Salam buat semua rakan pembaca... dah lama blog tidak berupdate, pihak admin terlalu sibuk dengan tugasan kerja dan urusan lain,selain masalah kesihatan kurang mengizinkan. Hari ini nak ajak pembaca layan gambar restoren yang pelik dan unik di seluruh dunia.terpilih ajelah...Peliknya kerana restoren ini lain-dari yang lain dari segi reka bentuk meja atau kerusi, hiasan dalamannya atau pakaian perkerja atau pelayan restoren nie...
Restoren yang terletak di China ini mempunyai hiasan dalaman berbentuk telur.

Peliknya, kerana menggunakan mangkuk tandas sebagai kerusi, serta meja dari sinki di bilik air.Restoren bertemakan tandas ini terletak diwilayah Guangdong, selatan China.

Restoren yang terletak di Brussels Belgium ini menggunakan kren, tingginya 50 meter ..terletak bandaraya tersebut.

Restoren tanpa lampu,sememangnya pelik terletak di Hollywood USA,melayannya? pelayan restoren terdiri dari OKU yang cacat penglihatan yang cekap dan berpengalaman.

Bagi rakyat Argentina, boleh makan dan minum sentiasa bersama dengan patung bekas Presiden mereka,Juan Peron di restoren 'Un Cafe Con Peron' atau Minum Kopi Bersama Peron'

Rakyat British yang berniaga di Berlin German,menggunakan sepenuhnya bahan buangan dari tempat pembuangan sebagai bahan utama ,membina restorennya

Bertemakan baseball, semua pelayan memakai pakaian sukan ini di Tokyo Jepun.

Restoren di Taipei,pelayan memakai uniform jururawat serta peralatan hospital sebagai asas penyediaan makanan.!

Restoren pontianak,di Bucharest.

Restoren yang dinamakan Heart Attack Grill, Arizona USA ini bertemakan pakaian di hospital.korang tengok le burgernya...memang kena buat bypass le kalau makan selalu di sini.
kredit: REUTERS