Keputusan hakim tersebut adalah merujuk kepada kes perceraian dengan salah satu pasangan .Menurut keterangan si suami, isterinya menolak melakukan hubungan seks pada malam pertama mereka serta hanya dapat melakukan hubungan seks 10-15 kali sahaja sepanjang 5 bulan.Pasangan tersebut yang berkahwin sejak tahun 1991. Di samping itu pihak hakim dimaklumkan si isteri tidak bertindak balas dan hanya seperti'tunggul kayu' sewaktu melakukan seks. Pihak hakim menyatakan hubungan seks sangat penting untuk kebahagian rumah tangga dan menolak rayuan si isteri untuk bercerai. bagi negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi, perkahwinan di sana biasanya diatur oleh pihak keluarga dan perceraian jarang sekali berlaku.Namun tuntutan perceraian semakain tinggi akibat masalah kos hidup yang sangat tinggi di bandar

Lacurkan Isteri Dan Adik Ipar

Nukilan Love Hijau


Seorang ibu tua berada di dalam kesedihan apabila mengenangkan tiga orang anaknya dilarikan menantunya dan dijadikan pelacur. Peristiwa sedih ini bermula apabila anak perempuannya berkahwin dengan si suami yang dikatakan seorang mualaf.Namun akhirnya perbuatan menantu sulung terbongkar apabila berjaya 'menyihir' kedua-dua nadik iparnya yang sudah berkahwin untuk lari bersama-sama dengannya. Menurut sumber pihak polis, menantu'hantu' itu kini berada di negara jiran. Si ibu berharap pihak berkuasa dan orang ramai sudi membantu mengesan lokasi anak-anaknya serta cucunya yang turut dilarikan olah menantunya .

Gambar Pertunangan Irma Hasmie Bertunang

Nukilan Love Hijau on Ahad, 25 Mac 2012

via: beautifulnara.com



Irma Hasmie, seorang selebriti di TV Hijrah selamat bertunang semalam.Kesibukan pihak admin, langsung menyebabkan gagal untuk menulis entri tentang majlis pertunangan atau pun memberikan gambar pertunangan Irma Jasmie. Apa yang menariknya Irma Hasmie berhijrah dari 'free hair' ke arah bertudung serta berkerja pula di TV Hijrah,memang rezekilah tu, walaupun bertudung masih mempunyai peminatnya tersendiri.

Irma diapit oleh ibunya(kiri) dan bakal mertuanya.

Menurut Irma yang bertunang dengan dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan,31 tahun berkata, pertemuan mereka di Tanah Suci Mekah sewaktu mengerjakan umrah adalah pertemuan yang tidak disengajakan pada 14 Februari lalu. Pertunangan yang direstui oleh kedua-dua orang tua mereka berjalan dengan lancar semalam . Jika tidak ada aral melintang, Irma Hasmie dan pasangannya akan bernikah pada 1 Julai depan. Irma Hasmie tampak anggun dengan mengenakan pakaian serta tudung yang berwarna biru lembut, nampak ceria di hari pertunangannya. Pihak love Hijau berharap pertunangan ini akan diakhiri dengan majlis pernikahan dengan jayanya.

Tomok Menafikan Disantau

Nukilan Love Hijau on Jumaat, 23 Mac 2012


Tomok, atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, manafikan bahawa dirinya disantau.Heboh mengatakan sebelum ini,iaitu pada hari Isnin lepas,Tomok muntah-muntah darah. Penyanyi tersebut menyatakan dirinya kini mendapat rawatan susulan dan keadaan dirinya semakin pulih.Tomok menyatakan dirinya muntah-muntah darah akibat tersalah makan.Tomok merupakan penyanyi yang memenangi rancangan realiti TV yang menawarkan pulangan RM 1 juta, iaitu One In A Million. Sejak memenangi program itu vokalis band boy, New Boyz itu semakin murah dengan pelbagai tawaran berlakon dan nyanyian dengan pelbagai pihak.

100 Kerusi Parlimen Ambil Alih Putrajaya-LGE

Nukilan Love Hijau


Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan berkata bahawa Pakatan Rakyat hanya memerlukan 100 buah kerusi Parlimen u ntuk menguasai Putrajaya,Menurut Lim lagi pakatan Rakyat tidak mungkin akan memenangi semua kerusi parlimen. Pakatan Rakyat yang diasaskan bersama oleh PAS,PKR dan DAP memberikan saingan yang sengit pada pilihanraya tahun 2008 dengan memenangi lebih daripada separuh undi popular di kawasan Semenanjung Malaysia,iaitu sebanyak 80 kerusi parlimen daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.Melalui pilihanraya ke 12 itu Pakatan merampas Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta mengekalkan penguasaan terhadap Kelantan.

