Cara Percuma Edit Fail PDF Hanya Guna Browser

on Jumaat, 27 April 2012

Selalunya fail PDF sukar untuk diedit ,kecuali dengan menggunakan beberapa software tertentu yang biasanya, berbayar atau mempunyai limited.Malah ada juga yang menggunakan crack untuk menjadikan software tersebut sebagai unlimited. Sebenarnya terdapat cara yang mudah nak edit fail PDF, tanpa download dan tanpa installation . Hanya menggunakan PDFescape,melalui browser seperti Mozilla, Chrome, Internet Explorer atau Opera sahaja pun sudah memadai.Ianya memang berbaloi kerana PDFescape ini terus boleh digunakan.Caranya mudah sahaja.

langkah 1

Buka PDFescape







Langkah 2

Daftar dahulu untuk buka akaun,boleh juga terus edit tanpa daftar tetapi sekali sahaja, boleh anda edit fail PDF,jika berdaftar terpulang kepada seberapa banyak fail yang anda ingin edit.


Langkah 3

Sudah daftar, anda terus boleh edit fail PDF yang anda mahukan, hanya upload fail ke site PDFescape ini sahaja,cari link 'edit PDF files'





Langkah 4

Terus upload file PDF ke PDFescape



Langkah 5

Seduah selesai upload, paparan ini akan muncul,sekarang anda boleh edit fail PDF tersebut dan savekan nya. terpulang kepada anda. Butang whiteout berfungsi seperti pemadam, klik butang tersebut an dragkan ke perkataan yang anda ingin padamkan.Terdapat juga butang text -untuk tambah teks atau perkataan serta borang. Selamat mencuba.



Gambar dan Fakta Gunung Roraima Unik Dan Misteri


























Mungkin rakan pembaca pertama kali mendengarnya.Namun Gunung Roraima ini merupakan antara keajaiban ciptaanNya di Amerika Selatan. Gunung Roraima merupakan gunung yang unik dan penuh misteri kerana kemuncaknya yang rata,luas serta sentiasa diliputi awan.Jom kita kaji gunung nie.

  • Gunung Roraima dimiliki oleh 3 sempadan negara, Guyana, Venezuela dan Brazil.
  • Diterokai oleh Sir Walter Raleigh penjelajah Inggeris pada tahun 1596.
  • Mempunyai ketinggian 2801 meter dan lebar 2338 meter persegi
  • Gunung berbentuk meja ini terdiri daripada batuan pra sejarah
  • Merupakan sebahagian taman negara Venezuela, Taman Negara Cainama.
  • Terdpat pelabagai jenis tumbuhan unik di sini termasuklah periuk kera
  • Di sini jugalah terdapatnya air terjun tertinggi di dunia,Angel Fall.
  • Sebelum kedatangan orang Inggeris, gunung ini penuh dengan mitos dan lagenda bagi orang asli di kawasan pergunungan tersebut
  • Pihak penerbitan filem terkemuka, Disney dan Pixar menjadikan gunung ini sebagai inspirasi atau latar di dalam filem mereka.
  • Merupakan salah satu slot Animal Planet dan Discovery Channel,dengan tajuk The Lost World.
  • Gunung ini akan terus menjadi ikon yang popular di seluruh dunia ,atas sifat fizikalnya yang lain dari yang lain

Video dan Gambar Android (Robot ) Wanita Yang Cun

on Khamis, 26 April 2012


Jepun menghasilkan sebuah android atau robot yang sangat hampir menyerupai manusia sebenar. Jangan terkejut jika android ini akan menyambut anda jika ke Jepun atau Hong Kong. Mempunyai fizikal dan wajah seperti wanita Asia timur yang tipikal, android ini membuktikan teknologi Jepun selangkah ke hadapan. Ianya merupakan antara generasi android paling pintar di dunia dan berti ndak seolah-olah mempunyai tindakan manusia biasa

Menurut Hiroshi Ishihguro pencipta robot berkenaan, yang dinamakan Geminoid F, robot ini antara yang paling murah dihasilkan iaitu ,USD 110,000. Mempunyai 65 arahan kelakuan serta memek muka seperti manusia biasa.Android yang cantik ini telah pun menimba'pengalaman berkerja di supermarket atau pasaraya besar di Jepun sebagai penyambut tetamu. Pelbagai kelakuan boleh dibuat oleh robot ini ,antaranya memberikan senyuman, mengelip mata dan sebagainya. Kulitnya pula dibuat daripada silikon yang sebelum ini memang terkenal sebagai bahan membesarkan payu dara.






