Video Lelaki Gunakan Roda Hamster Rentasi Lautan Ireland

on Khamis, 27 September 2012














Kisahnya memang pelik. Bagi Chris Todd ianya tidak menjadi masalah, bersama dengan isteri dan rakan-rakannya, mereka membina kapal yang mempunyai fungsi seperti roda hamster. Chris merentasi lauatan dari Wales ke Ireland hanya menggunaka kapal roda tersebut. Dengan berbekalkan hanya 30 liter air dan juga 60 coklat bar pemberi tenaga segera, Chris berjaya menamatkan  usahanya merentasi lautan sepanjang 66 batu tersebut. Menurut Chris yang juga merupakan seorang jurutera, perjalanannya sangat mencabar, seperti melalui maraton ulang alik  sebanyak 10 kali.Chris melakukan aski beraninya ini sebagai usaha sumbangan kepada Persatuan Orang Buta.

Video Demontrasi Bantahan Innocence of Islam Terbaru

on Sabtu, 22 September 2012









Waiting For The Call- Inspirasi Buat Semua Jemaah dan Bakal Jemaah Haji

on Khamis, 20 September 2012


 Sususan muzik dan suara yang indah menghasilkan lagu yang memberikan semangat dan motivasi kepada jemaah haji dan umat Islam keseluruhannya. Lagu dari Irfan Makki ini memang sesuai dan menarik, liriknya yang puitis dan membenarkan seruan Nabi Ibrahim dan perintah Allah agar umat Islam menunaikan ibadat  haji. Kepada semua jemaah Malaysia semoga selmat berangkat dan selamat kembali mendapat haji mabrur..Insyallah

Gambar Mumia Chinchorro Lebih Tua Daripada Mumia Firaun

on Selasa, 18 September 2012






Menjejaki mumia di Mesir sudah menjadi kebiasaan . Malahan kisahnya Firaun turut dirakam oleh Allah sebagai panduan dan pengajaran kepada manusia. Cuma kali ini lovehijau nak mengajak pembaca mengenali mumia masyarakat purba Chile iaitu Chinchorro, di mana mumianya masih terpelihara dengan baik walaupun usianya lebih tua dariapada mumia Firaun

Masyarakat Chinchorro merupakan masyarakat purba di sepanjang pantai Chile dan Peru. Cumanya menjadi persolan saintis ialah bagaiman mereka boleh mengekalkan pakaian, rambut, kulit pada mayat yang berusia beribu-ribu tahun sebelum kewujudan mesir purba? Kebanyakan mumia dijumpai di kawasan gurun Atacama di Chile, apakah dengan cuaca melampau namun berhampiran atau ditanam di lumpur menyebabkan mumia tersebut boleh bertahan lama? Masyarakat Chinchorro merupakan masyarakat nelayan purba di dua negara tersebut menjadi rujukan saintis yang masih belum menemukan jawapan terhadap fizikal mumia yang masih terpelihara dengan baik jom layan gambar mumia nie..


The Mummy Return.... sejak 5050 sebelum Masihi



Teknologi awetan yang berbeza dengan mesir purba



Potret keluarga










kredit : national geographic

Rahsia Sejarah Perang Dunia Kedua : Unit 731 Tentera Jepun

on Jumaat, 14 September 2012



Terlalu kurang atau hampir tiada langsung buku-buku sejarah menceritakan tentang unit 731 tentera Jepun. Unit 731 merupakan kisah sejarah yang amat menyedihkan serta menyeramkan bagi sejarah Perang Dunia Kedua. Unit ini diletakkan dibahagian timur laut negara China di wilayah Pingfang sewaktu penaklukan tentera Jepun di sana. Tugas unit ini adalah mengkaji, menghasilkan serta menguji senjata biologi. Ianya menjadi jenayah perang yang sangat kejam, kerana mangsa adalah tawanan perang yang disuntik atau diberikan dengan pelbagai bakteria serta mikroorganisma yang sangat berbahaya.