Namun begitu Lim Guan Eng menyatakan bahawa Pakatan Rakyat harus realistik, bahawa tugas tersebut bukan mudah,namun bukan juga mustahil.Ini kerana sokongan kuat terhadap Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak,dan pakatan katanya harus memenangi 1/3 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak untuk memudahkan tugas Pakatan Mengambil alih Putrajaya.Sehingga sekarang tarikh pilihan raya umum ke 13 (PRU 13 ) masih belum diketahui dan menjadi teka teki, walaupun berbagai pihak cuba memberikan jangkaan tarikhnya. Sebagaimana jangkaan bekas menteri Kewangan, Tun Daim, bahawa Pulau Pinang akan terus kekal di tangan Pakatan Rakyat dan ,sukar dirampas semula oleh Barisan Nasional pada pilhanraya akan datang

sumber: Malaysian Insider dan Yahoo

Gambar Kereta Lumba NASCAR

Nukilan Love Hijau



Ramai diantara kita sudah biasa menonton dan melihat secara live perlumbaan F1, ianya merupakan antara sukan motor ang dimintai ramai, tapi tahukah kita disamping F1 sudah ada perlumbaan motor yang tidak kurang hebatnya,iaitu NASCAR, rakan pembaca pernah menonton filem animasi Cars'? dah lama filem ini, namun ianya memperlihatkan kegilaan terhadap perlumbaan kereta NASCAR. NASCAR merupakan persatuan perlumbaan permotoran yang terbesar di USA, malahan, mencatatkan rating kedua tertinggi di TV USA selepas American Football. Mempunyai peminat melebihi 75 juta di seluruh, dan mempunyai litar lumba hanya di 4 negara ,USA,Jepun, Mexico dan Kanada. NASCAR ditaja oleh syarikat Fortune 500, sebuah syariat gergasi permotoran di sebelah barat. Apa kelebihan NASCAR ? ianya ialah kereta standard dari segi enjin, serta berjenama dan hanya ditambah dengan make up agar ianya cantik. Satu lagi ciri utamanya sering berlaku kemalangan.em...jom layan gambar














kredit pic:Photo By Jared C. Tilton/Getty Images Sun 2012

Pembeli Motosikal Online Tertipu

Nukilan Love Hijau


Diharapkan para pembaca dapat meneliti serta mengambil prosedur yang sesuai sebelum membeli barangan secara online, sebelum ini pun sudah ada yang tertipu, ingin membeli telefon dapat lesung batu dan sebagainya. Terbaru kesian kepada abang kita ini apabila niat ingin membeli sebuah motosikal,akhirnya duit pendahuluan sebanyak RM 1,850 lesap begitu sahaja. Menurutnya walaupun telah menyemak di JPJ tentang status pemilik dan juga saman trafik,penipuan masih juga berlaku. Setelah berurusan dengan telefon dan menyemak status di JPJ, sipenjual langsung tidak menghubunginya semula. Berhati-hatilah, sikap penjual sebegini memang akan memburukkan imej laman web jualan secara online. Ianya juga membuktikan bahawa masih ada dalam kalangan penjual online di Malaysia yang otak penipu serta tidak jujur. Di harap pihak admin laman web jualan terkenal di Malaysia ban penjual tersebut.

sumber: metro

Yuna Sebagai Duta Galaxy Note Samsung Malaysia

Nukilan Love Hijau on Khamis, 22 Mac 2012


Nampak rezeki Yuna memang murah, penyanyi wanita popular bertudung ini dengan rasminya dilantik sebagai Duta Galaxy Note Samsung. Perkara ini diumumkan oleh Lee Jui Siang yang merupakan ketua Samsung Malaysia.Yuna menyanyi wanita yang mencetuskan keunikan apabila muncul dipersana seni nyanyian dengan ime bertudung dengan membawa lagu-lagu kontemporari yang simple tetapi sedap dan bertenaga. Malahan buat pengetahuan rakan pembaca klip video terbaru Yuna, iaitu lagu Sparkle, dirakamkan sepenuhnya dengan menggunakan Samsung Galaxy Note. Klip video ini menjadi projek yang dinamakan Projek Sparkle.Pihak kami mengucapkan tahniah kepada Yuna