Persoalannya, jika R&D terus dimajukan, mampukah android seperti Geminoid F menjadi sahabat manusia. Jika sebelumnya robot memang berguna untuk berkerja di bahagian yang kecil atau berbahaya, generasi robot wanita ini sudah pastinya akan menjadi rakan sosial bagi masyarakat Jepun, jangan disalah guna sudah la...maklumlah robot wanita, cantik pulak tu.

sumber

Gambar 10 Kereta Super Paling Pantas Di Dunia 2012

on Rabu, 25 April 2012

Kereta super berada di dalam kelasnya tersendiri.ianya dibina untuk kelajuan tetapi dengan ciri keselamatan dan juga keselesaan pemanduan. Senarai kereta ini sekadar perkongsian,maklumlah harganya terlalu mahal,malahan tidak keterlaluan,ianya berada di dalam kelas yang tersendiri,dengan kelajuan yang terhebat serta reka bentuk penuh dengan sporty dan juga canggih. Jom kita lihat kereta-kereta nie... jika kereta kita ,macam kete admin aje ..proton wira aje..tak payah nak bawa laju sangat,maklumlah ciri keselamatan standard aje...jadi bawah-bawah kenderaan tu pun standard ajelah ..tak payah laju-laju sangat... bagi pengemar game Need For Speed..inilah spesifikasi kereta yang menepati kereta di dalam game tersebut...



Bugatti Veyron Super Sport


Kereta ini mempunyai 1200 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 460 km sejam atau 286 mph. Berkuasa enjin turbocharge dan intercooler yang besar,ianya datang dengan harga USD 2.4 hingga 2.6 juta. Merupakan antara kereta paling laju di jalan raya buat masa kini.




Hennessey Venom GT


Kereta ini berharga USD 1 juta ke atas. Mempunyai kelajuan tertinggi 260mph.Mempunyai 1200 kuasa kuda dan mempunyai enjin turbocharge v8




Koenigsegg Agera R



Susah nak sebut nama kereta nie, senang panggil aje Agera.Mempunyai 1140 kuasa kuda,mempunyai enjin v8 .Mempunyai tempat pemandu dikiri atau kanan,kereta ini berharga USD 1.6 juta untuk tahun sebelum 2013. Namun jika anda mahu menukar tayar supaya sesuai dengan musim sejuk atau panas, sila tambah USD 12,000 ..untuk tukar tayar aje.... Mencapai kelajuan 0-60 km sejam untuk 2.6 saat.





SSC Ultimate Aero

Berharga 650k,mempunyai enjin v8 dengan kuasa kuda 1287.Boleh memecut dengan kelajuan tertinggi 257.4 mph atau lebih kurang 399 km sejam...





Saleen S7 Twin Turbo



Mempunyai 2 enjin turbo berkembar dengan harga USD 585,000 ,itu pada tahun 2002,mempunyai keupayaan 1000 kuasa kuda dengan enjin v8.Kelajuan maksimum 399 km sejam



Koenigsegg CCX




Generasi bagi kereta Agera,namun masih mampu berkuasa di jalan raya walaupun tidak sehebat Agera di atas.Kereta buatan Sweden ini hanya di pasaran USA,datang dengan harga 500,000 USD.Mempunyai enjin v8 dengan 806 kuasa kuda.Mampu memecut maksimum anggaran 394 km sejam.


McLaren F1


Mungkin kita dah biasa dengar nama ini, lihatlah kereta ini berada di kedudukan berapa... Sepanjang tahun 1992 hingga 1998 hanya 106 buah dikeluarkan.Mempunyai enjin v12 dengan kelajuan 386 km sejam



Zenvo ST1


Menggunakan enjin BMW v8 dengan kelajuan maksimum 374 km sejam.Harga bermula dengan USD 1.8 juta,hanya dikeluarkan 3 buah aje setiap tahun.