Pelbagi ujian di jalankan terhadap mangsa, malahan banyak mangsa yang sudah dijangkiti dengan penyakit akan dibedah hidup-hidup tanpa alatan bius. Terdapat juga mangsa yang diletupkan,terdapat juga tawanan wanita yang dirogol, kemudianya mengandung. Unit ini menyuntik pelbagai bakteria yang berbahaya di kawasan kemaluannya, kesannya amat menyedihkan,kemaluannya dijangkiti kuman yang teruk,Malahan sewaktu musim salji, magsa didera ( diuji ) dengan salji. mereka dibiarkan sejuk sehingga kulit dan isi menjadi hitam , akhirnya, semua mangsa akan dibunuh, biasanya disuntik dengan racun. Senjata pemusnah besar-besaran yang dicipta oleh oleh unit ini tidak kesampaian diuji sepenuhnya kerana Jepun akhirnya menyerah kalah akibat bom atom yang menghancurkan dua bandar utama negara mereka.

Senjata pemusnah sekarang sudah tentunya adalah senjata nuklear. Negara seperti USA yang begitu prihatin dengan negara lain supaya tidak mengelurakan senjata nuklear juga sebenarnya memiliki senjata nuklear yang tidak di ketahui dengan jelas jumlahnya...alangkah ironinya... Begitu juga dilaporkankan Presiden syria ingin menggunakan senjata kimia untuk menghadapi mujahiddin di negara yang bergolak itu.....





sumber gambar : link

Venus, Kucing Mempunyai Dua Wajah

on Khamis, 13 September 2012


Jom kita lihat kebesaran Allah .kewujudan Venus, seekor kucing jantan yang mempunyai 2 wajah berbeza menimbulkan kekaguman para saintis. pelbagai teori diberikan . Venus seekor kucing jantan mempunyai bulu berwarna hitam dengan mata kekuningan serta sebelah mukanya lagi mempunyai bulu berwarna kuning dengan mata biru yang tipikal dengan kucing Siam . Para saintis menyatakan ianya mungkin melibatkan aktiviti sel serta DNA di tubuhnya. seolah-olah wajah venus adalah cantuman 2 ekor kucing yang berbeza. Apakah ianya satu-satunya kucing berwajah dua di dunia?




Video Masakan Haiwan Terpantas, Masih Bernyawa Di dalam Pinggan

on Rabu, 12 September 2012


Klip video nie, rasanya di China,kalau tak salah le,pertandingan masakan yang terlalu pantas sehinggakan haiwan masih bergerak-gerak di dalam pinggan ,itu belum ambil kira aspek kebersihan lagi . Sehingga tahap menyeksa haiwan . Sebab itulah pilihlah makanan yang halal, bersih dan sempurna adalah keutamaan di dalam Islam. Jom Layan klip video nie.




10 Tempat Bakteria Yang Diabaikan Manusia

on Isnin, 10 September 2012


Tahukah rakan pembaca sekelian,di sekeliling kita terutamanya di kawasan tertentu dipenuhi dengan bacteria. Terdapatnya bakteria yang berbahaya seperti Salmonella atau pun E coli. Mari kita lihat kawasan hot spot bagi bakteria terutama di kawasan di dalam rumah.Aspek kebersihan sering kali diabaikan oleh kita terutama kanak-kanak. Malahan orang dewasa pun fail jugak..



1. Tandas


Tandas merupakan tempat paling banyak bacteria,maklumlah ia menjadi tempat pembuangan sisa kumuhan manusia. Oleh kerana itu jangan abaikan ,selepas ke tandas basuhlah tangan anda dengan sempurna. Gunakan sabun dan jangan cuci ala kadar aje. Bakteria terlalu banyak di sana,cumanya manusia bernasib baik, sistem badan masih kuat. Bayangkan jutaan bakteria bertaburan dan berterbangan sewaktu atau selepas aktiviti kumuhan tersebut. Kebersihan tandas juga perlu diberi keutamaan. Ianya mesti dicuci setiap hari dengan menggunakan sabun anti bakteria atau yang sesuai denganya.