Anak Rozita Che Wan Dijumpai Semula

Nukilan Love Hijau


Dunia hiburan dan juga dunia facebook serta twitter Malaysia heboh seketika apabila tempoh hari apabila anak aktres jelita, Rozita Che Wan dilaporkan hilang. Namun akhirnya, anak lelakinya itu telah ditemui di dalam keadaan selamat. Apa yang berlaku sebenarnya anak Rozita Che Wan dikatakan merajuk kerana si emak melebihkan atau memanjakan si abangnya. Anak lelaki Rozita Che Wan yang berumur 14 tahun dikatakan telah ditemui dirumah kawannya di USJ Subang Jaya ,setelah ramai pihak termasuklah pihak polis terlibat di dalam aktiviti mencari anaknya tersebut.

Kehilangan anak jelitawan itu telah menimbulkan fenomena hebat di dlam laman sosial, twitter.Namun menurut Rozita kehilangan anak lelakinya itu telah menyebabkan dirinya panik ,namun tindakan pantas orang ramai dan juga pihak polis serta rakan-rakan aktres tersebut membolehkan lokasi anaknya dikesan berada di dalam keadaan yang selamat.

Nampaknya bukan senang untuk menjaga hati si anak,bagaimana pulak si anak mahukah mereka menjaga hati kedua ibu bapa mereka. Tambahan pulak negara heboh dengan pelbagai kes penculikan serta pembunuhan kanak-kank dan juga remaja.

sumber: yahoo

Liyana Jasmay Pilih Senior Sebagai Bakal Suami

Nukilan Love Hijau


Aktres terkenal Liyana Jasmay akhirnya mengumumkan pertunangannya dengan bekas senior sekolahnya dahulu. Aktres ini akan melansungkan pertunangannya pada 28 mac ini dengan Fathudin Mazlan, seoarang ahli perniagaan berumur 28 tahun. Perkenalan selama 2 bulan telah membibitkan perasaan cinta sehingga mereka berdua bersetuju untuk mengikat pertunangan dan dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada awal tahun hadapan.

Menurut Liyana lagi bakal tunangnya itu turut tinggal di kawasan kejiranan mereka itu, pada awalnya tidak menyangka Liyana seorang artis, cuma setelah berkenalan barulah ,bakal tunangnya itu mengetahui bahwa Liyana merupakan artis yang popular.Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 dan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini juga dijangka kursus jangka pendek selama enam bulan dalam jurusan penulisan skrip dan pengarahan di New York Film & Academy, New York bermula Julai ini.

Lional Messi Penjaring Gol Terbanyak Barcelona Sepanjang Zaman

Nukilan Love Hijau



Penyerang berbisa kelahiran Argentina ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan penyerang yang mempunyai daya penyudah yang sempurna di depan gawang gol.Messi yang berda dipuncak kegemilangannya kini dicatatkan sebagai penjaring gol terbanyak bagi kelab Barcelona mengatasi Cesar Rodriguez bagi kelab terkenal dari Sepanyol itu. Dengan jaringan gol sebanyak 232 pada usia 24 tahun ianya menjadi sejarah catatan jaringan gol terbanyak Barcelona sepanjang zaman. Dianggap mempunyai kemahiran seperti lagenda Argentina ,Diego Maradona dan jugaOmar Sivari, Messi sudah menjulang 18 gelaran di dalam lapan musim bersama kelab Barca.

Messi dianggap sebagai penyerang terbaik di dunia oleh lagenda bolasepak Belanda ,John Cruyff dan memenangi gelaran tiga anugerah Ballon d’Or. Messi pada awalnya bermain untuk kelab terkenal dari Argentina,River Plate yang sudah semestinya menyesal kerana tidak menggilap sepenuhnya potensi pemain bertubuh kecil ini. Walaupun tubuh Messi dianggap kecil dan rendah,daya penyudah dan bijak menyelesaikan hantaran yang diberikan kepadanya amat penggerunkan barisan pertahanan lawan.Messi sekali lagi berada di kemuncak prestasinya semalam dan menjaringkan hatrik untuk kemenangan Barcelona ke atas Granada, 5-3 di Nou Camp.