Noble M600


Kereta buatan tangan dari UK ini mempunyai speed tertinggi 360 km sejam. Mempunyai enjin v8 dengan turbocharge berkembar serta 650 kuasa kuda. Harga dipasaran USD 300,000 ke atas.




Gumpert Apollo


Kereta yang dicipta untuk trek perlumbaan dan juga kegunaan di jalanraya biasa. Mempunyai top speed 360 km sejam ,dilengkapi dengan enjin v8

kredit : Wall Street Journal

Duit Syiling Lama Paling Mahal Di Dunia , Melebihi USD 1 Juta

on Ahad, 22 April 2012




Gambar duit syiling lama ,antara paling mahal di dunia,keluaran tahun 1792











Berikut adalah duit syiling dari USA keluaran tahun 1792 yang dilelong melebihi 1 juta USD. kali terakhir ia dilelong ialah pada tahun1974, namun pada waktu itu nilainya sekitar USD 105,000 sahaja. Dilelong oleh Haritage Auction,duit syiling kecil itu antara 40 duit syiling seumpamanya yang dihasilkan pada tahun tersebut , paling mahal di dunia yang dilelong.


sumber

Rekod Dunia Guinness Paling Kecil,Paling Besar dan Paling Aneh

Berikut adalah koleksi rekod dunia tentang manusia-manusia yang dianggap mempunyai kebolehan luar biasa,unik dan paling aneh oleh Guinness World Record. Mereka antara memegang rekod yang bolehlah dianggap sebagai pencapaian luar biasa,jom kita lihat

Etibar Elchiyev, merupakan pemegang rekod menahan sudu paling banyak didunia, tanpa gam tanpa sebarang pelekat ,iaitu sebanyak 50 sudu pada badannya.


Chris "The Duchess" Walton pemegang rekod kuku paling panjang di dunia,iaitu rekod sejak 2011 dengan ukuran kuku paling panjang di dunia iaitu 10 kaki 2 inci.




Pemegang rekod dunia terkini badan yang dipenuhi oleh lebah oleh She Ping, rakyat China berumur 32, dengan menahan bebanan 31.1 kg berat lebah di badannya atau 331,000 ekor lebah di badannya ,mengatasi rekod sebelumnya,iaitu 26.8 kg berat lebah.








Sandwich terbesar di dunia, dihasilkan oleh syarikat Bimbo di Mexico.Sandwich tersebut mempunyai berat 3,178 kg !, mencatat rekod dunia ...kalau nak buat kenduri pun boleh jugak...






Pemegang rekod dunia, meletakkan telur di hujungnya tanpa jatuh dan seimbang, Brain Spott berjaya menyeimbangkan 439 biji telur mengatasi rekod sebelumnya 420 biji telur.Brain sanggup bertolak dari USA ke Australia, semata-mata untuk meletakkan namanya di dalam rekod dunia.






Beg troli paling besar di dunia.Dicatakan sebagai rekod dunia di Pameran Eksport Komoditi China..157 cm X 115 cm.





Sofa paling besar di dunia, 7 meter panjang dan 2 meter tinggi ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan. Pemiliknnya di Jordan berharap ianya menjadi rekod dunia sofa paling besar di dunia..siap boleh sembahyang zohor lagi di atasnya.




Haiwan juga boleh mencipta rekod, Pygmy Marmoset, direkodkan sebagai monyet paling kecil di dunia dijumpai di Peru,itu pun kerana sekatan polis, monyet ini terlalu kecil hanya sebesar sekumtum bunga dan dianggap sebagai haiwan primitif yang sangat terancam.





Bawang putih paling besar di dunia, dipamerkan di Pameran Bunga Harrogate.Tukang kebun, Peter Glazebrook dianugerahkan rekod bawang putih paling besar di dunia dengan berat 8.150kg





Seramai 42 penyelam menyertai latihan tarian, tetapi di dalam air di Pusat Akuatik Olimpik Australia,ianya satu rekod dunia...emmm macam-macam






Rekod bola getah paling besar dan paling berat, 2084 kg di USA,rekod dunia..







Cerut paling panjang di dunia, 81.8 meter di Cuba






Rekod manusia memeluk pokok paling ramai di dunia selama 2 minit di Nepal ini disertai oleh 879 peserta.Ianya sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2011.