2. Hand Phone

Jangan terkejut , kerana kita selalu abaikan perkara ini. Maklumlah sewaktu seharian kita pegang atau sentuh pelbagai benda,malahan hand phone atau telefon bimbit turut kita pegang. Jadi basuhlah tangan sewaktu ingin menyentuh makanan.

3. Duit syiling

Duit syiling turut menjadi tumpuan bakteria sebenarnya.sentiasa bertukar tangan ianya menjadi tumpuan bakteria

4. Tombol pintu.

Tombol pintu sentiasa dipegang dan dipulas, jadi sudah tentunya menjadi tumpuan bakteria terutama dengan tangan yang tercemar.

5. Pisau

Sepatutnya pisau di dapur sentiasa dibasuh dan dikeringkan dengan baik. Elakkan menggunakan piasau yang sama untuk memotong daging juga digunakan untuk memotong buah-buahan atau kek. Aktiviti seperti di kawasan kantin sekolah contohnya, kebersihan alatan memasak perlu diberi keutamaan

6. Bekas sampah

Tong sampah atau bekas sisa makanan di dalm rumah sepatutnya ditutup dengan rapi. Ini boleh mengelakkan lalat dari sampai dan menyebarkan pelbagai penyakit.

7.Botol susu

Botol susu anak sepatutnya dipastikan kebersihan yang mencukupi. Putting susu yang sudah lama sepatutnya ditukar dengan yang baru. Rebus botol susu dan putting susu anak dengam kerap boleh mengelakkan keracunana makanan. Ini Kerana botol susu juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria.

8. Sinki

Singki terutamanya di tandas adalah tempat bacteria berkumpul, semestinya sinki dijaga dengan rapi pastikan sentiasa bersih

9. Pen

Bunyinya memang pelik? Tetapi itulah hakikatnya, sebab itulah tangan perlu dibasuh dengan sebaiknya, walaupun hanya dengan memegang pen.

10. Tangan

Hakikatnya tangan merupakan anggota manusia yang paling mudah terdedah kepada bakteria.Oleh kerana itulah sebelum makan, pastikan tangan dibasuh dengan sempurna, maksudnya bukan basuh gitu-gitu aje..sebaliknya di bahagian dalam dan luar tapak tangan serta dicelah-celah jari. Sesunguhnya kebersihan itu adalah sebahagian dari Iman.

Nak Trafik Percuma Dari Google ?

on Jumaat, 7 September 2012


Trafik merupakan perkara yang sangat penting kepada webmaster mahu pun blogger. Dengan trafik yang datang dari enjin carian seperti google,maka lebih mudah sesuatu web atau blog dikenali serta dibaca oleh ramai pengunjung.

Oleh kerana itu jugalah ilmu SEO atau Search Engine Optimization sanagt penting untuk dipelajari atau diketahui. Ilmu SEO ini jika dipelajari dengan cara yang betul memang sangat berguna. Mahu tak rakan pembaca atau rakan blogger dapat mengunjung sehingga 1 juta trafik ? bagi rakan blogger yang ingin berniaga inilah peluang yang ditunggu-tunggu. dengan ilmu SEO yang betul hasil jualan dapat ditingkatkan.

Jadi disini disertakan link bagi rakan pembaca mendapatkan cara terbaik untuk menjana trafik ke blog atau web yang dibuat. Ingat trafik boleh menukarkan pengunjung kepada pengguna produk . Bagi rakan blogger yang ingin menjana duit seperti dari iklan Innity contohnya memerlukan trafik yang tinggi. Jadi peluang ini jangan dipersia-siakan

Boleh download sample percuma tips dan teknik rahsia SEO atau pun jika ingin menjadi mahir SEO boleh ke

Seni SEO - Trafik Percuma Dari Google!

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.