Download Sukatan STPM 2012 dan Maklumat STPM 2012

Nukilan Love Hijau on Rabu, 21 Mac 2012

Berikut adalah maklumat terkini tentang sistem pengajaran dan pembelajaran secara modular STPM Tingkatan 6 yang baru. Ianya merangkumi panduan umum tentang sistem pengajaran dan peperiksaan STPM baru 2012/2013 , sukatan pelajaran baru bagi semua subjek STPM, termasuklah sukatan pelajaran baru Pengajian Am 2012 yang berasaskan kepada sistem modular yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Malahan pihak kami turut menyediakan link download Panduan Umun Penilaian Berasaskan Sekolah bagi STPM 2012. Ianya merupakan salah satu ciri tambahan yang menarik untuk STPM baru berbanding dengan sistem lama. Dengan sistem baharu STPM ini maka mungkin banyak perubahan juga akan berlaku terutamanya dari segi pengajaran dan pembelajaran, kerana sistem baru ini memperkenal sistem peperiksaan mengikut semester dan bukan lagi menunggu sehingga hujung tahun untuk final exam sebenar, sebaliknya sistem baru berasaskan penggal, dan setiap penggal akan terdapatnya peperiksaan. Makluman ini adalah terkini,untuk maklumat paling baru rakan pembaca boleh ke sini


Download Sukatan Pelajaran STPM Baru 2012


Download Panduan dan Skema Peperiksaan STPM 2012


Download Panduan Umum PBS STPM 2012

Gambar Arca Cermin - Predator 1987

Nukilan Love Hijau

Salam buat semua dan lama tak menulis, sejak pulang dari umrah tempoh hari . Hari ini ingin berkongsi dengan semua rakan pembaca tentang arca cermin yang unik. Merupakan hasil karya Rob Mulholand di kawasan hutan Scotland. Ianya mengingatkan kembali filem Predator yang dihasilkan pada tahun 1987,lakonan Arnold Schwarzenegger, bagaimana makhluk asing mampu menyamar dengan begitu baik sekali di dalam hutan, serta dubbing suara unggas di hutan sebagai vokal makhluk asing tersebut...jom layan












Gambar Menyelam Bersama 8 Juta Obor-Obor

Nukilan Love Hijau on Jumaat, 2 Mac 2012

Jom kita lihat bagaimana beraninya penyelam ini menyelam bersama 8 juta ( anggaran aje ) obor-obor. Obor-obor ini mendiami kawasan tasik di Pulau Palau . Pulau Palau juga merupakan negara kecil yang terletak 800km dari timur Filipina, tak pernah dengar? tak pe...,negara nie baru aje dapat taraf negara dari UN atau PBB sejak 1994. jom layan gambar unik dan pelik nie,mungkin obor-0bor ini tidak berbahaya, tetapi jangan obor-obor kotak atau jellyfish box dah le


wow,seronoknya dibelai obor-obor




Telalu banyak jumlahnya



Gambar dari dalam tasik




Lokasi tasik dari udara



Jururawat Ketagihan Makan Sabun Dan Span

Nukilan Love Hijau on Khamis, 1 Mac 2012


Kerry Trebilcock berasal dari London menjadikan sabun dan span sebagai makanan utamanya. Jururawat ini menyatakan setakat ini beliau sudah pun memakan 4000 span dan 100 ketul sabun. Walaupun mengalami masalah sakit perut yang teruk kerry gagal untuk berhenti dari tabiatnya.


Menurut Kerry lagi sabun yang menjadi pilihan termasuklah yang berperisa lemon dan limau nipis. Malahan jururawat itu menjadikan span sebagai snek yang dicicah dengan coklat panas atau teh.Malahan span juga turut dicicah dengan sos tomato atau BBQ.Ianya menjadi bekal kepada Keryy jika ingin keluar rumah atau bersiar-siar.Keinginan untuk memakan makanan pelik ini bermula bila kerry mencuba memakan span yang baru dibelinya sekadar suka-suka sahaja.Namun selepas memakannya Kerry merasa kepuasan dan kekenyangan.Kini tabiat pemakanan peliknya itu sukar untuk diubah lagi. Malahan pada Kerry kepuasan memakan sapan akan lebih terasa bila dicicah dengan sos atau minuman panas.

Kerry sebenarnya ialah pengidap penyakit Pica,iaitu tabiat memakan benda yang bukannya makanan sebenar atau benda bukan nutrien.korang boleh ke sini untuk bacaan lanjut.Semoga Allah jauhkan kita dari penyakit ini.

sumber

Gambar Setahun Selepas Tsunami Di Jepun

Nukilan Love Hijau


selepas tsunami 2011

sekarang 2012





Semasa tsunami 2011

sekarang 2012







Sewaktu tsunami 2011

sekarang 2012






Selepas tsunami

Sekarang






Selepas tsunami

Sekarang, kapal sudah dialihkan








semasa tsunami



sekarang