Lelaki Paling Banyak Bertindik dipegang oleh lelaki German ini. Rolf Bucholz mempunyai 453 tindik pada waktu itu,Oktober 2011.







Pakaian pengantin perempuan paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 2750 meter, di Belgium,mengambil masa 100 hari untuk disiapkan.






Menara daripada mainan bata lego paling tinggi di dunia, di Norway, sepanjang 30,22 meter






Lukisan 3D jalanan paling besar di dunia dicipta di UK oleh artis Joe Hill's, iaitu 1120 meter persegi




Pemegang rekod dunia, pemain gelang hoop paling banyak di dunia, iaitu 300 gelang hoop dari China, Jin Linlin


dan banyak lagi rekod di dunia,sekadar perkongsian....


sumber

Reuters & AP

"Lelaki " Pertama di Dunia Mengandung Berpisah dengan Isterinya

on Sabtu, 21 April 2012


Thomas Beatie yang melakukan pertukaran jantina dari seorang perempuan kepada seorang lelaki dilaporkan sudah pun berpisah dengan isterinya Nancy setelah hidup bersama sejak 9 tahun yang lalu. Beatie menimbulkan kontroversi pada tahun 2007 dengan pertukaran jantinanya dan mengambil pil hormon lelaki sejak dari tarikh tersebut.







Lelaki ( wanita ),Beatie di sebelah kiri bersama dengan 3 orang anak yang dilahirkan melalui pendermaan sperma dan isterinya Nancy

wajah asal Beatie sebagai wanita tulen, Tracy Lagindino: via link

Dilahirkan sebagai bayi perempuan Thomas Beatie pada awalnya dinamakan sebagai Tracy Lagindino. Kemudiannya menukarkan jantina kerana ingin berkahwin dengan Nancy,kerana jatuh cinta dengan wanita tersebut. Beatie terpaksa menukarkan jantina menjadi lelaki tahun 2002 kerana undang-undang perkahwinan di Hawaii tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Namun walaupun mengubah penampilannya kepada lelaki, Beatie mengekalkan organ rahimnya dengan menolak melakukan pembedahan menukarkan organ seksnya kepada lelaki. Beatie kemudiannya berkahwin dengan Nancy, seorang perempuan tulen.Namun Nancy tidak mampu mengandung lagi. Daripada perkahwinan tersebut Beatie berjaya melahirkan 3 anak melalui pendermaan sperma. Pasangan tersebut kini mempunyai 3 lahir dari Beatie dan dua lagi ialah anak Nancy dengan pasangannya sebelum itu. Beatie mengemparkan dunia dengan pengumumannya serta mendedahkan gambar dirinya mengandung di dunia sebelumnya.


- huru hara nampaknya bila manusia mengubah ciptaan Allah yang sudah terbaik..perempuan nak jadi lelaki, lelaki nak jadi perempuan,melanggar fitrah dan hukum Allah,hidup tidak bahagia,bahagia bukan di mata, bahagia di hati.


sumber

Slip Gaji Online @ e- Gaji dan Penyata Gaji Tahunan Online

on Jumaat, 20 April 2012





Sebenarnya dah lama, namun pihak admin masih belum sempat nak buat entry tentang slip gaji gaji tahunan yang sebenarnya boleh dicetak secara online. Begitu juga untuk mendapatkan Penyata Tahunan juga boleh didownload secara online sahaja. Caranya begitu senang sekali, kerana melalui e- penyata gaji online ini, ianya terus boleh didownload atau dicetak terus. Kalau rakan pembaca sudah tahu pergi terus ke login semak e gaji / penyata gaji online atau penyata tahunan pendapatan online


Langkah 1




Langkah 2

Buka e penyata Gaji dan laporan,iaitu daftar dahulu jika rakan pembaca masih belum mempunyai, akaun.simple aje nak daftar,masukkan no kad pengenalan, no gaji, serta password atau kata laluan anda.Jangan lupa juga sertakan jawapan bagi soalan keselamatan yang disediakan



Langkah 3


Kalau rakan pembaca sudah mendaftar atau sudah tahu stepnya just klik ke login e gaji nie aje.isikan no kad pengenalan dan juga password anda.Done, akan keluar penyata gaji atau slip gaji online di dalam bentuk PDF. Terus download ke komputer anda atau cetak aje.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.